Ibu Mengandung Suka Makan Yang Masam-Masam, Ia Normal Tanda Janin Sedang Membesar

Ibu hamil ngidam makanan masam adalah perkara yang biasa berlaku. Namun adakah ia selamat untuk kesihatan bayi dalam kandungan?

Sebaik sahaja mengetahui diri kini berbadan dua, pastinya ada pelbagai pengalaman baharu yang menarik menanti anda. Biasanya ia bermula dengan gejala kehamilan seperti loya, muntah-muntah pening serta ibu hamil ngidam pelbagai makanan.

Pada awalnya, ibu mungkin berasa sedikit sukar untuk menerima perubahan yang terjadi. Biasanya tempoh alahan ini dialami kebanyakan ibu hanyalah sehingga 12 minggu sahaja, ia kemudiannya akan hilang sendiri. Namun bergantung pada diri masing-masing.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Ibu hamil ngidam dan suka makanan masam, ini penjelasan daripada pakar
  • Punca lain ibu hamil ngidam dan suka makanan masam
  • Adakah baik jika ibu berterusan ambil makanan masam atau berasid sepanjang kehamilan?
  • Tips sihat elakkan bergantung pada makanan masam seperti asam atau jeruk

Ibu hamil ngidam dan suka makanan masam, ini penjelasan daripada pakar

ibu mengandung ngidam

Sesetengah orang menganggap bahawa makanan masam menjadi kesukaan oleh ibu hamil kerana rasanya yang segar dan mampu mengurangkan rasa mual.

Walaupun membantu mengurangkan mual dan rasa loya, namun ternyata, ia bukan sebab utama yang membuatkan ramai ibu hamil di luar sana selalu mengidam makanan asam.

Menurut Dr. Grace Judiokahl, keinginan tersebut muncul kerana berlakunya perubahan pH di dalam tubuh.

Seperti diketahui, pH adalah penentu keasaman. Jika pH mengalami perubahan, otak akan mengirimkan isyarat supaya tubuh menyeimbangkan pH tersebut.

“Pada ibu hamil, ketika berlakunya perubahan pH, maka akan muncullah rasa mengidam ini. Rasa teringin atau mengidam itu selalunya merangkumi makanan berasaskan asam-asam,” Terang Dr. Grace

Walaupun dibolehkan mengambil makanan yang memiliki rasa asam mahupun pedas, ibu hamil tetaplah perlu mengawal pemakanannya.

Jika dimakan secara berlebihan, makanan dengan rasa yang tajam seperti itu boleh menyebabkan pedih ulu hati, juga dikenali sebagai heartburn.

Punca lain ibu hamil ngidam dan suka makanan masam

ibu mengandung makan asam

#1. Proses pembentukan tulang pada janin

Sebaik sahaja memasuki usia dua hingga tiga bulan kehamilan, rangka janin akan mula terbentuk.

Dengan pengambilan makanan berasid yang mengandungi kalium dan zat besi, ia amat baik bagi menyokong pembentukan tulang pada bayi.

#2. Makanan berasid menaikkan nafsu makan yang menurun akibat mual

Ketika peringkat awal kehamilan, perkembangan janin secara semula jadi berupaya mengurangkan asid perut. Semasa trimester pertama, tubuh ibu juga mengurangkan aktiviti enzim pencernaan. Disebabkan keadaan ini, ibu akan mengalami alahan, muntah-muntah dan beberapa gejala yang lain.

Justeru ibu mengandung amat memerlukan sesuatu untuk memulihkan nafsu makan mereka, salah satunya adalah mengambil makanan masam.

#3. Untuk meningkatkan ketahanan

Makanan berasid semasa mengandung sebenarnya baik untuk penyerapan zat besi dan membantu pembentukan hemoglobin.

Makanan berasid mengandungi vitamin C diperlukan untuk proses perkembangan janin. Bukan itu sahaja, ia juga mampu memperbaiki sistem imunisasi ibu mengandung.

