Kenapa ibu mengandung selalu mengidam 10 makanan ini? Berikut kata pakar...

Mengidam semasa mengandung adalah perkara yang normal dan kebanyakan dari ibu mengandung pun mengidam makanan yang lebih kurang sama. Tapi, kenapa?

Mengidam semasa mengandung adalah perkara biasa untuk ibu hamil. Seramai 50% ke 90% wanita mengandung akan mengalami simptom “mengidam” ini.

Tapi adakah anda tahu fakta disebalik makanan yang anda idamkan ini?

Menurut laman sheknows.com, ada 10 jenis makanan dan minuman yang selalu menjadi benda yang diidamkan oleh ibu mengandung. Dan ini adalah sebab-sebabnya…

Mengidam semasa mengandung: Kenapa 10 makanan ini selalu buat ibu “teringin”

1. Ais batu

Ibu mengandung kadang-kadang suka mengunyah ais walaupun ia bukan sesuatu yang mengenyangkan atau memberi nutrisi pada bayi dalam kandungan.

Untuk ibu mengandung yang mengalami anemia, mereka mengunyah air untuk mengurangkan bengkak di bahagian mulut dan lidah.

2. Coklat

mengidam semasa mengandung, mengidam, makanan semasa mengandung, mengidam, makanan mengidam, makanan ketika hamil,

Keinginan untuk makan coklat semasa mengandung membuak-buak kerana coklat mempunyai endorfin yang boleh membuatkan seseorang menjadi lebih bahagia. 

Memang terubat penat lelah mengandung kalau dapat makan coklat, kan?

3. Makanan pedas

Ibu mengandung mempunyai metabolisme yang tinggi dan menyebabkan suhu badan mereka naik.

Makanan pedas dapat mengeluarkan peluh dan mengurangkan suhu badan, sebab itulah mereka secara semula jadinya teringin sangat nak makan pedas.

4. Asam

Ibu mengandung yang mengidam makan makanan masam ini mungkin mempunyai sodium yang rendah dalam badan atau pun nak kurangkan rasa mual dan loya semasa awal kehamilan.

5. Kopi

mengidam semasa mengandung, mengidam, makanan semasa mengandung, mengidam, makanan mengidam, makanan ketika hamil,

Walaupun doktor melarang ibu mengandung untuk minum kopi, tapi kita selalu teringin untuk minum kopi. Lagi-lagi yang dah terbiasa minum kopi sebelum mengandung.

Jangan lupa tanya doktor anda berapa sukatan kafein yang boleh anda ambil dalam masa sehari tanpa membahayakan bayi anda.

6. Jus

Bayi yang sedang membesar dalam perut ibu ini selalu buat ibu rasa haus. Jadi, tak hairanlah kalau ramai ibu mengandung yang mengidam jus buah ini.

7. Produk tenusu

Produk tenusu seperti yogurt, keju dan sebagainya sering menjadi makanan mengidam semasa mengandung yang popular terutamanya pada trimester pertama

Ini mungkin kerana mereka perlukan tenaga ekstra selepas morning sickness yang mereka alami.

8. Kombinasi pelik

3. Aiskrim

Kadang-kadang, ada ibu yang suka menggabungkan makanan dengan kombinasi yang pelik seperti ais krim dengan asam atau pizza dengan buah.

Tak ada yang tahu kenapa mereka suka makan begini. Tapi ada beberapa teori mengatakan ini kerana mereka mahu memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua nutrisi yang diperlukan.

9. Makanan yang menenangkan

Kehamilan boleh menjadi satu perkara yang stress bagi sesetengah wanita. Jadi, mereka perlukan makanan yang menenagkan atau comfort food  untuk stabilkan mood mereka.

10. Benda yang tidak boleh dimakan

Jika anda mengidam benda yang tak boleh dimakan(bukan makanan) jumpa dengan doktor untuk berbincang kerana takut yang ianya merbahaya untuk bayi.

Jadi, anda mengidam makanan apa semasa mengandung? Jom kongsi di ruangan komen.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Fitriyani dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga:

Mengapa Ibu Hamil Mengidam Makan Asam? Ini Penjelasan Doktor!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!