Mengapa Anak Lebih Rapat Dengan Kawan Berbanding Ibu Bapa?

Mengapa Anak Lebih Rapat Dengan Kawan Berbanding Ibu Bapa?

Yakinlah masih tidak terlambat untuk anda mendidik anak-anak menjadi orang yang berguna.

Segelintir anak remaja lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding ibu bapanya.

Mereka rasa tidak selesa berdamping dengan ibu bapanya sendiri, berbanding dengan rakan-rakannya, tidak kiralah sama ada lelaki atau perempuan.

Ini adalah suatu yang membimbangkan kerana masalah ini adalah ia adalah salah satu punca kepada gejala sosial yang melanda masyarakat kita zaman sekarang.

Gejala sosial sekarang ini sudah mencapai tahap yang membimbangkan, di mana remaja berpeleseran, dan kes buang bayi semakin menjadi-jadi.

Ok, jangan fokus kepada masalah yang melanda.

Sebaiknya, mari kita fikirkan mengapa dan apa langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah di mana anak kita lebih suka berdampingan dengan rakan-rakannya, berbanding kita sebagai ibu bapa.

Tentu ada silap kita dalam membesarkan anak-anak, sama ada kita sedar atau tidak.

Di sini, dinyatakan antara silap ibu bapa dalam mendidik anak-anak:

1. Memarahi anak kecil supaya duduk diam

how to discipline your baby

Ini senario yang biasa berlaku: Si bapa leka dengan perkara lain manakala si ibu sibuk dengan gajet di tangan.

Anak yang masih kecil itu meminta perhatian dari kita, merengek dan terus merengek...sehinggalah kita menengking mereka memintanya diam.

Si anak disuruh oleh si ibu supaya pergi ke ayah, sedangkan ayah itu juga sibuk dengan perkara lain mahupun ralit dengan telefonnya.

Si anak yang sudah pergi ke ayah lalu disuruh pergi ke ibu pula.

Anak sudah rasa kesepian sejak kecil! Tidak hairanlah jika anak membesar dengan rasa bosan dan terkongkong apabila bersama ibu bapa sendiri.

2. Tidak pernah menepati janji

shutterstock_432179974

Ibu dan ayah tidak pernah menepati janji. Itu lagi satu masalah besar sehinggakan anak hilang percaya pada ibu bapanya sendiri. Agak menyedihkan, bukan?

Anak dijanjikan dengan harapan tinggi melangit jika dia berbuat sesuatu kebaikan.

Bila anak-anak laksanakannya, ibu bapa pula tidak pernah menepati janji!

Anak itu mula berasa bosan dan sudah tahu muslihat ibu bapanya, lantas langsung tidak mahu mengendahkan arahan ibu dan ayahnya apabila remaja kelak.

3. Marah yang berlebihan

shutterstock_397096021 (1)

Lagi satu masalah kita sebagai ibu ayah adalah kita sering memarahi anak-anak hanya untuk melepaskan geram, dan bukan bertujuan untuk menjadikannya sebagai nasihat dan pengajaran yang berguna untuk anak-anak.

Anak-anak menjadi serba salah dan mungkin akan menyalahkan dirinya sendiri. Sebenarnya, kita sebagai ibu bapa, perlulah mendiam diri ketika marah.

Bukankah itu yang diajar oleh Nabi kita? Jangan bersuara ketika marah!

Biarkan marah reda sebentar, kemudian barulah kita berikannya teguran yang membina.

Hadirkan rasa tanggungjawab dalam diri anak-anak, supaya mereka merasakan yang kesilapan yang dilakukannya adalah salah.

Jangan terus menengking dan membentak, kata-kata anda mungkin memberikan kesan negatif pada dirinya.

Beritahu kepada anak anda secara lembut dan berhemah supaya dia mengelakkan peristiwa yang sama berulang lagi.

Percayalah! Dengan pendekatan yang baik dan lembut, anak pasti mendengar kata!

4. Ego membelenggu diri

Feature

Selalunya, selepas kita menengking anak, kita pasti enggan lagi berbincang dengan anak-anak tentang kesilapannya itu. Kita enggan lagi menegur anak-anak.

