theAsianparent Logo

Mengapakah Si Manja Anda Memerlukan MFGM?

Kebaikan MFGM: Membran Globul Lemak Susu (MFGM) merupakan salah satu komponen penting dalam susu yang membantu untuk menyokong perkembangan kanak-kanak.

Kesihatan dan kesejahteraan Si Manja merupakan perkara yang paling penting untuk ibu. Bermula dari kehamilan, anda mengambil suplemen dan makanan yang berkhasiat sementara melawan loya bagi memastikan bayi anda mendapat apa yang diperlukannya.

Anda telahpun membaca buku dan membeli alat permainanan yang betul, membawa Si Manja ke taman permainan atau mengambil langkah yang lebih untuk menyediakan makanan yang berkhasiat kepada Si Manja anda yang sedang membesar. Sebenarnya, setiap langkah yang diambil bertujuan untuk menjamin masa depan yang cerah untuk Si Manja anda.

Tumbesaran anak adalah paling pantas pada 5 tahun pertamai, terutamanya apabila ia dikaitkan dengan perkembangan otak. Inilah masanya otak membuat sambungan neural yang maksimum untuk membantu Si Manja anda memahami persekitaran dan rangsangan yang diterima daripada orang dewasa di sekelilingnya. Ini juga masa di mana struktur otak membentuk dan ia akan menjadi asas dalam keupayaan untuk belajar sepanjang umur, perkembangan emosi, tingkahlaku dan kesihatan Si Manja anda.

Pihak pelaksanaan pemakanan kanak-kanak secara menyeluruh seringkali melakukan penambahbaikan dalam aspek ini. Kemajuan sains dan inovasi teknologi membolehkan kita membantu anak-anak untuk mendapat khasiat bagi menyokong perkembangan mental dan fizikal dengan pelbagai nutrien yang penting.

MFGM atau Membran Globul Lemak Susu merupakan penemuan terbaru dalam bidang pemakanan kanak-kanak. Nutrien otak ini boleh ditemui dalam susu secara semula jadi.

Apa yang anda perlu tahu tentang MFGM?

MFGM- Pelbagai kebaikan untuk Si Manja anda

MFGM ialah komponen yang terdiri daripada molekul-molekul bioaktif yang berfaedah, termasuk kompleks lipid yang berpolar, contohnya Gangliosida, Fosfolipid, Sfingolipidii, di mana mereka memainkan peranan yang penting dalam perkembangan otak dan membentuk imunitiiii.

Bekerjasama dengan DHA

Semasa Si Manja anda membesar, Si Manja akan mempelajari banyak benda yang baru. Ini dapat dicapai dengan perkembangan sinaps – penyambungan di antara sel-sel otak dalam peraturan yang spesifik. Kajian klinikal menunjukkan MFGM bersama dengan DHA menyokong perkembangan kognitif, emosi di samping mengawal tingkah lakuii,iv.

Revolusi Penemuan baru dalam bidang pemakanan kanak-kanak

Komponen MFGM diiktiraf sebagai elemen susu yang mempunyai fungsi bioaktif dan berkhasiat di mana ia boleh ditemui dalam susu lembu dalam kuantiti yang amat sedikit. Teknologi pemprosesan yang maju telah membolehkan kepekatan MFGM yang lebih tinggi ditambahkan ke dalam inovasi baru bagi pemakanan kanak-kanak.

Sepanjang fasa perkembangan otak, kanak-kanak yang lebih dewasa akan juga mendapat manfaat daripada komponen revolusi ini. Satu kajian mendapati kanak-kanak yang minum susu coklat yang diperkaya dengan MFGM menunjukkan kesan positif dalam pengawalan tingkah laku seperti yang dilaporkan oleh ibubapa jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang mengambil formula yang sama tanpa MFGMiv. Kajian yang sama juga menunjukkan kesan positif susu yang diperkaya dengan MFGM dari segi imuniti kanak-kanak di mana ia mengurangkan episod demam dan bilangan hari demam secara signifikaniv.

Perkembangan yang seimbang untuk masa depan yang cerah

Memandangkan MFGM didapati boleh menyokong pengawalan tingkah lakuiv, berdasarkan kajian, ianya boleh menyumbang kepada perkembangan emosi anak anda. Menyokong perkembangan EQ, di samping IQ merupakan elemen penting bagi semua ibu untuk Si Manja terus maju dalam dunia kompleks yang melibatkan kemahiran hidup yang sama penting dalam bidang-bidang akademik, kemahiran komunikasi, empati dan bekerjasama.

Akan tetapi, ibu-ibu perlu ingat, tiada produk atau nutrien yang dapat menjamin masa depan anak anda yang cerah - ia masih bergantung kepada interaksi berterusan ibubapa semasa membesarkan anak untuk membolehkan anak mereka berjaya. Memberi khasiat yang diperlukan oleh anak hanya sebahagian daripadanya, di mana ia memberi keupayaan fizikal kepada anak untuk terus mencapai kejayaan, meneroka, belajar, dan terus maju juga sama penting. Sebahagian daripada proses pembelajaran adalah memperolehi dan mengaplikasikan kemahiran hidup yang penting untuk menyediakan anak untuk masa depan mereka.

Perubahsuaian pemakanan yang penting adalah sebahagian daripada formula keperluan perkembangan intelek dan emosi anak, oleh itu adalah penting juga ibubapa melibatkan anak dalam aktiviti yang dapat merangsang IQ dan EQ mereka.

Tanya dan mengetahui MFGM dengan lebih lanjut daripada doktor anda pada hari ini juga.

 

Baca artikel dalam Bahasa Inggeris di sini.


iNational Scientific Council on the Developing Child (2004). Children’s Emotional Development Is Built into the Architecture of Their Brains: Working Paper No. 2. Retrieved from https://developingchild.harvard.edu/wp-content/uploads/2004/04/Childrens-Emotional-Development-Is-Built-into-the-Architecture-of-Their-Brains.pdf
iiDewettinck, K et al. Nutritional and technological aspects of milk fat globule membrane material. Int. Dairy J. 2008;18:436–457.
iiiWadhwa B.K., and Kumar, Rajesh (2011) Technological and Nutritional Aspects of Milk Phospholipids (Pg 17-21) in Sharma R, and Mann, B (2011) Edited Chemical Analysis of Value Added Dairy Products and Their Quality Assurance, Published by Dairy Chemistry Division, National Dairy Research Institution, India
ivVeereman-Wauters G et al. Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioral regulation in young children. Nutrition. 2012;28:749-752