Mengapa ibu bapa dan guru selalu bertelagah berkenaan dengan hal anak di sekolah

lead image

Seringkali, kita dengar berita tentang perselisihan faham antara ibu bapa dan guru guru. Ibu bapa berharapan tinggi dengan guru guru, dan guru guru pula, tidak dapat memenuhi harapan ibu bapa.

Tidak pernah libatkan diri dengan aktiviti anak

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/08/shutterstock 312380828 1 300x199.jpg Mengapa ibu bapa dan guru selalu bertelagah berkenaan dengan hal anak di sekolah

Kebanyakan ibu bapa payah untuk libatkan diri dengan aktiviti sekolah anak-anak. Alasan yang hanya diberikan ialah sibuk dengan kerja di pejabat sehingga tidak dapat luangkan masa dengan anak.

Tanggungjawab mendidik anak-anak bukan terletak di bahu guru seorang, tetapi juga dibahu ibu bapa. Ibu bapa haruslah memberi sokongan moral terhadap anak-anak jika mereka berjaya melaakukan yang terbaik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

Dengan cara ini, anak-anak lebih bersemangat untuk melakukan yang terbaik di masa akan datang. Jangan terlalu mengharapkan guru dalam soal mendidik anak-anak.

Jangan berkira pasal duit

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/08/shutterstock 386772808 1 300x199.jpg Mengapa ibu bapa dan guru selalu bertelagah berkenaan dengan hal anak di sekolah

Ibu bapa harus faham, sesetengah sekolah tidak cukup peruntukkan dan belanjawan tahunan. Yuran sekolah, belanjawan PIBG, sukaneka, menghias sekolah dan sebagainya memerlukan sokongan kewangan daripada Ibu bapa.

Dengan itu haruslah bekerjasama dalam memastikan kebajikan anak-anak dan sekolah terjaga,bukan sahaja menyumbang wang ihsan PIBG jika tidak dapat hadir mesyuarat. Perlu diingatkan bahawa kos untuk sekolah di bandar besar berbanding sekolah di kampung mahupun pinggir bandar.

Sila ambil tahu hal kebajikan sekolah anak-anak

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/08/shutterstock 386802133 1 300x199.jpg Mengapa ibu bapa dan guru selalu bertelagah berkenaan dengan hal anak di sekolah

Ibu bapa harus faham, kadangkala kebajikan di sekolah tidak terjaga kerana karenah birokrasi PPD(Pejabat Pelajaran Daerah). Ibu bapa begitu senang menuding jari terhadap kerajaan (am) dan sekolah (khususnya).

Seringkali, kemudahan di sekolah tidak terjaga kerana masalah birokrasi di PPD. Untuk membaik pulih fasiliti sekolah, pihak sekolah perlu menunggu kelulusan PPD untuk mendapatkan peruntukan daripda Jabatan pelajaran negeri. Apatah lagi untuk mencantikkan sekolah.

Oleh itu, peranan PIBG amat besar dalam menjaga kebajikan sekolah dan pelajar. Jika peruntukan sekolah lambat, selain menyumbang di dalm derma PIBG, silalah hadir dan sebulat suara mendesak PPD agar meluluskan peruntukan. Sekolah selesa, guru bahagia bekerja, anak-anak pun seronok menuntut ilmu.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!