Juadah berbuka puasa ini patut anda cuba kerana ia SEDAP tak terkata!

Juadah berbuka puasa ini patut anda cuba kerana ia SEDAP tak terkata!

4 pilihan menu yang cukup mudah disediakan untuk berbuka puasa dan bersahur. Lepas ini tak adalah bingung nak masak apa lagi...

Hmm… macam sedap menu berbuka puasa yang dijual di bazar Ramadan. Tapi bila makan, rasa hampeh dan mengecewakan. Ada yang kurang garam, terlebih manis, atau rasa pelik lain macam. 

Jika tak puas hati dengan menu berbuka puasa yang dijual, apa kata anda buat sendiri hidangan menu berbuka puasa ini?

Mesti anda boleh buat ikut citarasa dan selera sendiri. Malah puas hati dan makan pun boleh bertambah-tambah. Jom kami sajikan apa 4 pilihan menu berbuka puasa yang anda boleh cuba hari ini…

4 pilihan menu berbuka puasa 
1. Menu berbuka puasa – Nasi ayam 

menu berbuka puasa, hidangan berbuka puasa, juadah berbuka puasa, makanan buka puasa, resepi berbuka puasa, puasa, menu, juadah, resepi makanan berbuka puasa, puasa, menu hidangan puasa,

Bahan-bahan: 
1 ekor ayam
Garam secukup rasa 
1/4 halia muda 
2 batang daun bawang 
1 sudu kecil minyak sesame 
Bahan-bahan untuk nasi: 
2 sudu besar lemak ayam  atau minyak sayur 
3 ulas bawang putih dicincang 
1 sudu kecil garam 
1/2 sudu kecil minyak sesame
2 cawan air rebusan ayam 
2 cawan beras yang dibasuh dan rendam 10 minit 
1 inci halia muda dicincang halus
Bahan- bahan sos ayam:  
3 sudu besar air rebusan ayam 
1/2 sudu besar gula 
i sudu kecil minyak sesame 
1 sudu kecil minyak bawang putih 
5 sudu besar sos soya 
Cara-cara membuat:
1. Ambil ayam dan basuh hingga bersih. 
2. Lumur garam luar dan dalam ayam. Masukkan halia dan batang daun bawang ke dalam isi perut ayam. 
3. Letakkan ayam ke dalam periuk yang diisi air. Panas dengan api besar hingga mendidih. Jika ayam sudah masak, tutup api. 
4. Rendamkan ayam dalam air ais untuk sejuk dan hentikan proses ayam dari terus masak. Ini akan menjadikan kulitnya ranggup dan isi lembut. Buang halia dan daun bawang. Ambil air rebusan ayam tadi untuk kegunaan lain. 
5. Untuk memasak nasi pula, tos beras yang direndam dan panaskan bersama 2 sudu besar minyak dari lemak ayam. Masukkan bawang putih dan halia hingga wangi. 
6. Masukkan minyak sesame dan garam serta air rebusan ayam dalam periuk elektrik. 
7. Sementara tunggu nasi masak, keluarkan ayam dari air ais dan lumur dengan minyak sesame. Potong ayam untuk dihidangkan. Sebelum itu, tuang sos ayam dahulu. 
8. Hiaskan nasi ayam bersama sos cili, sos soya, hirisan timun dan daun sup. Pasti anak-anak suka! 
2. Menu berbuka puasa – Sup ayam 
menu berbuka puasa, hidangan berbuka puasa, juadah berbuka puasa, makanan buka puasa, resepi berbuka puasa, puasa, menu, juadah, resepi makanan berbuka puasa, puasa, menu hidangan puasa,

Kredit: ibu dan mama.com

Bahan-bahan: 
  • 1/4 ekor ayam (dipotong kecil) 
  • 3 biji kentang (potong 6) 
  • Setengah biji lobak
  • 3 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia
  • 1 bungkus sup bunjut 
  • Sedikit minyak masak 
  • Garam secukup rasa 
  • Air 

Cara-cara membuat: 

1. Panas minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, halia yang ditumbuk. Tumis hingga naik bau.

2. Kemudiannya, masuk air, ayam, kentang, lobak, sup bunyut dan garam. Biar api sederhana hingga mendidih. 

3. Sup ayam siap untuk dihidang.

3. Menu berbuka puasa – Kuih sagu 
menu berbuka puasa, hidangan berbuka puasa, juadah berbuka puasa, makanan buka puasa, resepi berbuka puasa, puasa, menu, juadah, resepi makanan berbuka puasa, puasa, menu hidangan puasa,

Kredit: resepi mudah

Bahan- bahan:
  • 2 setengah cawan air 
  • I cawan sagu 
  • 3/4 cawan gula pasir
  • Sirap perisa rose 
  • Kelapa putih yang digaul bersama garam 
Cara-cara membuat: 
1. Didihkan air bersama perisa sirap rose. Kemudian masukkan sagu dan kacau rata selama 10 minit. 
2. Bila nampak pekat sedikit, masukkan gula pasir dan kacau hingga pekat. 
3. Bila sudah likat, masukkan dalam loyang pengukus. Kukus sehingga sagu kembang dan tiada putih. (Lebih kurang 20 hingga 30 minit).
4.Sejukkan sagu dalam beberapa minit kemudian potong segi empat dan gaul bersama kelapa putih. 
5. Menu berbuka pusa kuih sagu merah siap untuk dinikmati. 
4. Menu berbuka puasa – Laici aiskrim soda
menu berbuka puasa, hidangan berbuka puasa, juadah berbuka puasa, makanan buka puasa, resepi berbuka puasa, puasa, menu, juadah, resepi makanan berbuka puasa, puasa, menu hidangan puasa,
Bahan-bahan :
  • I botol ais krim soda 
  • 2 biji lemon
  • 2 batang serai dititik
  • Daun pudina
  • 1 tin laici 
  • 5 biji asam boi 
  • Ais batu 
Cara-cara membuat:

1.Ambil jug dan tuang sebotol ais krim soda ke dalamnya. 

2. Potong nipis lemon. 

3. Kemudian masukkan semua bahan-bahan ke dalam jug tersebut 

4. Simpan dalam peti sejuk sebelum masuk waktu berbuka. 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Azie KitchenMy resepi

Baca juga

Recipe For Best Ayam Lemak Chilli Padi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner