theAsianparent Logo

Mengapa anda harus dukung si manja bila dia menangis

Anda risau si comel akan jadi terlalu ‘manja’ jika anda sering mendukungnya bila dia menangis? Jangan risau. Kajian telah membuktikan mendukung si manja memberi banyak manfaat buatnya.

Anda tak perlu hiraukan lagi pendapat makcik yang sibuk mengatakan anda tak patut dukung si manja bila dia menangis! Kerana kajian telah mendapati kanak-kanak yang sering dipeluk akan membesar menjadi orang dewasa yang lebih sihat, kurang tertekan, lebih baik hati, lebih memahami dan lebih produktif.

Menurut laporan WSBT, “pelukan amat penting”.

Kajian baru yang dijalankan oleh Pakar Psikologi Notre Dame, Darcia Narvaez ini mengkaji seramai lebih 600 orang dewasa, dan mendapati individu yang membesar dengan pelukan adalah lebih stabil, tidak bimbang dengan melulu dan memiliki kesihatan mental yang lebih baik.

Kajian juga membuktikan individu dengan zaman kanak-kanak yang positif dan dipenuhi kasih sayang membesar dengan kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih cemerlang. Kajian ini akan disiarkan dalam jurnal Applied Developmental Science.

Pelbagai penyelidikan telah membuktikan pelukan mampu membantu bayi pramatang. Para pengkaji juga dapat mengaitkan kesan pelukan dalam tumbesaran kanak-kanak hingga meningkat dewasa. Maka, tak salahkan beri si manja anda pelukan?

Dr Armeet Singh, doktor pakar kanak-kanak dari Klinik Unitypoint di Bettendoft menyarankan ibu bapa untuk menunjukkan kasih sayang pada si manja yang sedang meragam kerana ia penting untuk tumbesaran, dan hubungan yang lebih erat antara si manja dan ibu bapa mampu terjalin.

“Ketika berusia empat hingga enam bulan, bayi akan mewujudkan hubungan yang lebih erat dengan ibu bapa atau penjaga mereka. Kami akan menggalakkan penjaga untuk memberi respons jika bayi menangis ketika ini, kerana mereka memerlukan anda.”

“Ketika berusia empat hingga enam bulan, bayi akan mewujudkan hubungan yang lebih erat dengan ibu bapa atau penjaga mereka. Kami akan menggalakkan penjaga untuk memberi respons jika bayi menangis ketika ini, kerana mereka memerlukan anda.”

Klik muka surat seterusnya untuk ketahui manfaat memeluk si manja yang sedang menangis!

Bayi tidak akan jadi ‘manja’ hanya sebab anda dukungnya

Narvaez menjelaskan pada WSBT yang bayi tidak akan menjadi ‘manja’ hanya sebab anda mendukungnya ketika dia menangis. Sebaliknya, tumbesaran si manja akan ‘terganggu’ jika anda membiarkan dia menangis tanpa dipujuk.

Apa yang dilakukan oleh ibu bapa ketika proses awal tumbesaran ini akan memberi kesan pada minda si manja apabila mereka membesar. Si manja mengharapkan lebih banyak sentuhan, pelukan dan dukungan. Mereka akan membesar dengan lebih baik.

“Tenangkan mereka. Sistem tumbesaran saling berkait rapat. Jika anda biarkan mereka menangis, sistem tumbesaran akan beralih menjadi tekanan. Kita dapat lihat individu yang tidak dibesarkan dengan betul akan lebih mudah tertekan dan sukar untuk menenangkan diri mereka,” ulas Narvaez.

Jadi… pergi peluk dan manjakan si comel anda sekarang!

Sumber berita: Berita WQAD

Anda sering mendukung si manja bila dia menangis? Ada cara lain yang boleh menenangkan si manja? Kongsikan dengan kami pada komen di bawah!