Kerap Guna Ayat Ugut Pada Anak Sebenarnya TAK BAGUS Untuk Perkembangan Mereka

undefined

Dalam menegur tentu guna ayat ugutan, tahukah anda ia sebenarnya tak bagus untuk perkembangan anak?

Kita selalu menasihati anak-anak dengan cara mengugut anak. Tapi, pernahkah anda terfikir – adakah cara ini terbaik dalam mendidik mereka?

Atau ia boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ke arah yang lebih negatif?

Sebaiknya, anda berhenti melakukan perlakuan mengugut anak kerana ia boleh mendatangkan ketakutan sekaligus merencatkan perkembangan kanak-kanak.

Menurut Dr. Amporn Benjapolpitak, mengugut anak merupakan salah satu jenis penderaan emosi yang boleh menyebabkan mereka mengalami ketakutan melampau meskipun ia adalah cara untuk menghentikan sikap atau  perilaku anak yang mungkin kurang senang di pandangan mata anda.

Contoh ayat yang mengugut anak 

mengugut anak, ugut anak, ugut si kecil, mengugut si kecil, mengugut, selalu ugut anak, kerap ugut anak, kerap mengugut anak, kerap mengugut si kecil, ibu ugut anak, ayah ugut anak, ibu bapa ugut anak, suka ugut anak, suka mengugut anak, suka mengugut si kecil

  • Kalau nakal doktor akan suntik dengan jarum tajam.

  • Kalau tak dengar kata polis akan datang tangkap.

  • Siapa tak mandi tak boleh ikut ibu jalan-jalan.

  • Kalau tak makan, tak boleh main!

  • Kalau tak belajar nanti jadi bodoh!

  • Tak dengar cakap nak masuk neraka ke?

Bagaimana mengugut anak boleh beri kesan negatif pada perkembangan mereka? 

mengugut anak, ugut anak, ugut si kecil, mengugut si kecil, mengugut, selalu ugut anak, kerap ugut anak, kerap mengugut anak, kerap mengugut si kecil, ibu ugut anak, ayah ugut anak, ibu bapa ugut anak, suka ugut anak, suka mengugut anak, suka mengugut si kecil

Kredit: PAMA

  • Anak kurang menjadi seorang yang berjiwa kreatif.
  • Kanak-kanak perlukan kepercayaan tinggi daripada orang dewasa untuk melindungi diri mereka supaya rasa selamat. 
  • Kehilangan peluang untuk mendisipkan diri.
  • Lebih cenderung memilih apa yang hanya disukai oleh ibu bapanya berbanding diri sendiri.

Cara elak mengugut anak 

mengugut anak, ugut anak, ugut si kecil, mengugut si kecil, mengugut, selalu ugut anak, kerap ugut anak, kerap mengugut anak, kerap mengugut si kecil, ibu ugut anak, ayah ugut anak, ibu bapa ugut anak, suka ugut anak, suka mengugut anak, suka mengugut si kecil

Bagi mengelak menggugut anak, sebaiknya ibu bapa harus mengajar mereka perkara yang betul dan menggunakan alasan yang sesuai ketika memberi amaran kepada kanak-kanak.

Apabila dia menunjukkan tingkah laku yang baik berikan kata-kata pujian dan penghargaan yang sepatutnya.

Kesimpulannya, anda harus mencari jalan yang terbaik untuk menasihati anak-anak supaya sejajar dengan perkembangan anak dalam setiap kumpulan umur.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Tulya dan mendapat keizinan dari theAsianparent Thailand untuk diterjemah.

Baca juga:

Luahan Bapa: Marah Anak Harus Berpada, Jangan Sampai Menyesal Seumur Hidup

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!