Panduan Lengkap Menyusu Bayi Baru Lahir: Dari 1 Jam, 1 Minggu & 1 Bulan Kemudian

Untuk mencapai penyusuan ekslusif selama 6 bulan, ibu menyusu anak wajiblah tahu semua panduan lengkap tentang penyusuan susu badan ini. Baru semua lancar!

Tahniah ibu! Selepas 9 bulan mengandung, kini permata hati itu selamat dilahirkan. Tiba pula masanya untuk anda memperkenalkan susu badan dan menyusu anak anda itu. 

Menyusu anak baru lahir mungkin satu proses yang mudah untuk sesetengah ibu, tapi ada juga ibu yang melalui pelbagai cabaran untuk memberi susu ibu pada bayi.

Sebab itu, hari ini kami di theAsianparent Malaysia akan membawakan panduan lengkap penyusuan susu badan untuk anda. Semoga dengan panduan ini, anda boleh menyusu bayi secara ekslusif selama 6 bulan.

Nota: Panduan lengkap ini mengandungi 27 buah artikel yang memberi tips tentang penyusuan susu badan secara mendalam.

Menyusu Anak Baru Lahir: Tips Sejak Anda Hamil

menyusu anak, menyusu, menyusu bayi, menyusu badan, menyusu bayi baru lahir, kebaikan susu ibu, supplement untuk banyakkan susu badan, tanda susu ibu rosak, susu badan cair, kenapa bayi kurang minum susu, cara simpan susu badan, petua banyakkan susu badan selepas bersalin, cara banyakkan susu badan, bila susu badan terhasil, kandungan susu ibu, susu badan tahan berapa lama, ketahanan susu badan

Tahukah anda, sebelum bayi lahir lagi, payudara anda telah bersedia untuk memberi susunya kepada bayi? Ia mula terjadi ketika anda hamil. 

Sel penghasilan susu badan aktif berkembang untuk “menyediakan” payudara. Areola akan sedikit gelap dan besar dari biasa kerana ingin memudahkan bayi melihatnya.

Pada trimester terakhir kehamilan, payudara akan mula menghasilkan kolostrum – cecair pekat yang berwarna kekuningan. Kolustrum adalah “vaksin” semula jadi yang kaya dengan nutrien dan antibodi.

Sebaik saja bayi anda lahir, pihak hospital akan membenarkan anda melakukan “skin-to-skin” dengan si comel itu. Ia dipanggil sebagai golden hour” kerana mencipta bonding dan membenarkan bayi minum kolustrum.

Jangan takut untuk meminta bantuan dari pihak hospital jika anda susah hendak melakukan penyusuan. Semua hospital di Malaysia mempunyai konsultan laktasi yang boleh membantu anda.

Ini antara artikel dari theAsianparent yang ada info berguna dan amat membantu anda menyusu bayi baru lahir:

Tonton video ini: Bagaimana nak buat lekapan yang betul lepas bayi lahir

Panduan Beri Susu Badan Pada Bayi: Beberapa Hari Pertama Si Manja

Kini lepas anda pulang ke rumah, yang tinggal hanyalah anda dan si manja. Ada sesuatu yang akan berlaku sepanjang hari ketiga dan kelima pertama bayi.

Tahu tak apa? Ha… waktu inilah susu badan anda mula keluar! Ini bermaksud kolostrum sudah bertukar ke susu ibu. 

Anda boleh tahu yang susu badan anda sudah bersedia dengan tanda-tanda payudara makin penuh dan bayi menghisap dengan banyak.

menyusu anak, menyusu, menyusu bayi, menyusu badan, menyusu bayi baru lahir, kebaikan susu ibu, supplement untuk banyakkan susu badan, tanda susu ibu rosak, susu badan cair, kenapa bayi kurang minum susu, cara simpan susu badan, petua banyakkan susu badan selepas bersalin, cara banyakkan susu badan, bila susu badan terhasil, kandungan susu ibu, susu badan tahan berapa lama, ketahanan susu badan

Anda juga akan nampak saki-baki susu badan pada puting payudara atau di sekitar mulut bayi. 

Apa yang paling anda perlu pantau ketika ini adalah masalah payudara bengkak. Hal ini selalu terjadi sebab bayi tidak minum habis setiap payudara

Walau bagaimanapun, ia juga mungkin kerana masalah lain seperti saluran payudara tersumbat atau mastitis (jangkitan di saluran susu). 

Najis bayi akan berwarna kuning seperti mustard dan itu melambangkan bayi minum susu badan.

Peringatan: Minggu pertama kelahiran bayi amat penting. Jika anda risau bayi tidak melekap dengan betul, jangan malu untuk bertanya doktor. Pakar juga akan mencadangkan anda jangan beri puting atau botol pada bayi, takut bayi “keliru puting”.

Ini antara artikel dari theAsianparent yang ada info berguna dan amat membantu anda menyusu bayi baru lahir:

Kebaikan Susu Ibu: Sepanjang Satu Hingga Tiga Bulan Kemudian

menyusu anak, menyusu, menyusu bayi, menyusu badan, menyusu bayi baru lahir, kebaikan susu ibu, supplement untuk banyakkan susu badan, tanda susu ibu rosak, susu badan cair, kenapa bayi kurang minum susu, cara simpan susu badan, petua banyakkan susu badan selepas bersalin, cara banyakkan susu badan, bila susu badan terhasil, kandungan susu ibu, susu badan tahan berapa lama, ketahanan susu badan

Apabila bayi masuk usia 1 bulan, anda mungkin sudah mula membiasakan diri dengan rutin penyusuan. 

Ketika ini, anda akan perasan bayi asyik mahu susu badan saja. Adakah mereka lapar dan tak dapat susu yang mencukupi? Jangan risau ibu.

Sebenarnya, dalam masa 3 bulan pertama, bayi memang akan minum lebih banyak susu badan kerana perkembangannya. Antara fakta menarik tentang penyusuan ketika ini adalah:

  1. Susu badan boleh “tahu” jika bayi anda sakit. Badan anda akan mengubah nutrisi dan komposisi imun dalam susu badan untuk selaras dengan keperluan bayi ketika itu. Semuanya “dibaca” dari air liur bayi ketika dia menyusu
  2. Susu ibu juga satu ubat tahan sakit. Ia mengandungi endorfin yang “mengurangkan” kesakitan badan
  3. Melainkan jika dinasihat pakar, bayi baru lahir tidak memerlukan susu formula. Susu badan sudah cukup mengandungi campuran vitamin, mineral, lemak protein dan nutrien lain
  4. Jangan beri air kepada bayi yang menyusu badan

Ayah, anda juga boleh membantu ketika isteri dalam proses menyusu bayi ini. Antara caranya seperti tolong sediakan air, buku atau apa-apa saja yang buat isteri selesa.

Pastikan isteri sudah makan. Jika isteri sudah kembali bekerja, bantunya mencuci pam payudara dan botol susu.

Tonton video ini: Bagaimana ingin menggunakan pam payudara?

Ini antara artikel dari theAsianparent yang ada info berguna dan amat membantu anda menyusu anak anda:

Ibu-ibu, anda baru saja memulakan perjalanan penyusuan susu badan.

Kami di theAsianparent Malaysia berharap agar anda melalui perjalanan ini dengan penuh kasih sayang, rasa bangga dan jangan lupa bonding dengan anak anda ya!

 

 

Artikel ini asalnya ditulis oleh Nalika dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

Bahaya 'microsleep' dalam diam jika ibu tertidur sekejap ketika menyusu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!