Adakah baik jika ibu berterusan ambil makanan masam atau berasid sepanjang kehamilan?

Berdasarkan sebab-sebab di atas, ibu hamil ngidam makanan masam sebenarnya memberikan manfaat dalam memperoleh nutrisi yang diperlukan oleh tubuh ibu dan janin.

Seperti asid folik, vitamin C, fosforus dan kalium adalah baik untuk pembentukan janin.

Walau bagaimanapun sekiranya diambil dalam kadar yang berlebihan, ia boleh membuatkan perut tidak selesa. Pengambilan makanan masam turut mengandungi natrium berlebihan, menyebabkan masalah kesihatan lain seperti dehidrasi.

Justeru adalah baik ibu menyemak terlebih dahulu kandungan natrium dalam makanan masam yang diambil. Elakkan terlalu banyak jeruk atau makanan masin semasa mengandung.

Tips sihat elakkan bergantung pada makanan masam seperti asam atau jeruk

makan masam ketika mengandung

  • Buah lemon

Lemon mempunyai kuasa penenang yang semulajadi. Sama ada perah sedikit jus lemon ke dalam secawan air panas atau sejuk dan minum. Ataupun ibu boleh menghidu hirisan lemon segar.

  • Vitamin B6

Kajian yang dilakukan mendapati pengambilan vitamin B6 mampu mengurangkan rasa mual dan loya. Cadangan pengambilan adalah sebanyak 10 hingga 25 miligram tiga kali sehari dan tidak melebihi 75 miligram sehari.

  • Banyakkan minum air masak

Air masak sememangnya penting untuk kesihatan sel darah ibu. Ia juga boleh mengelakkan berlakunya hidrasi yang menyebabkan kelahiran bayi tidak cukup bulan.

Justeru anda perlu memastikan minum air masak dengan cukup setiap hari bagi mengekalkan hidrasi dalam tubuh badan dan menjaga kandungan. Jika tidak boleh minum air biasa, ibu boleh tukarkan kepada air sejuk ataupun suam.

  • Makan dengan kerap dengan kuantiti yang sedikit

Meskipun anda berasa sedikit loya, jangan biarkan perut menjadi kosong kerana ia boleh membuatkan keadaan menjadi lebih teruk.

Justeru amalkan pemakanan dalam kuantiti yang sedikit, tetapi kerap bagi mengekalkan tahap gula stabil. Jangan lupa sediakan snek-snek sihat di dalam beg anda bagi mengelakkan risiko perut kosong.

  • Pilih makanan yang berprotein

Ibu-ibu dinasihatkan mengambil makanan yang tinggi dengan protein seperti ikan, telur dan kekacang. Hal ini kerana ia membantu ibu berasa kenyang lebih lama.

Bukan itu sahaja, ia turut mengelakkan keasidan perut keluar dengan banyak. Ibu mengandung juga harus mengelakkan pengambilan sebarang makanan dalam kuantiti terlalu banyak, makanan pedas, bergoreng dan berlemak bagi memastikan tahap kesihatan terjaga.

Kesimpulannya aspek pemakanan amat penting bagi memastikan ibu dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat. Jika anda merasakan berlaku perubahan yang ketara pada diri, usah berlengah dan segeralah untuk mendapatkan nasihat doktor

Elakkan dari tekanan atau stres kerana ia boleh membuatkan alahan menjadi semakin teruk.

Ibu perlulah bijak bagi mengatasi rasa tekanan tersebut dengan dapatkan rehat yang secukupnya, menonton rancangan kesukaan dan keraplah bersembang dengan pasangan ataupun ahli keluarga yang lain.

Baca juga: Bahayakah Ibu Mengidam Makanan Ringan Ketika Hamil? Ini Jawapan Dari Pakar

Baca juga: Vitamin Ibu Mengandung Pada Awal Kehamilan Amat Penting, Elak Risiko Pada Janin

Baca juga: Doktor Tidak Galakkan Ibu Mengandung Minum Kopi, Ia Boleh Jadi Punca Keguguran

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!