5 perkara yang selalu saya judge ibu bapa lain sebelum saya dapat anak sendiri

lead image

Sebagai seorang manusia, kita pasti tak pernah lari dari menilai orang lain. Ini antara benda yang saya suka nilai sebelum saya sendiri ada anak.

Kita sebagai manusia, kita tak mahu orang menilai kehidupan kita, tak kisahlah dari segi keluarga, kerjaya ataupun perkara-perkara yang  kita lakukan. Tapi kadang-kadang kita pun ada menilai orang lain secara sedar atau tidak. 

Seorang penulis  mengongsikan beberapa perkara yang dia nilai ibu bapa lain yang punya anak kecil sebelum dia sendiri akhirnya menjadi ibu. Mungkin ada beberapa perkara yang  kita juga buat, kan?

Jadi jom lihat senarai ini. Bolehlah kita mengambil ikhtibar dan berkongsi kebenaran di sebalik "menilai orang atau ibu bapa lain" ini kerana kita sendiri sudah belajar dari kesilapan.

5 perkara saya selalu "judge" ibu bapa lain sebelum saya sendiri ada anak

1. Menilai orang yang beri rasuah pada anak

menilai orang

Sebelum jadi ibu bapa: “Rasuah anak dengan biskut sebab nak anak duduk diam? Ajarlah anak tu bila untuk duduk diam buat apa yang ibu bapa suruh buat. Kalau beri rasuah dekat anak, sampai bila anak nak belajar?"

Selepas ada anak: Ini barang yang saya bawa sentiasa. Saya bawa semua jenis makanan ringan setiap kali pergi ke kedai.

Saya berikan pada mereka sepanjang masa saya membeli barang untuk anak saya duduk diam. Apa yang mengejutkan, mereka tidak duduk diam bila saya suruh pun!

2. Menilai orang yang mengikat anak dengan tali harness

Sebelum jadi ibu bapa: “Ini melampau. Siapa yang ikat anak sendiri macam haiwan?”

Selepas ada anak: “Ini adalah ciptaan yang bijak.” Saya belum mencubanya lagi tapi ini bagus kerana risiko untuk anak hilang lebih-lebih lagi di tempat yang sibuk akan berkurang. Siapa yang judge ibu bapa yang guna tali harness mesti tak sedar risiko anak diculik!

3. Menilai orang yang tak pandai jaga anak apabila anak menjerit

menilai orang

Sebelum jadi ibu bapa:  “Bagaimana mereka boleh biarkan anak mereka menjerit?!”

Selepas ada anak: Saya cepat panik dan tinggalkan apa-apa yang saya ada dalam troli dan tinggalkan bangunan. Saya sedang cuba untuk kekal bertenang ketika anak menjerit atau tantrum dan cuba untuk cakap dengan mereka tentang apa yang berlaku.  

4. Menilai orang yang biar anak muka kotor

Sebelum jadi ibu bapa: “Kenapa tak basuh muka anak? Bukan susah sangat pun!”

Selepas ada anak: Tak ada tisu basah yang cukup dekat dunia ini kalau nak pastikan muka anak saya bersih 24/7. Entah apa yang dia selalu buat. Setiap kali cuci mukanya, pasti sekejap lagi kotor balik. Aduh!

5. Menilai orang yang biar anak makan sepah

Sebelum jadi ibu bapa: “Kenapa diorang biarkan anak mereka buang makanan atas lantai? Tak boleh ke ajar anak jadi beradab bila makan?”

Selepas ada anak: Saya akan minta maaf banyak kali pada tuan kedai atau keluar sebelum orang lain nampak setiap kali anak saya makan bersepah dan buat satu restoran kotor. Malu, tapi nak buat bagaimana?

***

Apabila kita menilai seseorang. selalunya kerana kita belum pernah melalui perkara tersebut lagi.

Ia seperti segelintir netizen di sosial media yang banyak merungut tentang ibu bapa tak reti nak jaga anak untuk duduk diam ataupun tak reti buat mereka senyap apabila berada di tempat awam, dan kebanyakan yang merungut adalah orang yang belum punya anak.

Apa yang kita boleh buat sebagai ibu bapa adalah cuba untuk tidak malu jika anak buat hal di tempat awam dan biarkan mata-mata orang melihat. Ini kerana mereka tak akan tahu apa yang dilalui oleh ibu bapa hingga mereka mengalaminya sendiri.

Pengajarannya, kita hendaklah saling memahami apa yang orang lain lalui kerana kita tidak tahu masalah yang orang lain hadapi.