Mengajar Kanak-Kanak Tentang Seks

Walaupun seks masih dianggap sebagai topik yang susah dibincang oleh kebanyakkan keluarga di Malaysia, ramai ibu bapa kini mula bersikap terbuka tentang subjek ini.

Ibu bapa sedar bahawa ia penting bagi anak untuk belajar dari orang yang dipercayai. Bayangkan bertapa bahayanya jika mereka belajar tentang seks dari rakan-rakan!

Namun, sesetengah ibu bapa hanya akan menjawab soalan-soalan tentang seks jika anak bertanya. Ramai juga yang memilih untuk mengajar tentang seks secara berperingkat. kerana ingin tunggu hingga anak lebih matang.

Tetapi pada pendapat saya kanak-kanak hari ini tidak boleh dibandingkan dengan zaman kanak-kanak kita. Mereka jauh lebih mahir, matang dan luas pengetahuan.

Jika bukan ibu bapa yang mengajar, ada kemungkinan besar mereka akan mendapatkan konteks yang salah terhadap seks.

Topik-topik perbincangan

sumber: rewire

Pastinya topik penderaan seksual kanak adalah keutamaan bagi setiap ibu bapa. Buku teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sekolah untuk Tahun 1, sudahpun mengajar tentang genitalia lelaki dan perempuan, serta bahagian badan bagi sentuhan tidak selamat. Sebenarnya, ini peluang yang baik untuk membincangkan seks dan topik-topik berkaitan seperti:

  • Perubahan fizikal badan dan emosi semasa akil baligh
  • Penderaan seksual dan grooming
  • Penyakit kelamin seperti HIV, siflis atau kanser pangkal rahim
  • Mengelak kehamilan sewaktu remaja
  • Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang terbatas
  • Fakta biologi, pantang larang sosial, agama dan juga pendirian moral

Caranya

sumber: worldstarhiphop.com

#1 Bersikap Tenang dan Terbuka - Ibu bapa perlu memberi jawapan dengan yakin, tenang dan bersikap terbuka untuk menerima soalan-soalan lain. Sememangnya ini isu yang sensitif jadi elakkan daripada ketawa atau bersikap malu. Ibu bapa mahu anak percaya dan yakin dengan apa yang diterangkan.

#2 Mudah dan Ringkas - Menurut Dr Ang Kim Teng (Pengerusi Persatuan Kesihatan Mental Malaysia), seks boleh diterangkan begini:

“Sperma seseorang lelaki memsenyawakan telur wanita di dalam rahim yang terletak di perut, dan bayi akan mula membesar”.

Atau pun ibu bapa boleh menggunakan scenario ini: satu pasangan lelaki dan wanita saling mencintai, mereka akan jadi rapat antara satu sama lain untuk mendapatkan bayi. Bentukkan tanggapan bahawa persetubuhan adalah perbuatan cinta dan bukan paksaan.

#3 Buku Panduan - Belilah buku panduan yang menerangkan tentang sistem pembiakan manusia. Kebanyakan buku-buku ini mempunyai gambarajah yang senang difahamkan.

#4 Ibu Bapa yang menyoal - Atau cadangkan soalan-soalan yang anda fikir mereka akan tanya. Apabila anak memberikan tindak balas apabila ditanya, menunjukkan dia ingin tahu.

Ini juga boleh memberi gambaran kepada kita samada mereka faham ataupun tidak dan kalau mereka perlu penerangan lebih lanjut.

Selalu ingat untuk bertenang dan jawabkan soalan-soalan dengan jujur dan tenang. Jangan sekali menilai soalan yang ditanya  dan semoga berjaya!

Sumber: The Star