'C' Ke-16 Selamat Dilahirkan! Ibu 16 Anak Tetap Sedia Mengandung Lagi, Semua Nama Anaknya Mula Huruf C!

Memang tabik pada wanita ini. Dah 16 kali bersalin, masih sedia mengandung lagi. Semua anaknya diberi nama mula dengan huruf C.

Walaupun sudah melahirkan bayi ke-16 wanita ini memang ternyata hebat, dia masih tidak serik untuk mengandung lagi dan bersalin. Lebih unik, semua nama anaknya dimulai dengan huruf C bagi menghormati nama suaminya, Carlos.

Walaupun tidak dinyatakan nama anak yang lain, bayi ke-16 ini dinamakan Clayton yang mana ia sebenarnya timbul secara spontan ketika mereka buntu memikirkan idea nama anak yang baharu itu.

Ibu 16 anak ini bersedia mengandung lagi nk tambah huruf ‘C’ lagi dalam keluarga

C Ke-16 Selamat Dilahirkan! Ibu 16 Anak Tetap Sedia Mengandung Lagi, Semua Nama Anaknya Mula Huruf C!

Peliknya, wanita ini tidak serik langsung melahirkan walaupun mengakui kandungan ke-16 ini agak mencabar. Dia masih mahu mengandung lagi jika dibolehkan.

Semangat wanita berumur 39 tahun ini wajar dicontohi bagi mereka yang inginkan anak ramai. Bagi suami wanita ini, dia menganggap memiliki keluarga besar dengan ramai anak sebagai sebuah rahmat dari Tuhan dan mereka tidak pernah rasa susah hati mengenainya.

Jika kerap hamil, adakah ia akan membahayakan ibu dan bayi?

Mengandung Lagi

Beberapa faktor risiko sebelum kehamilan sepatutnya perlu difikirkan kerana ia mungkin boleh memberi kesan kepada anda dan kandungan. Antaranya termasuklah beberapa keadaan sedia ada dan tabiat gaya hidup boleh meletakkan kehamilan anda berisiko.

Lebih banyak perkara ini anda miliki, lebih besar kemungkinan anda dan bayi anda akan menghadapi masalah semasa mengandung dan kelahiran.

Jika mana-mana perkara ini berlaku kepada anda, berbincang dengan doktor anda sebelum anda hamil supaya anda boleh merancang untuk hamil yang memastikan kesihatan anda baik sebelum kehamilan.

Faktor risikonya termasuklah:

  • Berumur di bawah 18 atau lebih 35
  • Penyakit jantung
  • Tekanan darah tinggi
  • Masalah buah pinggang
  • Masalah tiroid
  • Kehamilan berulang
  • Penyakit kelamin
  • Diabetes yang ada sebelum hamil.
  • Kanser
  • Penyakit autoimun (seperti lupus)
  • Gangguan darah
  • Berat badan berlebihan atau kurang berat badan
  • Kehamilan lepas yang bermasalah
  • Kelahiran pramatang sebelumnya
  • Pernah mengalami masalah kesuburan
  • Penyalahgunaan alkohol dan dadah
  • Merokok

Masalah kadang kala timbul semasa kehamilan bukan sebelum kehamilan

Mengandung Lagi

Antara masalah yang mungkin boleh timbul semasa kehamilan termasuklah:

  • Pra-eklampsia (tekanan darah tinggi, atau hipertensi, yang boleh membahayakan hati, buah pinggang dan otak ibu)
  • Diabetes gestational (diabetes yang berkembang semasa kehamilan)
  • Kelahiran pra-matang (kelahiran yang berlaku sebelum minggu ke-37)
  • Placenta previa (plasenta yang terletak sangat rendah di dalam rahim, menutupi serviks, yang boleh menyebabkan pendarahan dan kelahiran awal)
  • Sindrom HELLP (gangguan hati yang jarang berlaku tetapi boleh mengancam nyawa)
  • Hiperemesis gravidarum (mual dan muntah yang melampau)
  • Mengandung kembar (dua atau lebih bayi pada masa yang sama)

Perlu fikir risiko jika anda tetap mahu terus hamil kerap

Mengandung Lagi

Jika tidak dirawat, faktor dan keadaan risiko ini boleh membahayakan anda, bayi anda atau anda berdua. Hasilnya berbeza-beza bergantung kepada punca. Namun, anda perlu peka jika anda tahu anda memang berisiko. 

Untuk bayi anda, kemungkinan komplikasi termasuk:

  • Kelahiran pramatang
  • Berat lahir rendah atau tinggi tidak normal
  • Kurang upaya intelek
  • Gangguan genetik
  • Masalah paru-paru
  • Kecacatan kelahiran
  • Kelahiran mati

Bagi ibu, faktor risiko boleh menyebabkan:

  • Kerosakan buah pinggang
  • Keguguran
  • Kegagalan jantung
  • Pendarahan yang berlebihan semasa bersalin
  • Waktu melahirkan berpanjangan (lebih daripada 20 jam)

Pastikan anda merancang jika tahu anda adalah golongan berisiko

Jika anda tahu atau mengesyaki anda mungkin berisiko, anda perlu berbincang dengan doktor anda sebelum mencuba untuk hamil. Kedua-dua kehamilan berisiko tinggi dan berisiko memerlukan pelan yang sesuai.

Penjagaan pranatal yang baik akan membantu mengenal pasti potensi anda untuk kehamilan berisiko tinggi. Berjumpalah dengan doktor anda sebaik sahaja anda tahu anda hamil terutama jika anda berisiko tinggi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 6 makanan sunnah untuk ibu mengandung serta khasiatnya

Baca juga: 16 Tanda Mengandung Anak Lelaki Yang Mudah Dikenal Pasti!

Baca juga: Kenapa ibu mengandung selalu mengidam 10 makanan ini? Berikut kata pakar…

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!