Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Mengandung anak kembar menjadi impian sesetengah suami isteri. Wanita ini kongsikan dia mengandung lagi ketika anaknya masih kecil

Setiap anak adalah pembawa rezeki dalam keluarga. Walau bagaimanapun para ibu sering diingatkan bagi merancang kehamilan bagi memastikan tubuh badan anda sihat. Akan tetapi, ada juga yang ‘terlajak’ sehingga dikurniakan mengandung anak kembar.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Rezeki mengandung anak kembar ketika bayi masih kecil
  • Waspada jarak kehamilan yang terlalu dekat 
  • Mengandung jarak dekat, ini risiko yang bakal berlaku terhadap kesihatan diri anda dan janin

Mahu ataupun tidak, rezeki zuriat Allah sudah tetapkan. Ada yang terlalu subur sehingga mengandung lagi meskipun anak masih berusia 4 bulan.

Rezeki mengandung anak kembar ketika bayi masih kecil

Menerusi laman TikTok seorang wanita, @aziekarahman73 berkongsikan kisah yang berlaku pada dirinya. Dia disahkan mengandung lagi sewaktu anak masih berusia 4 bulan.

Masa ni Amanda baru 4 bulan, ibu tidak sedar pun ibu mengandung lagi.

Tiba-tiba ibu buat check up, haa amik kau! Terus dapat adik kembar

Selamat la jaga adik dua orang ya

kehamilan jarak dekat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa teruja apabila melihat wanita ini menjaga tiga orang anak kecil serentak.

Ada juga yang memohon doa agar dirinya merasai nikmat mengandung anak kembar.

Amiin, bestnya. Doakan akak juga ya.

Seronoknya dapat mengandung anak kembar. Doakan saya juga..

Sama macam saya, dapat anak kembar masa anak sulung baru berusia 1 tahun 7 bulan. Agak struggle nak handle 3 orang anak kecil secara serentak.

Ya Allah, rezeki sangat. Semoga ada rezeki saya juga. Dah lama tunggu, belum ada rezeki lagi. Mudah-mudahan ada rezeki tahun 2022 ini. Amin.

Waspada jarak kehamilan yang terlalu dekat 

risiko mengandung rapat

Sebaik sahaja bersalin pernah tak ibu-ibu didatangi doktor atau jururawat yang bertanyakan cara merancang keluarga yang anda inginkan, sama ada pengambilan pil perancang, suntikan ataupun implanon?

Tujuannya adalah untuk memastikan kesihatan fizikal dan mental ibu benar-benar pulih dalam melalui fasa membesarkan bayi.

Bagi mengurangkan risiko ketika mengandung, kelahiran ataupun gangguan proses perkembangan anak, ibu-ibu dinasihatkan untuk menjaga jarak kehamilan yang seterusnya.

Iaitu antara 24 bulan dan maksimum 5 tahun setelah kehamilan yang terakhir. Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) pula, waktu paling ideal untuk anda mengandung semula adalah 3 tahun.

Mengandung jarak dekat, ini risiko yang bakal berlaku terhadap kesihatan diri anda dan janin

#1. Meningkatkan risiko pendarahan dan kematian ibu semasa bersalin

Berdasarkan penelitian yang telah dibuat, jarak kehamilan yang kurang 12 bulan dapat meningkatkan risiko kematian pada ibu mengandung.

Hal ini kerana rahim wanita belum bersedia menampung perkembangan janin yang baru. Plasenta atau ari-ari kelahiran sebelumnya belum meluruh sepenuhnya dan keadaan ini boleh menyebabkan pendarahan selepas bersalin.

#2. Ibu tidak dapat memberikan penyusuan eksklusif pada anak

bahaya mengandung jarak dekat

Jarak kehamilan yang dekat menghalang ibu untuk memberikan penyusuan eksklusif pada bayi. Padahal susu badan ini merupakan makanan paling baik untuk enam bulan pertama bayi.

#3. Berlaku kecacatan atau kelahiran mati

Kelahiran mati juga boleh berlaku disebabkan oleh rahim dan fungsi tubuh ibu belum bersedia untuk menyokong perkembangan janin baru.

Bukan itu sahaja keadaan ini boleh menganggu proses perkembangan janin dan sekaligus meningkatkan risiko kecacatan pada janin.

#4. Berat bayi kurang serta kelahiran pramatang

Tahukah anda bahawa setiap tahun, dianggarkan sebanyak 4 juta bayi dilahirkan tidak cukup bulan atau pramatang?

Menurut laporan Journal of The American Medical Association, wanita yang mengandung semula selepas 6 bulan kelahiran meningkatkan 40 peratus risiko bersalin anak pramatang dan 61 peratus risiko anak dilahirkan dengan berat badan kurang.

#5. Anemia 

Untuk setiap kelahiran anak (jika bersalin normal), ibu berisiko mengalami kehilangan darah sebanyak 200 hingga 400ml. Kehilangan darah yang banyak ini perlu diganti semula.

Darah merah memerlukan masa 90-120 hari untuk terbentuk semula. Kelahiran yang rapat akan membuatkan darah merah belum sempat terhasil semula. 

Ini sekaligus memberi risiko tinggi kerana setiap ibu memerlukan darah yang cukup semasa mengandung agar bayi dapat membesar dengan baik.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: ”Anak Masih Kecil, Dah Mengandung Lagi”- Ibu Kongsi Kisah Hampir Ingin Gugurkan Kandungan

Baca juga: Umur 29 Tahun Miliki 7 Orang Anak, Ibu Muda Ini Tidak Serik Untuk Mengandung Lagi

Baca juga: Ibu & Anak Sama-Sama Mengandung, Wanita Teruja Dapat Timang Anak Dan Adik Sekaligus!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!