X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Tips Hilangkan Batuk Orang Dewasa & Kanak-Kanak, Tanpa Perlu Sebarang Ubat

6 min bacaan
Tips Hilangkan Batuk Orang Dewasa & Kanak-Kanak, Tanpa Perlu Sebarang Ubat

Cara hilangkan batuk orang dewasa dan kanak-kanak tanpa perlu ubat serta berkesan dapat membuatkan anda tidur dengan lebih lena

Gejala batuk sepanjang malam boleh membuatkan sesiapa yang mengalaminya tidak selesa dan menganggu waktu tidur. Ada beberapa cara hilangkan batuk orang dewasa dan kanak-kanak tanpa perlu mengambil ubat.

Tidak dinafikan perubahan cuaca yang tidak menentu boleh meningkatkan risiko demam, batuk dan selesema. Paling merisaukan apabila seorang sahaja tidak sihat, pasti ada ahli keluarga yang lain turut dijangkiti masalah sama.

Cara hilangkan batuk untuk orang dewasa dan kanak-kanak

tips hilangkan batuk anak orang dewasa

Tips hilangkan batuk bayi dan kanak-kanak

#1. Melakukan urutan

Ahli akupuntur berlesen dan ahli herba Robin Green menyarankan ibu bapa mengurut cara Tuina hilangkan batuk pada kanak-kanak. Cara mengurut ini lain dari biasa kerana ia sangat lembut dan hanya mengenakan tekanan pada kawasan tertentu untuk merangsang keupayaan tubuh badan untuk “menyembuhkan diri.”

Untuk melegakan batuk, cubit kawasan di bawah tulang kipas (shoulder blade) dengan menggunakan sedikit tekanan untuk merangsang fungsi paru-paru dan dada.

Tarik otot yang dicubit ke atas dengan ibu jari dan dengan perlahan-lahan tarik ke bawah seperti menguli dua biji doh yang kecil. Teruskan urutan ini selama 30 saat – 2 minit sehingga kulit kelihatan sedikit kemerahan atau apabila anak rasa lebih tenang.

#2. Madu dan lemon

Air madu dan lemon suam boleh mengurangkan kahak yang melekit. Cuma tambah 2 sudu madu dalam air suam sudah mencukupi.

Jika ingin mencampurkan madu dengan teh, pilihlah teh herba yang tidak mempunyai kafein seperti teh halia, raspberi, ataupun teh pudina yang selamat untuk kanak-kanak. 

Tetapi jangan lupa ya, madu tidak boleh diberi kepada bayi di bawah 12 bulan.

#3. Tekanan akupuntur telinga Menyembuhkan batuk dengan cepat

Sama seperti cara mengurut Tuina, acupressure telinga juga boleh merangsangkan penyembuhan dan menjadi cara hilangkan batuk.

Menurut Perubatan Tradisional Cina (TCM), tekanan lembut yang digunakan pada bahagian bawah dan luar telinga luar boleh melegakan batuk dan tanda-tanda asma. Ibu-ibu berani nak cuba? Kalau anda takut, dapatkan pandangan pakar dulu ya!

#4. Berhenti beri produk tenusu pada anak

Menurut perubatan Cina tradisional, produk tenusu seperti susu, yogurt, keju akan menambahkan kahak dan mukus. Jadi jika ibu bapa ingin mengurangkan kahak anak, berhenti memberi produk tenusu kepada anak sementara waktu.

Tetapi ibu bapa perlu mempertimbangkan anak kecil yang masih menyusu atau bergantung kepada susu formula untuk membesar – jangan berhenti beri susu kepada mereka. Mengurangkan pemberian susu juga boleh menghalang anak dari demam panas yang terlalu tinggi.

#5. Beri anak pir cina

Menyembuhkan batuk dengan cepat

Sekiranya anak batuk kering, ibu bapa boleh cuba beri anak makan separuh ataupun sebiji pir cina yang telah dikukus sebelum tidur. Ibu bapa juga boleh tambahkan sedikit serbuk kayu manis dan madu, kata doktor holistik Karen S. Lee.

Pir cina dikenali sebagai buah yang kaya dengan vitamin C dan K dan boleh menyembuhkan batuk dengan cepat.

#6. Guna minyak pati untuk menghilangkan batuk 

Ibu-ibu yang sudahpun tahu kebaikan EO (essential oil) tentu boleh membuktikan keberkesanannya dan menjadi salah satu cara hilangkan batuk.

Apabila digunakan dengan disfusser wap yang dihidu, ia boleh melegakan hidung tersumbat, dada serta batuk anak. 

Tetapi sebelum mula menggunakan EO, rujuk dengan doktor dulu jenis minyak yang sesuai untuk anak. Ibu bapa perlu berhati-hati kerana sesetengah EO belum diluluskan selamat untuk kanak-kanak. 

Selepas mendapat pengesahan dari doktor atau otai-otai oiler mums yang sudah bertahun-tahun menggunakannya, anda bolehlah buat campuran EO sendiri dengan minyak pengantaraan seperti minyak kelapa dara ataupun minyak zaitun.

Ia boleh digunakan untuk mengurut anak, di letak dalam difusser ataupun sebagai mandian stim.

