10 Menu Diet Ketika Trimester Ketiga, Penting Untuk Tumbesaran Bayi Yang Sihat

lead image

Adakah ibu mengamalkan diet yang sihat semasa di trimester ketiga? Berikut panduan yang berguna buat anda!

Apabila sudah menginjak ke trimester ketiga, ada beberapa menu diet ibu hamil yang harus diamalkan supaya tenaga anda sentiasa mencukupi sebelum bersalin. Seterusnya, bayi juga memperolehi semua nutrisi penting yang sangat diperlukan ketika trimester ketiga. 

Jadi, anda boleh amalkan beberapa menu diet ibu hamil ini ketika berada di fasa terakhir kehamilan itu. 

Menu diet ibu hamil trimester ketiga 

Memasuki di trimester terakhir, ibu hamil sangat memerlukan Vitamin C, Vitamin K, Vitamin B dan serat bagi memenuhi segala keperluan nutrisi baik dan makanan yang seimbang. 

Malah, ibu juga memerlukan 200 kalori setiap hari ketika di trimester ketiga ini. Berikut adalah menu diet ibu hamil yang diperlukan seperti: 

#1. Buah-buahan 

menu diet ibu hamil, menu ibu hamil, menu untuk ibu mengandung, menu untuk ibu hamil, menu semasa hamil, menu trimester ketiga, menu trimester ke 3, menu mengandung, hidangan di trimester ketiga, makanan ketika hamil

Anda boleh amalkan buah-buahan seperti kiwi, strawberi, tembikai dan betik yang sangat kaya dengan Vitamin C dan serat. 

Ini kerana, Vitamin C yang terkandung dalam buah-buahan membantu tubuh menyerap zat besi dari makanan dan menjaga sistem kekebalan tubuh agar tetap segar serta berperanan dalam membantu plasenta berkembang dan bekerja dengan lebih baik. 

#2. Minum air dengan banyak 

Masalah sembelit sering terjadi pada trimester ini, maka ibu digalakkan minum lebih banyak air dan mengambil makanan yang berserat supaya dapat mengurangkan risiko sembelit. 

Selain itu, lakukan olahraga ringan seperti berjalan dan berenang. 

#3. Kekacang 

Anda boleh mengambil kekacang ini untuk sarapan pagi yang boleh membantu tambahan tenaga setiap hari. 

#4. Ikan salmon 

Perkembangan otak si kecil ketika trimester ketiga adalah sebab kenapa ia sangat penting jadi untuk mendapatkan sumber yang cukup. Ibu boleh amalkan ikan salmon yang kaya dengan lemak omega-3 dan DHA yang penting untuk perkembangan sistem saraf bayi. 

Namun begitu, ibu tidak boleh mengambil secara berlebihan dan perlu dimasak dengan cukup sempurna. 

#5. Telur 

menu diet ibu hamil, menu ibu hamil, menu untuk ibu mengandung, menu untuk ibu hamil, menu semasa hamil, menu trimester ketiga, menu trimester ke 3, menu mengandung, hidangan di trimester ketiga, makanan ketika hamil

Telur mempunyai sumber kolin yang dapat membantu fungsi sel dan perkembangan bayi yang cepat. Malah, ia juga membantu perkembangan memori dan mengurangkan risiko gangguan ginjal dan pankreas. 

Caranya ibu boleh mengamalkan telur rebus ketika bersarapan pagi. 

#6. Buah betik 

Betik dapat mencegah pedih ulu hati selama berada di trimester ketiga kerana ia kaya dengan sumber Vitamin C, serat, potasium dan folat. Namun, ibu harus hindari betik muda kerana ia boleh menyebabkan risiko pada kandungan. 

#7. Smoothies hijau 

Smoothies hijau juga kaya dengan sumber serat, kalsium, Vitamin B6, magnesium dan kalium yang bagus diamalkan ketika di trimester ketiga. Antara smoothies yang boleh dibuat seperti campurkan sayur bayam dengan ais yang tentu memberi kesegaran pada tubuh anda. 

#8. Produk susu

Ketika di trimester ketiga, ibu sangat memerlukan kalsium yang sangat tinggi dan perlu mendapatkan produk susu bagi membantu menambah kalsium dalam tubuh. 

#9. Sumber zat besi 

Antara makanan yang kaya dengan sumber zat besi seperti brokoli dan daging tanpa lemak. Zat besi ini penting supaya dapat meningkatkan penghasilan darah kepada plasenta selama di trimester ketiga.

#10. Sumber asid folik 

menu diet ibu hamil, menu ibu hamil, menu untuk ibu mengandung, menu untuk ibu hamil, menu semasa hamil, menu trimester ketiga, menu trimester ke 3, menu mengandung, hidangan di trimester ketiga, makanan ketika hamil

Asid folic dapat mencegah cacat saraf pada bayi yang sedang berkembang dalam kandungan.

Jadi, ibu disarankan mengambil makanan yang mempunyai sumber asid folic seperti roti, kekacang dan sayuran berdaun hijau seperti bayam yang sangat bagus untuk kandungan di kala berada di trimester ketiga ini. 

Tips menu diet ibu hamil ketika di trimester ketiga 

  • Mengambil makanan dalam  portion kecil, kerap makan dan tidak sesekali melewatkan masa makan. 
  • Sentiasa mengambil makanan yang sihat untuk diet seharian.
  • Banyak minum air masak supaya dapat hindari dehidrasi. 
  • Kurang atau hindari minuman berkafein.
  • Jauhi asap rokok.
  • Hindari makanan yang tinggi garam, lemak dan terlalu manis. 
  • Jangan minum susu yang tidak lalui proses pasteurisasi. 
  • Elakkan mengambil makanan pedas, berminyak dan bergoreng kerana ia boleh menganggu pencernaan ibu hamil.
  • Mengamalkan makanan yang tinggi gizi untuk perkembangan bayi yang sihat dalam kandungan. 

Semoga bermanfaat dan jangan lupa follow theAsianparent Malaysia untuk dapatkan info yang lebih menarik. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Aulia Trisna. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga:

25 set makanan berpantang yang ibu boleh cuba di rumah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!