5 makanan ini WAJIB diambil ibu mengandung untuk terus berpuasa

5 makanan ini WAJIB diambil ibu mengandung untuk terus berpuasa

Usah bimbang ibu untuk terus berpuasa, asalkan anda ikut panduan nutrisi seimbang ini

Ramai yang bertanya, ibu hamil boleh berpuasa ke? Boleh selagi ia tidak memudaratkan ibu dan bayi dalam kandungan. Untuk itu, 5 menu wajib untuk wanita hamil ini haruslah diamalkan ketika berpuasa.

Tapi kalau ibu hamil rasa macam tak larat, terlalu lapar atau baby tak bergerak, janganlah memaksa diri untuk terus berpuasa. Bimbang perkara tak diingini berlaku. 

Apa kata kita buat  revision sikit tentang bulan Ramadhan ini. Bulan Ramadhan merupakan bulan di mana umat Islam melakukan ibadah berpuasa dan ibadah sunat yang lain seperti solat tarawih, khatam 30 juzuk Al-Quran, malam Lailatul Qadar dan memperbanyakkan sedekah jariah.

Hal ini kerana, bulan Ramadhan adalah bulan Islam yang paling ditunggu umat Islam supaya dapat mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa. Inilah masanya untuk kita memperbanyakkan ibadah kepada Allah S.W.T.

Bulan Islam yang lain tak boleh ke? Bulan lain pun boleh nak buat ibadah tapi bulan Ramadhan lebih istimewa.

Oleh sebab itu, kita wajib berpuasa selama sebulan/ 30 hari bagi melengkapkan ibadah puasa kita. Disebabkan itu, kami ingin berkongsi 5 menu wajib untuk ibu hamil supaya kekal bertenaga ketika berpuasa.

5 menu wajib untuk wanita hamil
Menu wajib untuk wanita hamil #1: Mempunyai nutrisi seimbang 
menu wajib untuk wanita hamil, menu berpuasa, puasa ketika mengandung, puasa ketika hamil, makanan berbuka puasa untuk wanita hamil, makanan tambah tenaga wanita hamil, wanita mengandung berpuasa, tenaga ketika berpuasa, hidangan berbuka puasa wanita hamil

Kredit: Pinterest

Menu wajib untuk wanita hamil berpuasa pertama adalah makanan yang mengandungi karbohidrat, lemak protein haiwan dan tumbuhan, vitamin dan mineral. Sumber nutrisi ini boleh didapati dalam nasi, sayuran hijau dan buah-buahan. 

Dengan hidangan ini, walaupun ibu sedang berpuasa, bayi dalam kandungan tetap mendapat zat yang diperlukan sewaktu ibu bersahur dan berbuka puasa. 

Menu wajib untuk wanita hamil #2: Minum air kosong secukupnya 
menu wajib untuk wanita hamil, menu berpuasa, puasa ketika mengandung, puasa ketika hamil, makanan berbuka puasa untuk wanita hamil, makanan tambah tenaga wanita hamil, wanita mengandung berpuasa, tenaga ketika berpuasa, hidangan berbuka puasa wanita hamil

Kredit: 9 coach

Wanita mengandung mesti kawal pengambilan gula kerana takut-takut ada kencing manis. Jadi bila rasa nak berpuasa ketika hamil, pastikan anda ambil 4 gelas air kosong masa berbuka dan 4 gelas lagi ketika bersahur.

Cukup 8 gelas sehari. Secara tak langsung, badan pun rasa selesa dan bertenaga nak berpuasa sampai habis. 

Ada juga wanita hamil yang tak ‘lalu’ nak teguk air kosong waktu pagi. Anda boleh gantikannya dengan susu suam atau air kurma. Pastinya ia lagi sedap untuk diminum. 

3. Banyakkan makanan yang ada sumber kalsium 
menu wajib untuk wanita hamil, menu berpuasa, puasa ketika mengandung, puasa ketika hamil, makanan berbuka puasa untuk wanita hamil, makanan tambah tenaga wanita hamil, wanita mengandung berpuasa, tenaga ketika berpuasa, hidangan berbuka puasa wanita hamil

Kredit: barking royalthy

Ya, antara menu wajib untuk wanita hamil adalah hidangan yang kaya dengan kalsium seperti ikan, susu, yogurt dan keju. Pening juga kan nak buat menu setiap hari yang ada kalsium. 

Senang saja nak buat, penulis kasi contoh satu. Misalnya anda nak buat masak lemak cili api. Daripada guna santan kelapa adalah lebih baik ia digantikan dengan susu cair. Ia lebih sedap dan berkhasiat. Mudah kan? 

4. Tinggi karbohidrat 
menu wajib untuk wanita hamil, menu berpuasa, puasa ketika mengandung, puasa ketika hamil, makanan berbuka puasa untuk wanita hamil, makanan tambah tenaga wanita hamil, wanita mengandung berpuasa, tenaga ketika berpuasa, hidangan berbuka puasa wanita hamil

kredit: shop honeyville

Contoh makanan yang tinggi karbohidrat ialah seperti beras perang, roti gandum, pasta, oat dan kekacang. Jadikan ia menu wajib untuk wanita hamil setiap hari. 

Bila berbadan dua, ibu akan rasa cepat lapar. Sebab itu penting untuk amalkan makanan karbohidrat yang tinggi semasa mengandung supaya anda kekal bertenaga sepanjang hari tanpa rasa lapar. 

5. Kaya dengan protein
menu wajib untuk wanita hamil, menu berpuasa, puasa ketika mengandung, puasa ketika hamil, makanan berbuka puasa untuk wanita hamil, makanan tambah tenaga wanita hamil, wanita mengandung berpuasa, tenaga ketika berpuasa, hidangan berbuka puasa wanita hamil

kredit: 9 coach -nine

Pemakanan yang mengandungi protein juga penting kerana ia untuk perkembangan janin dan otak bayi. Oleh itu, ibu perlu banyak makan ikan, daging, telur dan kekacang sepanjang berada di bulan puasa.

Macam daging itu, boleh buat daging bakar tanpa minyak dan telur rebus masak kicap. Hmm, pasti ibu rasa sungguh berselera menikmati hidangan berbuka puasa. 

Makanan yang perlu dielak ketika hamil di bulan puasa 
  • Makanan dan minuman yang mengandungi tinggi gula
  • Bila minum minuman bergula, ia akan menurunkan kadar gula dengan cepat. Lantas ibu akan rasa penat, letih dan lapar. Sebaiknya gantikannya dengan jus asli dari buah-buahan yang pastinya lagi segar. 
  • Elakkan makanan tinggi lemak seperti burger, pizza, donat bergula, kulit ayam dan lain-lain. 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Hello Doktor

Baca juga: 

Selamatkah untuk ibu berpuasa ketika hamil? Ini apa kata pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner