6 Tanda Bahaya Menyusu Badan Ketika Hamil, Ibu Dinasihatkan Berhenti Jika Ada Simptom Ini
Keluar lendiran dari faraj antara enam tanda bahaya menyusu badan ketika hamil yang perlu diberi perhatian oleh ibu kerana ia mungkin jejaskan kandungan.
Mesti ramai ibu yang tertanya-tanya adakah selamat menyusu badan ketika hamil? Jawapannya sebenarnya selamat selagi anda tidak mengalami beberapa simptom yang akan dikongsikan di bawah ini.
Ada ibu yang diberikan rezeki mengandung dalam jarak dekat. Jadi bagi ibu yang menyusu badan, sudah pasti anak yang sebelumnya itu masih lagi belum berhenti menyusu.
Mahu tidak mahu, terutama jika anak yang sebelum itu tidak mahu minum botol, ibu terpaksa juga menyusukan mereka.
Baca juga: 5 Tips Diet Untuk Menyusu Agar Boleh Kurangkan Berat Badan Semasa Menyusu
Menyusu badan ketika hamil adakah berbahaya?
Menurut artikel dalam siraplimau, mesti ramai yang tertanya-tanya sama ada menyusu badan boleh dilakukan oleh wanita hamil.
Pandangan ini mengundang reaksi yang bercampur, terutamanya kerana masih ada orang tua-tua yang menganggapnya sebagai pantang larang.
Walaubagaimanapun, kini terdapat pelbagai kajian dan bukti saintifik membuktikan bahawa menyusu badan semasa hamil adalah selamat – melainkan anda pernah mengalami masalah kesuburan atau kehamilan atau termasuk dalam golongan yang berisiko.
6 tanda bahaya dan anda perlu berhenti menyusu badan ketika hamil
Walaupun memang terdapat kajian yang mengatakan menyusu badan ketika hamil adalah selamat dan tiasa sebarang masalah, ada tanda-tanda yang perlu anda ambil perhatian jika sedang menyusu badan ketika hamil.
Anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan penyusuan jika ada tanda-tanda yang berikut.
#1. Pernah mengalami keguguran atau melahirkan bayi pramatang
Jika pernah mengalami keguguran atau melahirkan bayi pramatang, lebih baik anda menangguhkan dulu hasrat menyusukan badan ketika hamil.
Ia mungkin sangat berisiko untuk kandungan anda yang seterusnya ini.
#2. Mengalami kontraksi berterusan
Jika anda mengalami kontraksi berterusan semasa menyusu badan ketika hamil atau sebanyak empat kali dan lebih dalam masa satu jam.
Biasanya kontraksi akan berlaku tetapi ia akan berakhir apabila anda berhenti menyusukan bayi. Jika anda alaminya secara berterusan, anda dinasihatkan untuk berhenti menyusukan.
#3. Sakit belakang yang kronik
Memang diketahui menyusu badan akan menyebabkan ibu alami sakit belakang, tetapi jika sakit belakang itu terlalu kronik dan menjejaskan kehidupan harian anda, mungkin anda terpaksa mempertimbangkan untuk berhenti.
#4. Terasa tekanan yang kuat pada bahagian pelvik
Jika anda ada merasa tekanan pada bahagian pelvik, pastikan anda jangan teruskan penyusuan. Memang susu ibu adalah yang terbaik tetapi jika penyusuan itu mendatangkan mudarat kepada kandungan seterusnya, tidak baik juga kan?
Buatlah pilihan yang terbaik.
#5. Kekejangan yang serius (seperti kekejangan semasa datang haid)
Jika alami kekejangan serius terutama pada bawah perut, anda perlu take note. Ini kerana badan anda mungkin tidak sesuai untuk menyusukan ketika hamil.
#6. Keluar cecair daripada vagina – sama ada lendiran, darah, atau air ketuban
Jika ada lendiran keluar dari vagina, pastikan anda tahu apa yang keluar itu. Usahlah teruskan jika ia akan mendatangkan mudarat kepada ibu dan bayi yang dikandung.
Memang diketahui bukan suatu yang mudah untuk anda berhenti. Terdapat pelbagai cabaran dari segi fizikal dan mental yang perlu anda hadapi. Tetapi jika ia mendatangkan mudarat kepada diri dan bayi yang dikandung, mungkin lebih elok jika tidak diteruskan.
Apa yang berlaku ketika anda menyusu badan semasa hamil?
#1. Kontraksi atau pengecutan rahim
Badan wanita akan merembeskan hormon oksitoksin semasa menyusukan bayi. Inilah juga hormon yang membantu membantu proses bersalin.
Tetapi, kajian saintifik telah membuktikan rahim wanita tidak akan bertindak balas terhadap oksitoksin ini sebelum mencecah akhir kehamilan, iaitu sekitar 37 minggu.
Oleh itu, selagi anda tidak tergolong dalam golongan berisiko dan berasa sihat untuk menyusu badan bayi semasa hamil, anda boleh berbuat demikian. Namun, sekiranya anda pernah menghadapi sebarang masalah dalam kehamilan sebelum ini, pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor.
#2. Keletihan berganda
Pengambilan kalori yang secukupnya amat penting bagi memastikan anda dapat menghasilkan tenaga yang cukup dalam menjayakan penyusuan badan ketika mengandung.
Menyusukan seorang anak saja sudah cukup meletihkan bagi sesetengah ibu. Maka, anda harus dapat menjangkakan kepenatan yang bakal dialami, terutamanya apabila usia kandungan menginjak trimester ketiga.
Oleh itu, amalkanlah pemakanan yang seimbang dan cubalah amalkan senaman yang sesuai untuk mengekalkan kecergasan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: siraplimau