Hamil Anak Kedua Boleh Memberi Kesan Buruk Pada Kesihatan Mental Ibu - Kajian

Bukan ingin menakutkan para ibu ayah, tetapi sebelum merencana untuk hamil lagi, sebaiknya kalian sudah bersedia dari pelbagai sudut supaya tidak memberi kesan buruk pada kesihatan mental.

Pernah tak anda berbincang dengan suami untuk mengandung anak kedua setelah anak sulung semakin membesar dengan baik? 

Anda juga mungkin yakin dengan pengalaman yang diperoleh ketika mengasuh anak pertama dulu, jadi untuk menjaga anak kedua mungkin lebih teratur dan tidak ada banyak masalah. 

Keduanya, anda mengimpikan untuk mengandung anak kedua kerana ingin keluarga yang besar. Walau bagaimanapun, menurut kajian di Australia dalam  Journal of Marriage and Family, mengandung anak kedua akan memberi kesan negatif pada kesihatan mental anda.

Perlu atau tidak merancang mengandung anak kedua? 

mengandung anak kedua, hamil anak kedua, mengandung lagi, mengandung anak nombor dua, mengandung kali kedua, hamil kali kedua, hamil lagi kedua kali, mengandung anak dua, mengandung anak bilangan dua, anak nombor dua, anak nombor 2, kehamilan kedua, kehamilan yang nombor dua

Penelitian yang dijalankan itu dilakukan pada 20 ribu warga Australia yang berusia 16 tahun ke atas.  Tekanan waktu adalah salah satu jenis stres psikologi di mana seseorang individu itu mengalami kekurangan masa untuk melakukan setiap perkara. 

Oleh sebab itu, mereka yang ditekan dengan waktu akan terburu-buru membuat keputusan dan pola pemikiran yang sempit. Inilah punca yang membawa kepada keburukan pada kesihatan mental. 

Terdapat dua persoalan yang dilontarkan dalam penelitian ini iaitu: 

  • Apakah segala perkara menjadi lebih baik bagi ibu bapa jika anak pertama semakin membesar? 
  • Apakah dengan lahirnya anak kedua atau seterusnya akan menambahkan stres kepada ibu bapa?

Rancang mengandung anak kedua jadi lebih mudah 

Mengimbas kembali ketika anda baru melahirkan anak pertama di mana banyak perkara anda harus belajar dengan cepat supaya dapat mengimbangi antara keluarga dan kerjaya. 

Namun, dengan kehadiran anak kedua, sudah tentu anda tahu banyak perkara contohnya cara tidurkan bayi dengan mudah dan cara menggantikan lampin bayi.

Pengalaman yang diperoleh dari anak pertama itu membuatkan sebahagian besar ibu bapa merasakan kelahiran anak yang seterusnya akan menjadi lebih mudah. 

Walau bagaimanapun, tekanan waktu semakin menekan anda dengan kelahiran anak kedua dan seterusnya. Anda merasakan usia semakin pendek dan waktu kian sempit. Malah, perasaan yang hadir itu membuatkan hubungan anda dan pasangan semakin menjauh. 

Kesihatan mental ibu berubah selepas mempunyai anak 

mengandung anak kedua, hamil anak kedua, mengandung lagi, mengandung anak nombor dua, mengandung kali kedua, hamil kali kedua, hamil lagi kedua kali, mengandung anak dua, mengandung anak bilangan dua, anak nombor dua, anak nombor 2, kehamilan kedua, kehamilan yang nombor dua

Dalam pada itu, penelitian ini turut menemui kesihatan mental ibu berubah setelah lahirnya anak sulung. Bahkan ibu yang hanya ada seorang anak, kesihatan mental mereka semakin baik seiring dengan membesarnya anak itu.

Manakala, kesihatan ibu dengan dua atau tiga anak akan semakin memburuk dengan seiringnya waktu. 

Dalam pada itu, kesihatan mental ayah pula semakin baik setelah kelahiran anak pertama dan berubah buruk ketika anak kedua lahir. 

Namun, dalam penelitian yang dijalankan itu mengungkap kesihatan mental ayah tidak banyak berubah dalam jangka masa panjang tetapi ibu yang merasakan tekanan dalam waktu tersebut. Oleh sebab itu, ibu perlu berhati-hati kerana stres yang berpanjangan boleh mempengaruhi kesihatan fizikal anda.

Boleh atau tidak saya merancang mengandung anak kedua? 

Pertamanya anda perlu tahu, mengandung anak kedua tidak bermaksud proses mengasuh mereka menjadi lebih mudah. Ada penelitian lain mendapati, anak kedua dan seterusnya akan menjadi tentangan berat untuk orang tuanya.

Sebaiknya, sebelum menambah anak, kalian harus perhatikan sama ada anda sudah cukup bersedia atau tidak. 

Berikan sedikit waktu untuk diri sendiri seperti melancong, beristirehat dan bersantai kerana setelah lahirnya anak kedua anda mungkin tidak ada masa untuk diri sendiri. Paling penting, jangan jadikan alasan ‘anak’ untuk selesaikan masalah dalam rumah tangga. 

Semoga artikel ini bermanfaat dan jangan lupa  follow facebook page theAsianparent Malaysia. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Prima Sulistya dan mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga:

https://my.theasianparent.comfakta-anak-kedua

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!