Risau Anak Sering Terlupa? Cuba 3 Makanan Yang Dapat Kuatkan Daya Ingatan Ini!

Tahukah anda, terdapat makanan yang dapat menguatkan daya ingatan manusia?

Ada sebahagian ibu bapa yang runsing memikirkan tentang pilihan makanan yang dapat menguatkan daya ingatan anak. Ini kerana anak-anak kadang kala terlalu memilih dengan pemakanan mereka sedangkan kita hanya yang tawarkan yang terbaik.

Jika anda memiliki seorang anak yang picky eater, untuk memujuk mereka mencuba makanan baru terutamanya bagi membantu menguatkan daya ingatan mereka mungkin agak sukar. Namun anda boleh cuba dengan mempelbagaikan cara persembahan makanan tersebut.

Selain menghidangkan begitu sahaja, anda boleh guna bekas makanan yang comel dan warna-warni agar mereka lebih tertarik dengan makana tersebut.

Malah, anda juga boleh cuba menyediakan makanan dengan cara yang baru seperti mengisar kekacang sehingga halus dan campur dalam minuman smoothie mereka.

Dengan ini, mereka dapat makan makanan yang lebih menyihatkan tanpa menolak terlebih dahulu!

Menguatkan Daya Ingatan Melalui Penyerapan Nutrisi

Risau Anak Sering Terlupa? Cuba 3 Makanan Yang Dapat Kuatkan Daya Ingatan Ini!

Kredit: Freepik

Menurut Web MD,  otak adalah organ yang menyerap banyak nutrisi.

“Otak merupakan organ yang menyerap nutrisi dari makanan yang kita makan. Untuk membuktikannya, makanlah junk food, dan otak pasti akan menghasilkan banyak hormon stres,” jelas Bethany Thayer, MS, RD, ahli gizi Detroit dan juru bicara American Dietetic Association (ADA).

Tubuh anak yang sedang melalui perkembangan dan tumbesaran memerlukan banyak nutrisi. Berikut merupakan 3 elemen makanan utama yang dapat meningkatkan daya kebolehan otak anak anda.

Makanan Yang Menguatkan Daya Ingatan #1: Lemak Baik

menguatkan daya ingatan

Kredit: Pixabay

Otak kita menggunakan lemak semula jadi untuk menjaga membran sel dan berfungsi dengan baik. ‘Lemak baik’ membantu mempertahankan keadaan ini, maka makanan yang mengandungi lemak ini sebaiknya dimasukkan dalam menu makanan anak.

Lemak baik terdiri dari:

  • Lemak tidak tepu yang boleh dijumpai dalam minyak zaitun, minyak bijam, kekacang, biji-bijian dan avokado.
  • Asid lemak penting (EFA) yang ada dalam 2 bentuk, iaitu Omega 3 dan Omega 6. Omega 3 ditemukan dalam kacang-kacangan dan biji-bijian, daging haiwan herbivor, dan telur ayam kampung. Manakala, omega 6 ditemukan dalam biji rami (flax seed), chia, daun hijau, kenari, minyak ikan, daging haiwan herbivor, tiram, dan udang. 
  • Lemak tepu semulajadi, lemak ini ditemukan dalam minyak kelapa dan kelapa sawit, kuning telur, mentega, serta  krim. 

Makanan Yang Menguatkan Daya Ingatan #2: Makanan Yang Mengandungi Kolin

Kolin dapat membuat otak berfungsi dengan lebih baik, yang juga akan membantu dalam perkembangan memori anak.

Makanan kaya kolin meliputi, telur, minyak ikan, hati, kacang soya, kacang tanah, mentega, kentang, kubis bunga, lentil, oat, bijan, dan biji benih.

Makanan Yang Menguatkan Daya Ingatan #3: Makanan Yang Kaya Anthocyanindan Querecetin

menguatkan daya ingatan

Kredit: Pexels

Menurut sebuah studi yang dilakukan oleh Harvard, zat seperti anthocyanin dan querecetin telah terbukti membantu meningkatkan kekuatan kognitif pada anak.

Anda boleh memasukkan bahan seperti beri, ceri, kismis hitam, terung, anggur merah, ungu dan hitam, bawang merah, epal merah, bit, kangkung, daun bawang, tomato ceri, brokoli, blueberi serta aprikot  dalam menu diet harian anak.

Contoh Makanan Lain Yang Boleh Menguatkan Daya Ingat 

Selain tips di atas, salah satu cara terbaik untuk meningkatkan memori anak adalah memastikan adanya nutrisi tinggi dalam makanan.

Berikut adalah makanan seharian yang mempunyai khasiat baik bagi menguatkan daya ingatan anak anda:

1# Susu

Risau Anak Sering Terlupa? Cuba 3 Makanan Yang Dapat Kuatkan Daya Ingatan Ini!

Kredit: Pexels

Susu merupakan sumber kalsium yang dikenali untuk membina tulang yang sihat. Malah, ternyata susu juga kaya vitamin dan protein bagi membantu meningkatkan kekuatan otak anak.

2# Ikan

Ikan seperti tuna dan salmon segar adalah salah satu sumber asid lemak omega-3 terbaik. Namun, jangan memberi makan anak kecil anda lebih dari 3 hidangan sehari kerana sesetengah ikan mengandungi merkuri.

Jika anak anda bukan penggemar ikan, anda mungkin harus menjadi sedikit kreatif. Cuba merebus dan bakar ikan, untuk dimakan bersama nasi.

3# Bijirin gandum dan roti

menguatkan daya ingatan

Kredit: Pexels

Makanan yang mengandungi gandum merupakan sumber kolina (choline) yang penting. Roti gandum dan bijirin juga diperkaya dengan vitamin B6 dan B12.

Anda boleh memberi si kecil bijirin dan roti secara berselang-seli sepanjang seminggu. Bijirin yang diperkaya zat besi adalah jenis makanan terbaik untuk si kecil kerana anak-anak memerlukan zat besi untuk perkembangan yang baik. 

4# Telur

Telur merupakan sumber protein yang kaya, sedangkan kuning telur mengandung kolina yang sangat penting yang membantu mengembangkan daya ingatan.

Menu sandwich telur yang dicampur dengan kentang adalah cara mudah untuk memastikan si kecil menikmati sarapan paginya.

5# Kacang dan Minyak

Makanan kaya lemak tidak tepu juga membantu perkembangan otak, dan boleh ditemui dalam minyak zaitun extra virgin, biji-bijian dan kekacang.

Asid folat juga baik untuk pertumbuhan otak, contohnya kacang soya, bayam, brokoli dan jeruk.

Selamat mencuba!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Aulia Trisna dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!