4 Rahsia Animasi Pixar Untuk Mengajar Anak Anda Handal Bercerita

Share this article with other mums

Adakah anda, seperti saya, memastikan anak-anak membesar dengan menonton filem-filem animasi seperti Toy Story, Monsters Inc, Finding Nemo, Brave dan Wall-E?

Walaupun ianya sebuah filem animasi yang menyasarkan penonton kanak-kanak, tetapi umum mengetahui bahawa filem-filem ini membawa mesej-mesej yang signifikan dan bermakna.

Filem-filem animasi ini datang daripada penerbit yang sama, iaitu Studio Animasi Pixar. Pixar adalah sebuah subsidiari kepada The Walt Disney Company. Jadi, tidak hairanlah jika Pixar berjaya menerbitkan filem-filem animasi yang digred A di laman reviu filem.

Sumber: Pinterest

Terdapat pelbagai cara untuk memupuk rasa ingin tahu dalam anak-anak. Salah satunya ialah melalui aktiviti bercerita atau ‘storytelling’.

Aktiviti bercerita juga mampu menjadikan anak-anak anda kreatif daripada kecil. Sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, kaedah ini sangat membantu ibu bapa yang kebuntuan idea.

Rangka kerja Pixar dalam bercerita

Sumber: Causevox

Pixar menggunakan rangka kerja yang sama untuk setiap filem yang dihasilkan. Rangka kerja ini diaplikasikan untuk setiap filem yang dihasilkan. Berikut adalah contoh rangka kerja menggunakan jalan cerita Finding Nemo.

  1. Pada suatu masa dahulu, terdapat seekor ikan yang tidak mempunyai isteri yang bernama Marlin. Marlin sangat melindungi anak tunggalnya, Nemo.
  2. Setiap hari, Marlin memberi amaran kepada Nemo tentang bahaya laut meminta Nemo supaya tidak berenang terlalu jauh.
  3. Satu hari, Nemo yang degil menghiraukan amaran bapanya dan berenang ke laut luas.
  4. Disebabkan kejadian itu, Nemo ditangkap oleh seorang penyelam dan akhirnya diletakkan di dalam tangki ikan seorang doktor gigi di Sydney.
  5. Disebabkan kejadian itu, Marlin bertekad untuk keluar mencari Nemo, dengan menggunakan bantuan daripada makhluk laut yang dijumpainya sepanjang perjalanan.
  6. Sehinggalah akhirnya, Marlin menemui Nemo dan mengambil pengajaran bahawa kasih sayang bergantung kepada kepercayaan.

Sumber: Causevox

Anda boleh mencuba kaedah ini untuk mencipta cerita anda sendiri, atau sebagai latihan kepada anak-anak.

Aktiviti ini dapat memupuk pemikiran kritikal dalam diri anak anda kerana mereka harus ‘brainstorm” idea yang sesuai dengan rangka kerja tersebut. Apabila aktiviti ini diamalkan, anak anda dapat menjadi seorang pencerita yang handal dan kreatif.

Sumber: Pixar Wiki

Meletakkan ciri bertentangan dengan karakter anak anda

Dalam mencipta watak untuk cerita anda, manipulasikan sumber utama iaitu anak anda untuk menjadikan pengalaman bercerita lebih menarik. Cipta watak utama cerita anda bertentangan dengan karakter anak anda.

Contohnya, sekiranya anak anda seorang yang kemas dan tersusun, jadikan wataknya dalam cerita rekaan anda sebagai seorang yang spontan dan aktif.

Sumber: Dakhlia

Kaedah ini menjadikan anak anda sebagai seorang yang ‘adaptive’- mudah sesuai dengan suasana yang baru. Jadi, dalam waktu peralihan daripada tadika ke sekolah rendah, anak anda dapat menyesuaikan diri dalam masa yang singkat.

Malah, keupayaannya untuk memanipulasikan personaliti dirinya bersesuaian dengan suasana dapat menjadikannya seorang pelajar yang menonjol.

Memahami emosi dalam cerita tersebut

Sekiranya anda telah menonton filem Inside Out dan Wall-E, anda dapat mengalami sendiri perubahan emosi dalam cerita tersebut. Bermula dengan sesuatu yang gembira, cerita itu bermain dengan emosi anda dengan ‘plot-twist’ yang membuat anda menaiki ‘roller coaster’ emosi.

Dengan mengajar anak anda memahami emosi yang dialami oleh watak-watak filem tersebut, anda dapat membentuk anak anda menjadi seorang yang empati dan perseptif dalam dunia sebenar.

Cipta karakter yang mempunyai pendirian yang kukuh

Mencipta sebuah karakter yang rata mungkin mudah bagi anak-anak, tetapi, mereka tidak dapat belajar banyak daripada aktiviti tersebut dan penonton juga kurang gemar watak yang rata dan tiada dinamik.

Latih anak anda untuk mencipta sebuah karakter yang dinamik, mempunyai prinsip teguh yang menjadi pertaruhan dalam cerita yang anda dan anak anda cipta.

Anak anda dapat membentuk keyakinan diri dari watak tersebut. Jadi, selain mencipta karakter untuk watak dongeng anda, anak-anak juga dapat mencipta karakter untuk diri sendiri.

Selain daripada EMPAT kaedah yang saya senaraikan di atas, Pixar mendedahkan 22 teknik untuk storytelling yang lebih menarik dan penuh emosi.

Sekiranya anda merasakan sesi storytelling anda ‘kosong’, tambahkan prop yang boleh dibina menggunakan fischer TiP. Pengalaman bercerita pasti akan menjadi lebih menarik.

Sumber: Montreal Families

Jika anda memerlukan panduan untuk melakukan sesi storytelling bersama anak anda atau ingin kongsikan pengalaman anda, boleh email saya di fatimah@brainbytes.org.

Pendidikan