Tips hilangkan batuk dan sakit tekak orang dewasa

petua hilangkan batuk tradisional

  • Air asam jawa

Manakala tips hilangkan batuk orang dewasa adalah dengan minum air asam jawa. Ia mengandungi khasiat yang boleh membuatkan tekak anda berasa sangat lega.

Apa yang perlu dilakukan adalah dengan mencampurkan dua sudu asam jawa ke dalam segelas air yang suam. Kemudian, kacau asam jawa dengan air tadi sehingga ianya menjadi sebati. Tapiskan air tersebut untuk membuang biji dan seratnya.

Meminum air atau jus asam jawa ini boleh membuatkan tekak terasa nyaman, menghilangkan batuk malahan dapat menyejukkan badan kita.

  • Limau nipis dengan kicap

Petua hilangkan batuk ini sememangnya agak popular dalam meredakan batuk. Dengar macam pelik saja kan antara kombinasi limau nipis dan kicap? Tapi rasanya amat sedap!

Caranya adalah dengan perahkan sebiji limau nipis ke dalam sesudu kicap dan kemudiannya minum campuran tersebut. Anda juga boleh ulangi cara ini dengan sekerap yang mungkin. Cara tradisional ini sememangnya selalunya berkesan tau!

  • Bawang putih bersama madu

Tips hilangkan batuk yang seterusnya adalah ambil 3 hingga 4 ulas bawang putih. Kemudian kupas atau cincang halus. Campurkan dengan secawan madu. Simpan dan biarkan selama 3 jam sebelum dimakan.

Manfaat bawang putih untuk batuk:

  1. Bawang putih mempunyai kandungan bersifat anti bakteria, antibiotik dan antivirus untuk menghilangkan pelbagai jenis batuk.
  2. Mengelakkan jangkitan bakteria, melegakan saluran nafas dan mengeluarkan kahak yang terkumpul di saluran nafas dan paru-paru.
  • Halia

Halia mempunyai pelbagai khasiatnya. Antaranya adalah membantu membuang kahak, dan melegakan serta mengurangkan pedih pada tekak.

Keberkesanan halia terbukti apabila dijadikan teh halia dan diminum secara panas atau suam. Campurkan pudina segar untuk bantu menghilangkan gatal pada kerongkong. Manakala jika ingin membuat teh halia, anda hanya perlu rendam halia dan beberapa helai daun pudina dalam segelas air panas.

Campurkan sedikit madu untuk menaikkan rasanya dan minum teh ini dua gelas sehari.

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Jenis batuk yang bahaya dan perlu diwaspadai

Oleh kerana batuk merupakan gejala yang sering dialami oleh semua orang, adalah penting untuk mengetahui bila ianya merbahaya dan bila ianya hanya batuk yang biasa.

petua hilangkan batuk tanpa ubat

Batuk yang merbahaya adalah apabila ianya berterusan serta berlarutan dan tidak sembuh walaupun setelah hampir lebih daripada satu ke dua minggu.

Selalunya batuk yang biasa boleh sembuh tanpa rawatan dan hanya cuma memerlukan rehat dan nutrisi makanan serta minuman yang cukup.

Tetapi, jika ianya masih tidak sembuh dengan sendirinya, penyakit yang merbahaya mungkin perlu difikirkan oleh perawat atau pesakit yang mengalaminya sendiri.

Selain itu, batuk yang berserta dengan gejala pening, sakit dada, kahak berdarah, demam panas, serta kekeliruan atau rasa lemah badan juga merupakan tanda-tanda bahawa batuk yang dialami pesakit perlu dirujuk kepada doktor dengan kadar segera kerana ia boleh menyebabkan komplikasi yang tidak diingini.

Semoga bermanfaat!

Healthline, WebMD

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Hilangkan Batuk Budak, Ibu Ayah Bawa Anak Keluar, Dedahkan Cahaya Matahari & Tanah

Baca juga: Resepi Ikan Singgang Versi Baby, Bagus Untuk Meredakan Demam & Batuk Si Manja

Baca juga: Anak Batuk Malam? Ini 11 Sebab Kenapa Bayi Selalu Batuk & Bila Patut Jumpa Doktor

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Tips Hilangkan Batuk Orang Dewasa & Kanak-Kanak, Tanpa Perlu Sebarang Ubat
Kongsikan:
  • Petua Hilangkan Batuk Dan Selsema Anak Guna Kentang Ini Sungguh Mujarab!

    Petua Hilangkan Batuk Dan Selsema Anak Guna Kentang Ini Sungguh Mujarab!

  • Petua Hilangkan Batuk Anak, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Guna Minyak Bawang Putih!

    Petua Hilangkan Batuk Anak, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Guna Minyak Bawang Putih!

  • Petua Hilangkan Batuk Dan Selsema Anak Guna Kentang Ini Sungguh Mujarab!

    Petua Hilangkan Batuk Dan Selsema Anak Guna Kentang Ini Sungguh Mujarab!

  • Petua Hilangkan Batuk Anak, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Guna Minyak Bawang Putih!

    Petua Hilangkan Batuk Anak, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Guna Minyak Bawang Putih!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham