Mengapa Kanak-Kanak Di Jepun Paling Sihat

lead image

The Lancet mendapati yang jika anak anda dilahirkan di Jepun, mereka bukan sahaja mempunyai kesihatan yang baik malah gaya hidup yang sihat.

Satu kajian kesihatan telah dilakukan di seluruh dunia dan telah diterbitkan di dalam The Lancet mendapati yang jika anak anda dilahirkan di Jepun, mereka bukan sahaja mempunyai kesihatan yang baik malah gaya hidup yang sihat.

Ini kerana, di kala bilangan obesiti dikalangan kanak-kanak meningkat naik diseluruh dunia, bilangan obesiti di Jepun bukan sahaja rendah, malah dalam kadar menurun.

Apakah rahsia mereka? Sebagai ibu bapa, tidakkah anda juga ingin tahu?

Seorang penulis dari Reader's Digest, Naomi Moriyama telah menemu ramah beberapa pakar nutrisi dan doktor dan telah meringkaskan kepada tujuh langkah praktikal yang boleh diamalkan oleh para ibu bapa.

Menjadikan masa makan bersama keluarga lebih memuaskan

Mengapa Kanak-Kanak Di Jepun Paling Sihat

Jepun sangat terkenal dengan makanan mereka yang mengenyangkan dan penuh dengan nutrien berkhasiat tinggi.

Jika anda memenuhi keperluan badan anda dengan bahan yang bagus, secara semula jadi, badan anda tidak akan 'teringin' bahan makanan yang tidak sihat.

Ini kerana, badan anda sudah tidak mempunyai ruang untuk 'junkfood'.

Ini bukanlah bermakna anda harus makan rumpai laut, sushi dan tauhu seperti orang Jepun.

Tetapi, ubah suai sedikit tabiat makan keluarga menjadi lebih sihat. Lebihkan makanan yang rendah kalori, serta tinggi nutrien.

Contohnya banyakkan makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, bijiran dan lemak sihat.

Pemakanan yang bercorak rendah kalori tetapi tinggi nutrien ini akan membantu mengurangkan risiko obesiti dan risiko mendapat penyakit.

Satu lagi rahsia orang Jepun ialah, mereka lebih memilih nasi dari beras Jepun berbanding roti atau pasta.

Galakkan anak anda untuk menikmati manisan atau snek secara terkawal

Tidak apa untuk membiarkan anak anda menikmati manisan atau snek. Tetapi di dalam kuantiti dan kekerapan yang baik. Iaitu sangat jarang dan sedikit, seperti di Jepun berbanding negara lain. 

Seorang ahli nutrisi di Kaji Sakura Nursery School di Hokkaido, Tomomi Takahashi telah berkongsi nasihat yang hebat untuk para ibu bapa.

Anda tidak perlu mencuba sangat, malah berikan kebebasan dan keselesaan untuk anak anda makan. Tunjukkan kepada mereka yang anda juga menikmati makanan.

Yang penting ialah kebersamaan ketika makan. Serta makanan yang dimasak dengan kasih sayang.

Ramai pengkaji yang mencadangkan yang ibu bapa harus lebih ceria di waktu makan bersama anak-anak dan kurangkan tekanan terhadap pemakanan.

Galakkan anak anda mencuba makanan baru

Mengapa Kanak-Kanak Di Jepun Paling Sihat

Selera anak sentiasa berubah-ubah. Boleh jadi hari ini mereka sukakan sesuatu makanan, namun bertukar menjadi tidak suka keesokannya.

Di sinilah ibu bapa memainkan peranan penting untuk memandu mereka ke arah pemakanan yang lebih sihat. 

Di dalam proses anak anda 'mencari' makanan yang digemari mereka, berikan mereka pilihan yang sihat dan pelbagai.

Dengan memberi mereka pilihan makanan yang sihat, mereka akan memilih untuk suka pilihan makanan yang sihat juga akhirnya.

Tetapi jangan sehingga memaksa, teruskan memberi mereka pilihan dari pelbagai jenis makanan yang sihat.

Tukarkan pinggan makan ala Jepun

Mengapa Kanak-Kanak Di Jepun Paling Sihat

Perasan atau tidak, kebanyakan restoran mempunyai saiz hidangan yang sangat besar.