Anak-anak rasa serba salah dan tidak mahu pula menegur ibu bapanya. Nampak tak kesan negatif apabila anda berkata kasar dengan anak anda?

Sebaiknya, apabila kita menegur anak-anak, ia perlu dilakukan atas sebab kita benci dengan perbuatan atau kesilapannya, dan bukannya benci kepada diri mereka itu sendiri.

5. Kita bukan pendengar yang setia

feature

Jika anak menghadapi masalah, kita tidak menjadi pendengar setia kepada anak kita.

Sebaliknya, kita selalu menyampuk dan tidak mahu mendengar penjelasan anak-anak.

Lalu, anak-anak berasa marah dan kecewa, lantas enggan menerangkan masalah mereka kepada kita lagi.

Mereka lebih suka memilih untuk berkongsi masalah dengan rakannya sendiri kerana bagi mereka, rakan sebaya mereka lebih memahami jiwa muda mereka itu.

6. Terlalu banyak larangan

reading-to-kid-asian-cropped

Ibu bapa yang terlalu mencari kesempurnaan dan terdorong untuk mendidik anak-anak untuk mencapai kesempurnaan akan cenderung untuk melarang anak-anak membuat pelbagai perkara.

Anak-anak pun mula memberontak lantas tidak lagi percayakan diri sendiri dan ibu bapanya.

Lantas, ini akan mendorong anak-anak kita mencuba perkara negatif kerana ibu bapa tidak memberikan kepercayaan kepada meraka.

Berbanding melarang secara membuta tuli, apa kata anda tanamkan sedikit rasa kepercayaan dalam diri anak-anak anda itu.

Berikan mereka kebebasan untuk membuat keputusan selepas anda memberi tunjuk ajar kepada mereka.

Anak-anak pasti menghargainya dan merasakan diri mereka matang untuk membuat keputusan!

7. Anak tidak boleh membuat silap

Asian-mom-talking-with-daughter

Ini lagi satu kesilapan kita yang menyebabkan anak kita lebih cenderung untuk rapat dengan rakannya, berbanding kita.

Anda perlu tahu, sebagai kanak-kanak, ia adalah biasa untuk mereka terus membuat kesilapan sehingga mereka remaja.

Manusia mana yang boleh melarikan diri dari melakukan kesilapan, kan?

Sebagai ibu-bapa, anda haruslah mendidik dan memberi hukuman setimpal dengan kesilapan mereka.

Contohnya, jika mereka ponteng kelas, jelaskan kepada mereka kenapa mereka dihukum.

Tanya pendapat mereka, bagaimana mereka sepatutnya dihukum.

Kemudian, anda bolehlah menghukum mereka dengan membuat kerja-kerja rumah atau tidak membenarkannya keluar bermain pada waktu petang selama beberapa hari.

Ini semua dilakukan selepas anda memberikan penjelasan kepada mereka.

Tak payahlah hukum mereka dengan merotan atu memukul mereka. Takut-takut, anda terlebih pukul dek api kemarahan yang tengah membara dalam diri anda itu.

8. Selalu jelaskan kepada mereka kenapa mereka dihukum

feature

Ini adalah sebahagian daripada kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak sehingga menjadikan anak kecil mereka keras kepala dan susah untuk mendengar nasihat.

Jika anak anda masih kecil, masih ada masa untuk anda mengubah pendekatan mendidik anak-anak anda.

Jika anda mempunyai anak yang meningkat remaja, cuba ubah pendekatan mendidik anak-anak daripada terlalu tegas kepada teknik berlembut (tetapi masih lagi tegas).

Tanamkan kesabaran dalam diri anda sebagai ibu bapa. Yakinlah! Anda masih tidak terlambat untuk anda mendidik anak-anak anda menjadi orang yang berguna.

Biarkan mereka rapat dengan anda, berbanding dengan rakan sebayanya yang mungkin akan memberikan pengaruh negatif kepada mereka apabila dewasa kelak!

Artikel dipetik dari Oh Bulan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner