Mengapa Ibu Hamil Mengidam Makan Asam? Ini Penjelasan Doktor!

Mengapa Ibu Hamil Mengidam Makan Asam? Ini Penjelasan Doktor!

Mengidam makanan asam biasa dialami oleh ibu hamil. Namun tahukah anda penjelasan perubatan mengapa ibu hamil suka mengidamnya? Mari semak penjelasannya!

“Aku nak makan makanan asam lah. Mangga muda mesti sedap.. "

Jika ada kawan atau saudara anda yang berkata seperti itu, anda pasti terus curiga, kalau-kalau dia sedang hamil. Betul tak?

Sebenarnya anggapan tersebut tidaklah salah. Rasa mengidam seperti ini boleh dijelaskan secara ilmiah. Sebenarnya, kita boleh memahami mengapa ibu hamil selalu mengidam makanan asam.

Beberapa orang beranggapan, makanan asam menjadi kesukaan oleh ibu hamil kerana rasanya yang segar dan mampu mengurangi rasa mual.

Walaupun membantu mengurangkan mual dan rasa loya, namun ternyata, ia bukan sebab utama yang membuatkan ramai ibu hamil di luar sana selalu mengidam makanan asam.

Perubahan pH selama hamil

Menurut Dr. Grace Judiokahl, keinginan tersebut muncul kerana berlakunya perubahan pH di dalam tubuh.

Seperti diketahui, pH adalah penentu keasaman. Jika pH mengalami perubahan, otak akan mengirimkan isyarat supaya tubuh menyeimbangkan pH tersebut.

“Pada ibu hamil, ketika berlakunya perubahan pH, maka akan muncullah rasa mengidam ini. Rasa teringin atau mengidam itu selalunya yang merangkumi makanan berasaskan asam-asam,” Terang Dr. Grace

Walaupun diperbolehkan mengambil makanan yang memiliki rasa asam mahupun pedas, ibu hamil tetaplah perlu mengawal pemakanannya.

Jika dimakan secara berlebihan, makanan dengan rasa yang tajam seperti itu boleh menyebabkan pedih ulu hati, juga dikenali sebagai heartburn.

Jadi, selepas ini, ibu semua tidak perlu tertanya-tanya lagi mengapa anda selalu teringin nak makan asam ketika mengandung, ya! 

Itu petandanya yang badan anda sedang mencuba untuk mengawal tahap pH. Asam boleh membantu badan anda untuk menyeimbangkan tahap itu semula!

Dan ayah semua, layan sahajalah keinginan ibu yang hamil itu. Bukan dia sengaja meminta-minta, tetapi memang otaknya yang "menyuruh" si ibu untuk mengidamkan segala jenis asam itu!

Rujukan: Detik.com

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Febby

app info
get app banner