Ini menyebabkan kita makan lebih dari kuantiti yang sepatutnya tanpa sedar. Tetapi bagaimana kita boleh mendapat kuantiti yang sepatutnya?

Sebenarnya, mudah sahaja, iaitu dengan menyimpan pinggan besar anda dan tukarkan kepada pinggan yang bersaiz lebih kecil seperti pinggan salad.

Pinggan yang diameternya hanya di dalam lingkungan empat hingga enam inci. Juga menggunakan mangkuk yang lebih kecil.

Mengapa Kanak-Kanak Di Jepun Paling Sihat

Dengan menggunakan saiz pinggan dan mangkuk yang lebih kecil, ia sebenarnya membantu seseorang mengambil makanan dengan lebih sedikit tanpa sedar.  

Dan mengikut ajaran orang Jepun, walaupun di dalam pinggan yang kecil, jangan terlepas mengambil sayuran dan buahan!

Biarkan mereka berlari dan melompat

Di era teknologi ini, memang sukar untuk menjauhkan mereka dari gajet, namun kanak-kanak sebenarnya memerlukan minimum 60 minit sehari untuk melakukan aktiviti fizikal.

Kunci utamanya ialah menjadikannya SERONOK!

Cuba sama-sama berjalan menghantar anak anda ke sekolah, atau bermain bersama mereka di taman permainan. 

Para pengkaji telah mendapati yang Jepun mempunyai kadar pelajar berjalan dan berbasikal ke sekolah yang sangat tinggi berbanding negara lain.

Secara langsung menyumbang kepada mengapa Jepun mempunyai kadar kanak-kanak obese yang rendah.

Mengapa Kanak-Kanak Di Jepun Paling Sihat

Menurut WHO atau World Health Organization, aktiviti fizikal yang mencukupi ketika seseorang berusia 5 hingga 17 tahun adalah penting bagi tumbesaran tulang, otot, sendi, sistem kardiovaskular, koordinasi, kawalan pergerakan, serta kesihatan mental dan emosi.

Anak-anak dilahirkan untuk suka berlari, bergerak dan melompat. Mereka akan lebih fokus, baik dan gembira di sekolah.

Bukan itu sahaja, kesihatan mereka juga akan lebih baik dan terjamin.

Memperibadikan gaya hidup berkeluarga

Biarkan mereka biasa dengan ikatan kekeluargaan, dari waktu makan hingga ke gaya hidup.

Waktu makan biarlah bersama seluruh ahli keluarga sekerap mungkin. Amalkan masakan yang sihat, sedap dan menyeronokan supaya menjadi contoh kepada mereka.

Malah, libatkan anak-anak dalam proses menyediakan makanan untuk keluarga.

Menurut kajian, dengan melibatkan mereka di dapur, ia akan membantu diet mereka.

Ini kerana mereka terikut dengan tabiat anda yang suka menyediakan makanan sihat untuk mereka.

Terdapat satu kajian yang menunjukan bahawa kanak-kanak yang makan di dalam keadaan dikelilingi keluarga yang positif mempunyai risiko obesiti yang lebih rendah.

Jadi, biarpun jadual anda penuh dan padat, tidak rugi untuk kita sebagai ibu bapa cuba sedaya upaya kita untuk mendapatkan masa makan bersama mereka.

Hasilnya sangat besar!

Jangan malu untuk mengawal

Ya, memang ramai ibu bapa yang tidak selesa menjadi 'pengawal' terhadap anak mereka.

Namun, sebenarnya anda boleh menjadi 'boss' kepada anak anda, tetapi dengan pendekatan yang lebih lembut.

Daripada menggunakan ayat 'sebab ibu/ayah cakap tak boleh' kepada, 'kan lebih baik begini'.

Dengan cara begini, anak anda akan melihat anda bukan sebagai seseorang yang cuba mengawalnya, tetapi membantu mereka membuat pilihan lebih baik.

Namun, anda harus tegas dengan saranan anda terhadap mereka.

Mereka akan lebih mudah menerima jika cadangan anda disampaikan dengan sebab mengapa dan bukanlah paksaan mereka menerima pilihan anda.

Baca juga:

Kanak-Kanak Gemuk Mungkin Menjadi Dewasa Yang Obese: Lembaga Promosi Kesihatan

10 Perkara Yang Membantu Membentuk Anak Anda Menjadi Lebih Baik

Sumber: readers's digest

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Aqma

app info
get app banner