Kentang tumbuh dalam vagina lepas wanita ini cuba tips cegah hamil yang pelik!

lead image

Pernah dengar tak tips mencegah kehamilan secara tradisional menggunakan kentang? Kalau tak pernah, jangan terkejut baca kes yang seram lagi pelik ini!

Pernah tak anda dengar tips mencegah kehamilan secara tradisional guna kentang? Kalau ini kali pertama anda mendengarnya, jangan terkejut baca berita ini.

Seorang perempuan muda yang berusia 22 tahun dari Kolombia telah mencuba cara mencegah kehamilan secara tradisional yang aneh dan akhirnya sesuatu yang pelik (lagi seram) telah terjadi!

Walaupun terdapat pelbagai cara mencegah kehamilan, namun masih ada yang ingin menggunakan teknik tradisional.

Akan tetapi, apa yang mereka tidak sedar ialah cara mencegah kehamilan secara tradisional mungkin membahayakan kesihatan tubuh. Itulah yang terjadi pada perempuan ini. 

Cara mencegah kehamilan secara tradisional guna kentang

cara cegah hamil tradisional, mencegah kehamilan secara tradisional, mencegah kehamilan tradisional, cegah hamil tradisional, elak mengandung

Menurut perempuan muda itu, cara mencegah kehamilan secara tradisional guna kentang ini diajar oleh ibunya. Petikan laporan colombiareports mendedahkan, ibu perempuan terbabit menyuruhnya meletakkan kentang di dalam vagina.

Hal ini dikatakan mampu mencegah kehamilan. Namun selepas 2 minggu, sesuatu yang pelik mula terjadi. 

Perempuan ini merasakan tidak sedap badan pada tubuhnya. Malah, dia juga berasa amat sakit di bahagian bawah perutnya. 

Apa yang lebih menyeramkan, cara mencegah kehamilan secara tradisional guna kentang yang tertanam dalam vaginanya itu akhirnya bercambah dan mula tumbuh akar!

Dengan bantuan tenaga perubatan, nasib baiklah kentang yang tumbuh di dalam area vagina perempuan muda terbabit berjaya dikeluarkan pada waktu yang tepat tanpa pembedahan. Doktor juga mengatakan tiada jangkitan lain yang mampu membawa bahaya. 

Cara mencegah kehamilan secara tradisional guna kentang ini memang terkenal

sakit ari-ari ketika hamil, sakit ari-ari ketika mengandung, sakit ari-ari, sakit ari-ari semasa hamil, sakit ari-ari semasa mengandung, sakit ari-ari sebelah kiri, sakit ari-ari ketika bersama suami, sakit ari-ari dan sakit pinggang, sakit ari-ari sebelah kanan

Carolina Rojas, salah seorang doktor yang hadir dalam operasi pengeluaran dan pemulihan itu mengatakan peristiwa cara mencegah kehamilan secara tradisional guna kentang ini memang agak terkenal di Kolombia.

Mereka lebih gemar menggunakan kaedah tradisional berbanding mengambil langkah mencegah kehamilan sedia ada

Oleh sebab itu, selepas sebulan kejadian ini berlaku, akhirnya sebuah kempen telah dilakukan oleh Lembaga Kesejahteraan Keluarga Kolombia untuk mengurangkan kadar kehamilan remaja yang tinggi di sana.

Pentingnya pendidikan seks sejak dari mula

cara cegah hamil tradisional, mencegah kehamilan secara tradisional, mencegah kehamilan tradisional, cegah hamil tradisional, elak mengandung

Kempen itu menumpukan tentang bagaimana melakukan seks dengan selamat dan betapa pentingnya untuk wanita tahu tentang alat mencegah kehamilan. 

Hal ini berikutan kerana keadaan masyarakat Kolombia yang masih melakukan hubungan seks bebas dan tidak selamat. Ia menyebabkan kadar kehamilan remaja meningkat dengan mendadak.

Sebenarnya, sejak tahun 1990-an lagi pendidikan seksual diwajibkan di Kolombia. Namun entah mengapa pendidikan ini tidak diambil serius. 

Sama juga seperti di Malaysia. Lambakan kes pembuangan bayi menunjukkan kaedah pendidikan seks di sini tidak diajar secara menyeluruh kepada remaja.

Pendidikan ini penting untuk membuka mata dan menambah ilmu tentang faktor kehamilan, cara mencegah kehamilan, hubungan kelamin yang selamat dan sebagainya kepada mereka. 

Harapnya semoga para remaja akan mendapat pendidikan seks yang tepat lagi aman yang bersesuaian dengan mereka.

Bagaimana dengan anda sendiri? Adakah anda mengajar serba sedikit tentang pendidikan seks sejak anak kecil?

 

 

 

 

 

 

 

Artikel diterjemah dari theAsianparent Indonesia

Baca juga:

Misteri kematian Azaria Chamberlain terungkai selepas 32 tahun