Doktor ini kongsi menu pantang mudah, suami harus cuba masak untuk hargai isteri!

lead image

Suami, anda pernah tak masak untuk isteri? Ha... kalau belum, cuba resepi bubur nasi yang cukup mudah ini. Isteri pasti rasa disayangi dan dihargai!

Nikmatnya rasa kalau dapat makan bubur nasi istimewa dari air tangan suami tercinta. Paling tidak pun menu berpantang bersalin yang mudah ini yang dikongsikan oleh seorang doktor.

Itupun boleh buat isteri rasa disayangi. 

Sekali sekala, kan bagus jika suami tahu dan ‘teringat’ nak masak untuk isteri. Malah, ia juga boleh dijadikan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan buat isteri kerana melahirkan zuriat tercinta.

Jom kita lihat langkah menyediakan menu berpantang bersalin yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif ini. Mana tahu suami anda terbuka hati ingin mencuba!

10 langkah masak menu berpantang bersalin isteri 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/1 47.jpg Doktor ini kongsi menu pantang mudah, suami harus cuba masak untuk hargai isteri!

Resepi bubur special untuk isteri berpantang

Langkah 1: Menu berpantang bersalin 

  • Tumbuk dua ulas bawang putih, bawang merah, halia bersama ikan bilis. 
  • Jika tak mahu letak ikan bilis sekarang, boleh letak ketika menumis nanti. 
  • Tumbuk semua bahan tadi hingga halus dan hancur lumat. 

Langkah 2: Menu berpantang bersalin 

  • Potong sebiji lobak dan beberapa biji sawi cina atau siew park choy. Lebihkan sayur lagi bagus. 
  • Potong bahan-bahan tadi hingga halus. 

Langkah 3: Menu berpantang bersalin 

  • Basuh dan cuci beras. Kemudian bilas.
  • Cuci beras sambil membaca selawat dan beristighfar . 

Langkah 4: Menu berpantang bersalin

  • Kemudian, mulakan memasak dengan menumis dahulu bahan-bahan yang ditumbuk semasa langkah satu tadi. 
  • Biarkan sampai naik bau dan wangi. 
  • Masukkan minyak sapi sedikit. Jangan terlalu banyak. 

Langkah 5: Menu berpantang bersalin

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/maxresdefault 1.jpg Doktor ini kongsi menu pantang mudah, suami harus cuba masak untuk hargai isteri!

  • Selepas itu,masukkan beras tadi bersama air panas. 
  • Sukat air tersebut dengan sukatan yang sesuai untuk masak bubur 

Langkah 6: Menu berpantang bersalin 

  • Masukkan sedikit garam supaya ada ‘rasa’ dalam masakan tersebut 

Langkah 7:

  • Apabila sudah sampai 10 ke 15 minit masukkan semua sayur tadi ke dalam bubur. Biar masukkan lambat asal sayur masih segar. 

Langkah 8: 

  • Gaul dan tunggu lebih kurang lima ke tujuh minit. Anda harus ‘jaga’ paras air. Bila nampak kering tambah air lagi. 

Langkah 9: 

  • Apabila sudah siap, tunggu bubur tersebut sejuk .
  • Seteleh itu boleh dihidangkan kepada isteri dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang. 

Langkah 10: 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/eny abdullah.com .jpg Doktor ini kongsi menu pantang mudah, suami harus cuba masak untuk hargai isteri!

Kredit: Eny Abdulllah.com

  • Taburkan sedikit bawang goreng. Biarkan bubur itu wangi dan selera isteri semakin bertambah.

P/s: Post yang dikongsikan oleh Taufiq Razif di laman Facebooknya ada sedikit gurauan. Ia supaya suami tidak anggap masak adalah satu perkara yang bosan atau menyusahkan. B

ahkan, best tau bila tengok isteri semakin berisi disebabkan masakan suami. 

Jangan lupa untuk minta husband anda mencuba resepi ini. Kemudian bolehlah kongsi gambar dengan kami. Selamat mencuba! 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr. Taufiq Razif

Baca juga

25 set makanan berpantang yang ibu boleh cuba di rumah