Sebelum Anak Masuk Umur 5 Tahun, Ibu & Ayah PERLU Ajar 5 Perkara Penting Ini Terlebih Dahulu!

Mendidik anak 5 perkara ini sebelum mereka berusia 5 tahun amat penting bagi membentuk siapa diri mereka kelak. Jadi, ibu bapa jangan leka, ya!

Tahun-tahun awal usia kanak-kanak amat penting buat mereka. Bukan mudah untuk ibu bapa mengajar anak-anak yang salah dan betul, lagi-lagi bila usia mereka hampir capai prasekolah. Malah mendidik anak 5 tahun ini juga mula menjadi mencabar kerana mereka semakin pandai bentuk pendapat sendiri.

Sebab itulah, penting ibu bapa ajar yang terbaik kerana apa yang diterapkan dalam diri mereka akan membentuk siapa mereka pada masa akan datang. Ambil peluang ini untuk membentuk anak-anak menjadi individu yang anda inginkan dan banggakan.

5 Perkara Ibu Bapa Perlu Mendidik Anak 5 Tahun & Ke Bawah

Kareen Lieza Datoy dari Morning Ledger telah menyarankan ibu bapa untuk mengajar anak 5 perkara penting sebelum mereka berusia 5 tahun. Jom semak apakah ia:

#1 Kejujuran

mendidik anak 5 tahun

Bukan mudah untuk membuatkan seorang kanak-kanak faham apa itu jujur. Jadi, cara yang terbaik adalah dengan menunjukkan contoh. Sama ada dari segi perbuatan mahupun percakapan, elakkan menipu pada mereka atau di hadapan mereka, kerana mereka akan mencontohi perbuatan anda.

Amat penting untuk tidak memanggil anak anda penipu. Sebaliknya, jika mereka tidak jujur, terangkan mengapa perbuatan tersebut salah. Kemudian ajar mereka cara berkomunikasi dengan betul.

#2 Tanggungjawab

Ibu bapa perlu mendidik anak tentang erti tanggungjawab. Sama ada bertanggungjawab menjaga barangan milik mereka atau tanggungjawab terhadap perbuatan mereka. Jangan menghukum tapi ajar mereka yang setiap perbuatan mempunyai akibat.

Jika mereka menyakiti orang lain, ajar mereka untuk meminta maaf. Jangan marah mereka hingga membuatkan mereka rasa nak mengamuk.

Begitu juga dengan tanggungjawab terhadap barang milik mereka, ajar mereka untuk menjaga barang mereka kerana itu adalah tanggungjawab mereka.

#3 Hormat

mendidik anak 5 tahun

Tiada apa yang lebih teruk dari berdepan dengan orang yang tiada rasa hormat. Jadi, tentulah kita mahu anak kita ada rasa hormat terhadap orang lain. Ajar mereka untuk berterima kasih, menggunakan perkataan tolong dan menyalam orang yang lebih dewasa.

Ini semua kelihatn kecil, tetapi sebenarnya memberi impak yang besar. Mereka akan jadi ‘terbiasa’ menghormati orang.

#4 Bersyukur

Antara cara untuk mengajar erti syukur adalah mereka harus berbuat sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Mereka akan lebih menghargai sesuatu yang susah untuk diperolehi.

Dan ajarkan mereka untuk mengemas rumah, agar mereka tahu bagaimana penatnya mengemas rumah, lalu mereka akan belajar untuk lebih menghargai usaha anda mengemas rumah.

#5 Kasih sayang

Sebelum Anak Masuk Umur 5 Tahun, Ibu & Ayah PERLU Ajar 5 Perkara Penting Ini Terlebih Dahulu!

Terdapat pelbagai cara untuk menunjukkan rasa sayang selain dari mengucapkan perkataan ‘I love you‘ kepada mereka. Tapi, ia bukan bermakna mengucapkan ‘I love you’ itu tidak penting.

Walaubagaimanapun, ibu bapa boleh mendidik anak untuk berbuat baik dengan ahli keluarga juga adalah tanda menunjukan rasa sayang.

Anak-anak adalah cermin ibu bapa. Apa yang ditunjukkan ibu bapa, itu yang mereka akan ikut. Jadi, tunjukkan contoh yang baik, kualiti yang anda  inginkan pada anak anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 9 Cara Ajar Anak Membaca Dengan Mudah & Berkesan Ibu Ayah Wajib Baca!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!