4 cara yang betul untuk menghitung usia kandungan dan usia janin

lead image

Dengan menggunakan 4 cara pengiraan kehamilan yang mudah ini, ibu bapa boleh menghitung dan menganggar sendiri usia bayi dalam kandungan.

Apabila baru mendapat berita si isteri hamil, pasangan suami isteri pasti rasa tidak sabar untuk mengetahui usia kandungan. Macam mana cara pengiraan kehamilan?

Berapa lama lagi sebelum kita boleh mendukung anak kesayangan? Dan berapa banyak masa lagi  untuk melakukan persiapan buat ibu dan bayi? Sudah pasti orang lain juga ingin tahu cara pengiraan kehamilan kerana ini.

Di sini, kami sertakan 4 cara bagaimana untuk menghitung usia kandungan anda. Jom cuba buat!

4 cara pengiraan kehamilan – jom hitung usia baby!

Cara pengiraan kehamilan #1 Guna apps atau kalkulator kehamilan dalam talian

Cara untuk mengira usia kandungan dengan menggunakan apps dan kalkulator kehamilan dalam talian adalah lebih mudah.

Hanya dengan memasukkan beberapa butiran mengenai haid anda, kalkulator kehamilan boleh mengira usia kandungan dalam talian.

Langkah-langakah:

  1. Masukkan tarikh dan bulan, hari pertama haid terakhir anda (HPHT).
  2. Masukkan jumlah hari dalam kitaran anda, contohnya 28 hari ataupun 30 hari.
  3. Kalkulator kehamilan akan mengira dan memberitahu anda usia kehamilan.

Cara pengiraan kehamilan #2 Kiraan kalendar (Formula Naegele)

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/menghitung usia kandungan 2.jpg 4 cara yang betul untuk menghitung usia kandungan dan usia janin

Sebelum menggunakan cara pengiraan kehamilan untuk mengira usia kandungan dengan kaedah ini, anda mesti tahu tarikh hari pertama haid terakhir (HPHT) anda terlebih dulu.

Kaedah ini biasanya digunakan untuk menghitung kitaran haid tetap contohnya wanita dengan kitaran 28 hari atau 30 hari. 

Langkah-langkah:

  1. Tarikh HPHT + 7 
  2. Bulan HPHT – 3
  3. Tahun HPHT +1 

Sebagai contoh:

  1. HPHT 16 Ogos 2017
  2. Tarikh HPHT 16 + 7 = 23
  3. Bulan HPHT 8 -3=5
  4. Tahun HPHT 2017 + 1 = 2018
  5. Maka anggaran hari kelahiran adalah 23 Mei 2018

Jika bulan HPHT tidak dapat dikurangkan, contohnya bulan Januari (1 – 3 =?) tukarkan dengan HPHT ditambah dengan 9 sahaja.

  1. Tarikh HPHT +7
  2. Bulan HPHT +9
  3. Tahun HPHT +1  (sama seperti di atas) 

Contoh:

  1. HPHT 20 Januari 2017
  2. Tarikh HPHT 20 + 7 = 27
  3. Bulan HPHT 1+9=10
  4. Tahun HPHT 2017
  5. Maka anggaran hari kelahiran adalah 27 Oktober 2017

Tetapi ini cara untuk menganggarkan hari kelahiran! Bagaimana pula untuk usia kandungan? Senang sahaja, anda cuma perlu tambahkan HPHT anda.

Contoh:

Jika HPHT anda ialah 16 Ogos 2017, maka bulan pertama usia kandungan ialah 16 September 2017.

Cara pengiraan kehamilan #3 Kaedah fundus uterus

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/menghitung usia kandungan 3b.jpg 4 cara yang betul untuk menghitung usia kandungan dan usia janin

Cara mengukur ketinggian fondus dengan kaedah jari pada perut ibu hamil yang sedang berbaring di belakangnya. Setiap baris mewakili lebar dua jari. Sumber gambar: Open.edu

Fundus uterus adalah puncak rahim. Puncak rahim akan menjadi semakin tinggi apabila janin berkembang.

Jururawat di KK selalu menggunakan cara ini untuk mengira usia kandungan secara manual:

  1. Mula-mula rasa bahagian atas rahim yang menonjol pada bahagian perut.
  2. Ukur jarak dari tulang rusuk ke bahagian atas uterus.
  3. Jika jaraknya 17 cm, maka usia kandungan adalah 17 minggu.

Cara pengiraan kehamilan #4 Pergerakan janin

Ibu boleh mengira usia kandungan dengan merasakan pergerakan janin walaupun hasil kaedah ini tidak 100% tepat.

Langkah-langkah:

  1. Ibu hanya perlu merasakan pergerakan janin.
  2. Sekiranya ibu dapat merasakan janin mula bergerak maka usia kandungan dianggarkan sekitar 18-20 minggu.
  3. Kaedah ini hanya berkesan untuk wanita yang hamil kali pertama.
  4. Untuk kehamilan kedua dan seterusnya, pergerakan janin dapat dirasakan kira-kira 16-18 minggu.

Semoga tips di atas boleh membantu ibu bapa.

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Open.edu, Merdeka

Baca juga:

12 gambar proses perkembangan janin (dari 1 bulan sampai lahir) yang sungguh menakjubkan!