Hebat, Ibu Ini Menyusu Badan Tanpa Henti Selama 10 Tahun! Apa Rahsianya?

undefined

Dari tahun 2007 hinggalah ke 2017, ibu ini berjaya menyusu anak tanpa henti! Apa agaknya rahsia beliau mampu menyusu badan sampai selama 10 tahun itu?

Pada tahun 2007, wanita ini mula menyusu badan anak yang pertama dan langsung tidak memikirkan tentang proses penyusuan susu badan ini sangat.

Malah dia tidak menyangka juga yang dia akan mempunyai susu yang terlampau banyak. Apatah lagi keupayaan untuk menyusu badan hingga tahun 2017!

Ya… betul apa yang anda telah baca, bermula dari tahun 2007 hingga 2017, ibu kepada 3 orang anak ini telah menyusu badan selama 10 tahun tanpa henti!

Mari kita mengenali Anzi Hung.

Anak sulungnya, Liew Vixi (10) telah menyusu badan sampai berumur 5 tahun. Anak keduanya dan anak bongsu, Viqi (6) dan Vini (3) masih lagi menyusu hingga sekarang.

menyusu anak

Kami telah menemu ramah Anzi tentang perjalanan penyusuannya dan ingin membongkar apakah rahsianya hingga dia mampu menyusu anak sampai 10 tahun. Ikuti temu ramah tersebut di bawah:

Rahsia ibu hebat ini menyusu badan sampai 10 tahun

Anzi menjelaskan selama 10 tahun ini, rahsia yang dia amalkan ialah berusaha keras dan berterusan. Menurut Anzi:

Semasa saya bekerja, saya terpaksa korbankan separuh dari masa makan saya untuk mengepam susu badan dalam tandas, dan makan dengan cepat di pantri.” 

Suami Anzi akan menyiapkan bekal makanan tengah hari seawal jam 5 pagi untuk isterinya. Anzi akan bangun awal untuk mengepam susu sebelum ke tempat kerja.

menyusu anak

Kemudian, apabila Anzi bekerja di syarikat lain, waktu rehatnya digunakan dalam tandas untuk mengepam susu badan semasa mereka ada mesyuarat atau latihan.

Semasa bekerja di ibu pejabat syarikat cawangan, saya perlu mengepam susu dalam kereta atau stor kosong.

Dan apabila saya bekerja dengan syarikat tanpa penyejuk beku, suami saya akan menyediakan kotak penuh dengan kiub ais untuk dibawa ke tempat kerja. Ini supaya susu badan yang dipam kekal segar selama 10 jam termasuklah waktu perjalanan ke tempat kerja.”

Anzi juga telah memberitahu kami yang dulu, dia hanya menggunakan pam manual kerana masalah wang. Tahun 2012 baru dia mula mendapatkan pam elektrik untuk menyingkatkan masa mengepam.

Cabaran nak menyusu badan sampai sakit teruk

menyusu badan

Menurut Anzi, dia masih ingat semasa hamil anak ke-2, dia sakit teruk. Dia mengalami pendarahan, hingga tahap hemoglobinnya jatuh. Malah dia juga terkena denggi.

Doktor Anzi mengatakan dia gila jika ingin meneruskan penyusuan badan. Tapi dia tetap ingin meneruskannya.

Saya terpaksa berhenti menyusukan badan selama 2 bulan semasa kehamilan kedua. Ini kerana doktor beritahu ia boleh menyebabkan kontraksi.

Tahun ini, saya ada darah dalam susu yang saya perah, ini kerana urat sekeliling payudara mengecut. Saya mengambil antibiotik, menurunkan tekanan pam dan mengurangkan sesi, dan sekarang semuanya kembali normal.

Sanggup menyusu anak sampai penat dan menangis setiap malam

Anzi mengaku dia seringkali menangis di tengah malam semasa bangun mengepam susu badan.

Anak bongsu saya yang kini berusia 3 tahun sungguh cerewet. Dia saja yang enggan menyusu dari botol semasa berusia 28 hari. Ketika itu saya perlu mula bekerja.

Walaupun sibuk dengan jadual penyusuannya, Anzi dan keluarga tetap suka melancong. Dia baru saja pulang dari mendaki Gunung Kinabalu!

Saya berjalan bersama anak-anak selama 10 tahun ini, dan saya perlukan pam atau tempat simpan susu. Setiap kali pergi melancong, kami perlu bawa cawan pam, pam, kabel, ‘powerbank’, dan thermos. Anda boleh bayangkan bagaimana beratnya beg kami demi kasih sayang 3 anak anda ini.

menyusu anak

Kelebihan dari segi kesihatan 

Saya dapat lihat anak-anak saya jarang sakit dan cepat sembuh dari sebarang sakit. Susu badan adalah satu-satunya makanan yang mereka mahu semasa dimasukkan ke hospital akibat  jangkitan viral.”

Malah menurut Anzi, anak-anaknya sungguh cergas, tidak terlalu kurus, tidak terlalu gemuk, dan menyusu badan sepenuhnya.

Uterus saya mengecut lebih cepat kerana mereka menyusu, memudahkan saya mendapat bentuk badan semula lebih mudah. Berat saya naik hingga 78kg semasa hamil anak pertama, dan sekarang kekal 48-50 kg walaupun saya makan sangat banyak.

Dan paling mengejutkan, haid saya hanya datang semula selepas 8 tahun usia anak pertama saya – bermakna, saya telah jimat banyak dari membeli pad.

Hebat, Ibu Ini Menyusu Badan Tanpa Henti Selama 10 Tahun! Apa Rahsianya?

Nasihat berguna untuk para ibu 

Anzi berkata, “Menyusu badan perlulah mengikut keperluan. Saya sendiri lebih suka menyusu secara terus jika boleh, ini kerana ia boleh menggalakkan lebih susu. Percaya pada diri, anda telah mencipta masa yag sangat indah dan intim.

“Apabila bercakap dengan bekalan, diet yang seimbang dan sesi mengepam yang konstan sangat memberi kesan.”

Terima kasih Anzi kerana berkongsi perjalanan penyusuan anda yang mengagumkan ini. Semoga keluarga ini kekal sihat dan ceria! 🙂

Sumber: theAsianParent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini Antara Faktor Mengapa Penyusuan Ibu Boleh Gagal!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!