Proses Mengepam Susu Sedang Berjalan - Masuk dan Tanggung Risiko Sendiri!

Ibu muda ini, Thima, berkongsi pengalamannya mengepam susu badan ketika bekerja di pejabat di Singapura dan bercerita mengapa dia membuat keputusan untuk menyusu anak lelakinya, Zacary, secara esklusif.

Mengepam susu badan di pejabat

TheAsianParent Singapura menemuramah Thima tentang bagaimana bekerja di Singapura, menyusu badan di pejabat dan tip bagaimana untuk menyusu badan dengan mudah.

Berikut adalah hasil temu ramah terbabit:

Berdasarkan gambar, syarikat Flok kelihatan seperti sebuah syarikat yang sangat cool. Bagaimana syarikat awak membantu pekerja yang juga seorang ibu?

Jawapan: Flok sememangnya satu tempat bekerja yang menarik! Sekarang, hanya seorang sahaja dalam syarikat ini yang ada anak. Kami semua merupakan orang-orang muda (the Flokers).

Tapi, waktu kerja di sini sangat fleksibel dan bos kami, James Robbins dan Brendan Miller, merupakan seorang yang sangat memahami.

Jadi, apabila kami beritahunya yang kami perlu pulang kerja awal atau perlu bawa anak berjumpa doktor secara tiba-tiba, mereka sangat cool tentang hal itu.

Saya baru sahaja kembali daripada cuti bersalin selama 6 bulan.

Apabila saya meminta Brendan dan James untuk menyambung cuti saya melebihi daripada cuti 16 minggu yang diberikan, saya tidak risau sangat tentang reaksi mereka.

Saya tahu mereka mengambil berat tentang pekerja mereka. Dan, memang betul! Mereka sangat menyokong dan memberitahu saya yang saya patut buat apa yang saya rasakan terbaik buat anak lelaki saya, Zacary.

Mereka turut bertanya pada saya sama ada saya mampu menampung keperluan secara kewangan dengan cuti 2 bulan tanpa gaji saya itu.

Menerima perhatian dan sokongan sebegini membuatkan saya tenang semasa bercuti menjaga bayi saya. Sekarang saya sudah kembali bekerja.

Saya bertanyakan pada James sama ada saya boleh pulang lebih awal daripada waktu kerja kerana saya mahu pulang ke rumah dan menjaga bayi saya, selain mengelak daripada bersesak dengan orang ramai dalam keretapi.

Sekali lagi, dia juga sangat menyokong dan membenarkan saya untuk pulang awal. Ini telah membantu untuk memudahkan proses kembali bekerja selepas bercuti panjang.

Notis mengepam susu badan di pintu pejabat

Apa yang menyebabkan awak buat tanda notis di pintu ini dan bagaimana reaksi rakan sekerja?

bilik mengepam susu di ofis

Sumber: theAsianParent Singapore

Jawapan: Saya mahu Zacary menikmati manfaat minum susu badan ibu selama yang mungkin. Jadi, satu cara untuk memastikan ia berlaku adalah dengan mengepam susu badan saya di pejabat.

Saya bertanya James sama ada saya boleh menjadikan salah satu bilik mesyuarat sebagai “bilik mengepam” dan dia bersetuju.

Saya hantar emel ke rakan sekerja untuk memberitahu mereka tentang hal ini. Saya juga beritahu yang saya akan meletakkan tanda notis di pintu bilik ketika saya mengepam susu.

Saya juga letakkan unsur kelakar pada notis itu untuk membuatkan rakan sekerja saya rasa yang mengepam susu itu satu proses semulajadi dan kita tidak perlu malu tentangnya.

Mereka pun tahu yang saya memang gila-gila, jadi mereka tidak kisah pun bila saya letak tanda notis sebegitu.

Adakah awak seorang ibu baru dan berapa lama awak sudah bekerja?

Jawapan: Ya, saya seorang ibu baru dan saya baru kembali bekerja pada 3 Disember yang lalu. 

Apa nasihat yang awak akan berikan kepada ibu bekerja di luar sana? 

Jawapan: Pada mulanya, susah untuk meninggalkan si kecil itu dan keluar bekerja. Saya selalu teringatkan Zacary dan saya akan rindukan dia sewaktu di pejabat.

Tapi, saya tahu yang ia akan menjadi lebih mudah hari demi hari kerana semua ibu memang superwomen! Kita belajar bagaimana untuk menanganinya.

Jadi sekarang, saya hanya memberikan fokus pada kegembiraan yang saya rasakan apabila saya ada bersama Zacary selepas pulang bekerja.

Para ibu pasti akan berasa lebih gembira jika mereka juga fikirkan hal ini juga, berbanding terus berasa tertekan kerana terpaksa berpisah seketika daripada si kecil untuk ke pejabat. 

Apa reaksi biasa yang anda terima tentang gambar tanda notis anda itu? 

Jawapan: Saya rasa reaksinya agak positif! Ramai yang gelak dan merasakan yang ianya cool kerana saya membuat perkara sensitif menjadi lebih mesra.

Menyusu badan dan mengepam susu adalah proses semulajadi untuk para ibu di luar sana. Kita tak perlu mengelakkannya.

Malah, kita patut berasa bangga dan bersifat terbuka tentangnya di mana kita telah berusaha untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak kita! 

Apa yang awak rasa tentang situasi ibu bekerja di Singapura sekarang?
 
Jawapan: Saya rasa banyak lagi yang boleh dan patut dibuat supaya ibu bekerja dapat meluangkan masa bekerja dan bersama bayi.

