Hati-Hati Menjemur Bayi Dalam Keadaan Telanjang Boleh Meningkatkan Risiko Kanser Kulit

lead image

Hati-hati jika ingin menjemur bayi jangan sampai si kecil rasa tidak selesa sekaligus menimbulkan gejala lain pula di kemudian hari.

Biasanya orang tua menjemur bayi di bawah sinar matahari pagi untuk mendapatkan vitamin D yang sangat baik untuk si kecil itu. Namun, ada sesetengah daripadanya melakukan dengan cara yang salah. 

Cara yang salah itu apabila menjemur bayi dalam keadaan telanjang tanpa pakaian yang boleh membuatkan kulit bayi terbakar dek kerana sinaran matahari.  

Walaupun ia sangat baik, namun anda perlu tahu kulit bayi masih nipis dan sangat sensitif maka jika menjemur bayi dengan cara yang kurang tepat ia boleh menyebabkan risiko tertentu. 

Menurut Sarah Beeson, Pakar Parenting dari The Baby Show mengatakan, semasa menjemur gunakan pakaian yang ringan dan sarungkan topi di kepala bayi supaya si kecil berasa selesa dan aman. Kemudian selesai menjemur, pakaian dan topi boleh ditanggalkan. 

Tambahnya lagi, jika semasa menjemur kulit bayi semakin panas terus teduhkan dia dari sinar matahari dan sejukkan kembali tubuhnya dengan menyusu. 

Walaubagaimanapun, penjelasan dari perubatan Indonesia menyebut, menjemur bayi di bawah sinar matahari boleh meningkatkan risiko melanoma dan kanser semasa usia bayi meningkat dewasa.

Jadi, kalau nak menjemur si kecil pastikan ada perlindungan seperti yang diterangkan tadi supaya mengurangkan bahaya yang mungkin kita tidak sedari. 

Cara menjemur bayi yang betul dan tepat 

menjemur bayi, jemur bayi, menjemur si manja, menjemur bayi anda, menjemur si manja anda, jemur bayi di tengah panas, menjemur bayi di sinaran matahari, menjemur bayi tengah panas, menjemur bayi di waktu pagi, menjemur bayi ketika waktu pagi

#1. Sarungkan pakaian pada tubuh bayi 

  • Bagi memastikan tubuh dan kulit bayi terjaga dengan baik anda harus pakaikan baju pada si kecil itu terutama yang berumur bawah enam bulan. 

#2. Tidak berjemur dalam tempoh yang lama 

  • Sebaiknya jemur bayi dalam tempoh 10 ke 15 minit saja setiap hari sebelum jam 10 pagi. Misalnya pukul 7 atau 8 pagi. 
  • Jika anda menjemur pada jam 10 ke atas ia akan memberikan kesan yang buruk pada bayi kerana sinar matahari sudah semakin tinggi. 

#3. Pakaian bayi topi untuk lindungi kepala 

  • Selain pakaian, topi dan kaca mata juga penting untuk dipakaikan pada bayi. Ia bagi mengurangkan sinaran cahaya terus masuk di bahagian kepala atau wajah si kecil itu. 

#4. Memakai produk pelindung kulit 

menjemur bayi, jemur bayi, menjemur si manja, menjemur bayi anda, menjemur si manja anda, jemur bayi di tengah panas, menjemur bayi di sinaran matahari, menjemur bayi tengah panas, menjemur bayi di waktu pagi, menjemur bayi ketika waktu pagi

  • Apabila si manja anda sudah berusia enam bulan ke atas, anda boleh sapu krim atau losyen pelindung kulit dengan SPF15 yang sesuai untuk si kecil. Ia bertujuan supaya dapat mengelak kulit bayi terbakar oleh kerana sinaran matahari yang terkena tubuhnya. 

Walaubagaimanapun, jika si kecil mempunyai kulit yang sangat sensitif seperti ekzema, kurap susu dan sebagainya, sebaiknya minta pandangan dan kebenaran doktor terlebih dahulu. Sekiranya ia berisiko, lebih baik elak menjemur bayi dan pilih alternatif lain yang lebih selamat. Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Finna Prima. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga 

Bayi Lahir Tanpa Kulit Kerana Ibu Makan "Ubat" Bahaya Ketika Hamil?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!