Bila Ibu Bapa Boleh Dapat Mengesan Kecenderungan Anak Jadi Kidal?

undefined

Kidal adalah seseorang menggunakan tangan kiri untuk melakukan pelbagai aktiviti. Bila ibu bapa boleh tahu anak kidal dan apa yang perlu dibuat?

Apa itu kidal?

Kidal adalah apabila seseorang terbiasa menggunakan tangan kiri untuk melakukan aktiviti, seperti menulis, makan, atau melakukan kerja yang berat. 

Kira-kira 10% individu di atas Bumi ini adalah kidal.

Fenomena ini berlaku secara semulajadi dan dipengaruhi oleh genetik. Jika anda dan pasangan adalah individu kidal, anak anda mempunyai kemungkinan 45 hingga 50% untuk menjadi kidal juga. 

kidal

Bilakah ibu bapa dapat mengesan anak mereka kidal?

Menurut Parents.com, ibu bapa sudah boleh mengesan jika anak mereka kidal atau tidak apabila anak berumur sekitar 2 – 3 tahun.

Kadang-kadang anak mungkin sudah mula menunjukkan tanda-tanda tangan dominan lebih awal dari ini. 

Sesetengah bayi lebih cenderung untuk merebut mainan dengan tangan tertentu dan ada juga kanak-kanak yang menggunakan kedua-dua tangan sehingga mereka mula bersekolah dan belajar menulis.

Semua ini adalah normal.

kidal

Tetapi sebelum setahun, bayi anda harus banyak bereksperimen dengan kedua-dua tangannya.

Sekiranya anda mendapati bayi anda sentiasa menggunakan satu tangan lebih kerap daripada tangan yang lain, beritahu doktor. Ini mungkin tanda masalah perkembangan otot pada tangan yang kurang digunakan.

Peranan ibu bapa semasa menyesuaikan diri anak yang kidal

Sama ada anda seorang ibu bapa dengan kecenderungan menggunakan tangan kanan atau kiri, anda sudah tahu seorang anak kidal akan menghadapi beberapa cabaran semasa membesar.

Namun, ini bukan perkara yang tidak baik dan ibu bapa tidak harus memaksa anak mereka untuk ubah dan menggunakan tangan kanan. 

Mereka jarang menghadapi cabaran yang sangat besar dan selalunya dapat menyesuaikan diri ketika menghadapi halangan dalam kegiatan harian. 

Di sini ada contoh bimbingan yang lembut dari ibu bapa yang diperlukan untuk membantu anak menyesuaikan diri.

Anda tak digalakkan untuk membezakan antara tangan kiri dengan tangan kanan anak anda. 

Sebaliknya katakan “gunakan tangan yang paling dekat dengan pintu” atau “berjalan ke arah tingkap,”. Jangan sebut “berjalan ke arah kanan.”

Selain itu, ibu bapa digalakkan berdiri di depan anak semasa menunjuk cara untuk melakukan sesuatu dan tidak di tepinya supaya anak boleh meniru perbuatan ibu bapa dengan lebih senang.

Apabila ibu bapa membimbing anak untuk menyesuaikan diri tanpa mengambil kira penggunaan tangan kiri atau kanan, dan betul atau salah, perlakuan yang kecil seperti ini boleh meringankan tekanan anak dan membantunya rasa diterima. 

Biar anak yang memutuskan tangan mana yang ingin digunakannya. 

Pada mulanya, anak mungkin rasa keliru dengan segalanya, tetapi selepas beberapa ulangan serta dorongan postif, mereka akan membiasakan diri dengan kehidupan harian.

Ibu bapa cuma perlu bersabar dan ulangi cara-cara penempatan tangan sehingga ia menjadi kebiasaan untuk anak.

Kelebihan dalam sukan

Anak kidal mempunyai kelebihan dalam sesetengah sukan kerana jarang kita jumpa orang yang menggunakan tangan kiri. 

Mereka sangat berpotensi dalam sukan jenis seorang lawan seorang seperti tenis, tinju, dan sebagai pembaling dalam permainan besbol.

Cara bermain dengan seorang yang kidal sangat berbeza dari kebanyakkan orang yang menggunakan tangan kanan. 

Biasanya lawan mereka tidak faham mengapa mereka kalah teruk sehingga mereka sedar lawan mereka adalah orang kidal.

Sumber: Parents dan Parent

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

8 Aktiviti Belajar Best Yang Anda Patut Cuba Dengan Anak-Anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!