Saya cemburu & sakit hati dengan masa lalu pasangan! Apa patut saya buat?

lead image

Sakitnya hati dan cemburu meluap-luap bila tahu masa lalu pasangan. Tapi, tahukah anda apa hukumnya mengungkit masa lalu menurut Islam? Ini jawapannya.

Jika anda suami isteri bukan berkenalan (atau bercinta) sejak kecil, pastinya mereka pernah ada pasangan dan masa lalu

Ada sesetengah orang memang tak ambil tahu tentang masa lalu pasangannya. Tapi, ada juga yang ingin tahu masa lalu pasangan dan akhirnya cemburu malah sakit hati apabila mengetahui “semua perkara”.

Bila sakit hati dan cemburu itu, mulalah kita pun rasa nak mengungkit dan memerli-merli pasangan. Apakah hukumnya jika mengungkit masa lalu menurut Islam? 

Hukum mengungkit masa lalu menurut Islam

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2018/02/rawImage.jpg Saya cemburu & sakit hati dengan masa lalu pasangan! Apa patut saya buat?

Sesungguhnya, Islam amat melarang jika sepasang suami isteri mengungkit masa lalu, terutamanya yang berkaitan kemaksiatan. Suami isteri tidak perlu menjelaskan masa lalu masing-masing.

Malah, Allah SWT itu sendiri melindungi dan menjaga setiap aib dan dosa umatnya, terbukti dengan sabda Rasulullah SAW yang berbunyi:

مَنْ أَصَابَ مِنْ هَذِهِ الْقَاذُورَاتِ شَيْئًا فَلْيَسْتَتِرْ بِسِتْرِ اللَّهِ

“Siapa yang tertimpa musibah maksiat dengan melakukan perbuatan semacam ini (perbuatan zina), hendaknya dia menyembunyikannya, dengan kerahasiaan yang Allah berikan.” (HR. Malik dalam Al-Muwatha’, no. 1508).

Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda:

كُلُّ أُمَّتِى مُعَافًى إِلاَّ الْمُجَاهِرِينَ ، وَإِنَّ مِنَ الإِجْهَارِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً ، ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ ، فَيَقُولَ يَا فُلاَنُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا ، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ

(Semua umatku akan diampuni, kecuali orang yang terang-terangan melakukan maksiat. Termasuk bentuk terang-terangan maksiat, seseorang melakukan maksiat di malam hari, Allah tutupi sehingga tidak ada yang tahu, namun di pagi hari dia bercerita,

‘Hai Fulan, tadi malam saya melakukan perbuatan maksiat seperti ini..’

Malam hari Allah tutupi kemaksiatanya, pagi harinya dia singkap tabir Allah yang menutupi maksiatnya. (HR. Bukhari 6069 & Muslim 7676))

Malah, jika difikirkan dengan baik-baik, apakah faedahnya jika kita mengungkit masa lalu pasangan? Ia hanya akan membuatkan pergaduhan dan boleh terjadinya penceraian.

5 sebab kenapa anda tak patut mengungkit masa lalu menurut Islam

Memang bukan senang nak kendali masa lalu pasangan jika anda sudah mengetahuinya. Namun, benda itu sudah lepas dan ini antara 5 sebab kenapa anda tak patut mengungkit masa lalu menurut Islam:

#1 Perkara yang lepas tidak boleh diubah

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2017/11/alasan kenapa harus bercerai 1.jpg Saya cemburu & sakit hati dengan masa lalu pasangan! Apa patut saya buat?

Walaupun anda tidak menyukai masa lalu pasangan, tiada apa yang anda boleh buat kini sebab masa lalu tidak boleh diubah. Namun, pasangan anda itu telah berubah sekarang!

Jadi, kenapa masih berpegang pada masa lepasnya?

#2 Mereka tidak kenal anda semasa ia berlaku

Anda tidak sewajarnya berasa sakit hati dan cemburu dengan masa lalu pasangan kerana ia tiada kaitan dengan anda. Bukannya mereka kenal anda pun lagi masa itu! 

#3 Hubungan anda sekarang ini lagi penting

Masa lalu dan masa hadapan bukanlah di bawah ketentuan kita. Namun apa yang kita ada sekarang hanyalah masa sekarang ini.

Jadi, gunakannya dengan sebaik-baik. Hargailah bagaimana pasangan melayan anda kini. Mereka telah berubah dan melupakan masa lalu mereka. Kenapa tidak anda?

#4 Kejujuran mereka itu lebih penting

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2017/10/1 1 1.jpg Saya cemburu & sakit hati dengan masa lalu pasangan! Apa patut saya buat?

Jika mereka yang menceritakan kisah lalu mereka kepada anda, itu maknanya mereka amat mempercayai anda. Kejujuran adalah landas hubungan komunikasi yang sihat.

#5 Cemburu itu nafsu yang berat

Tak salah untuk rasa cemburu. Anda boleh cemburu jika pasangan anda kini rapat dengan mana-mana kawan yang anda tidak berapa suka (mungkin sebab kaki goda atau gatal).

Tapi cemburu pada bekas kekasih mereka tiada faedahnya! Lainlah kalau mereka masih berhubungan dengan bekas kekasih itu, ops!

Cintailah pasangan dengan sepenuh hati

Jika anda kenal dan percaya dengan pasangan anda, pasti anda tidak akan risau masa lalu pasangan akan menjejaskan kebahagiaan anda kini. 

Jangan “bina” alasan yang hanya akan merenggangkan kalian berdua. Apa yang penting adalah cinta pada masa kini – yakni cinta mereka pada anda

Cintailah mereka dengan sepenuh hati. Jadi sebahagian daripada mereka tanpa mengira masa silam lalu. 

 

 

 

 

 

 

Artikel ini asalnya ditulis oleh Paul dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

3 Cara Melayan Pasangan Yang Kuat Cemburu Dengan Tenang & Rasional

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!