Saya seorang pengurus projek yang bekerja dari pukul 9 hingga pukul 6 petang, tetapi saya juga ibu selama 24 jam sehari!

Waktu bekerja dan kelonggaran perlu lebih fleksibel di mana pelan seperti kebenaran untuk bekerja di rumah untuk beberapa hari dalam sebulan patut digalakkan.

Selagi keberkesanan dan produktiviti kerja tidak dikompromi, ibu bekerja sepatutnya diberikan kelonggaran seperti ini.

Ia akan membuatkan lebih mudah bagi kami untuk kembali bekerja tanpa rasa yang kami telah mengabaikan tanggungjawab kami sebagai seorang ibu.

Telah ada majikan yang memberikan kemudahan seperti ini tetapi ia perlu dilakukan secara meluas lagi!

Berdasarkan pendapat peribadi awak, apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan ibu bekerja di Singapura?
 
thilma mengepam susu di pejabat

Sumber: theAsianParent Singapore

Jawapan: Saya rasa yang cuti bersalin patut diberikan selama 6 bulan kerana ia adalah kadar minimum yang digalakkan untuk menyusukan bayi.

Sebab utama mengapa saya menyambung cuti saya adalah supaya saya dapat menyusukan anak lelaki saya.

Agak bertentangan apabila ibu-ibu digalakkan untuk menyusu bayi selama 6 bulan tetapi diberikan cuti bersalin yang lebih pendek dari itu.

Tak semua orang mampu untuk ambil cuti tanpa gaji disebabkan keadaan kewangan dan jika penyusuan digalakkan selama 6 bulan, bukankah ia juga patut dijadikan jangka masa untuk cuti bersalin?

Adakah anda berikan susu formula pada bayi anda?

Jawapan: Tidak, setakat ini. Saya harap yang saya akan terus mampu memberikan bekalan susu badan tapi saya tahu, secara realitinya, susu juga boleh susut.

Saya harap saya boleh terus menyusukan Zacary secara eksklusif selama 2 tahun.

Tapi, jika saya tidak mampu menghasilkan susu badan, susu formula akan dapat memberikan bekalan nutrien yang diperlukannya.

Apa sebab utama anda memberi susu badan, berbanding susu formula?

Kebaikan menyusu badan sangatlah menakjubkan, melebihi susu formula!

Saya ada baca tentang bagaimana hormon, sel-sel dan antibodi dalam susu badan melindungi bayi daripada pelbagai jenis penyakit, sesuatu yang susu formula gagal untuk buat.

Dan, jangkitan telinga serta cirit-birit pula selalu berlaku pada bayi yang minum susu formula.

Apabila saya tahu benda ini, saya rasa sangat sukar untuk seseorang ibu itu untuk memilih susu formula berbanding susu badan. Terutamanya jika dia inginkan yang terbaik buat anaknya!

Saya sangat suka bagaimana menyusu menguatkan lagi hubungan antara ibu dan anak.

Apabila saya menyusukan Zacary, dia akan lihat ke dalam mata saya, bermain dengan rambut saya, pegang jari saya dan dia seolah tahu betapa dalam sayang saya padanya.

Saya tak sanggup untuk melepaskan semua itu demi susu formula.

Apa nasihat awak kepada ibu di luar sana yang memilih untuk tidak menyusu badan?

Jawapan: Menyusu badan adalah satu pengalaman indah dan memberikan banyak manfaat kepada ibu dan anak. Dengan susu formula, anda perlu mensteril botol dan puting, serta buat susu semasa anak sedang menangis.

Itu semua tiada untuk menyusu badan. Anak kecil anda boleh terus menyusu dan menikmati manfaat kesihatan fizikal dan psikologikal – berasa selamat dan disayangi dengan hubungan yang kuat dengan ibunya.

Ia mungkin nampak menyusahkan untuk sesetengah orang.

Tapi cuba anda fikir, bayi anda membesar dengan sangat cepat dan anda hanya ada masa yang singkat untuk menyediakan bekalan nutrisi yang hebat sambil menikmati masa istimewa dengan si kecil anda.

Dan, ibu juga mendapat manfaatnya, ia mengurangkan risiko diabetes tahap 2 dan mencegah kanser payudara dan ovari.

thilma dan zacary penyusuan badan di pejabat

Sumber: theAsianParent Singapore

Apa 3 tip utama anda untuk menyusu badan dengan mudah?

1. Yang paling penting, berlatih! Pada mulanya, ia mungkin akan menjadi satu proses yang menyakitkan. Tetapi, bila saya belajar sahaja cara menyusu yang betul, ia sangat mudah untuk menyusukan Zacary!

Jadi, jangan cepat berputus asa. Youtube ada banyak video tentang cara untuk menyusukan bayi. Anda juga boleh dapatkan bantuan pakar laktasi juga.

2. Konsep menyusu adalah bekalan dan permintaan. Sebab itulah anda perlu terus mengepam susu di pejabat! Badan kita sangat menakjubkan, semakin banyak bayi anda minum susu, semakin banyak ia menghasilkan susu.

3. Jangan terlalu obses tentang jangkamasa menyusu; si kecil anda akan minum sebanyak atau sekerap mana dia perlu dan apabila dia lapar.

Jangan terlampau terikat dengan waktu di jam kerana naluri hati anda sebagai seorang ibu lebih tepat daripada itu!

Sumber: The Asian Parent Singapura

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Wahai Ibu Yang Sedang Menyusu: Adakah Bayi Anda Cukup Makan?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!