Menyusu Badan Sangat Susah - Apa Perlu Saya Buat?
Menyusu badan sangat susah, sampaikan saya rasa mahu berputus asa.
Memberi susu badan pada si manja
Ada sesetengah ibu dapat menyesuaikan diri mereka dengan baik untuk menyusukan anak, tanpa mengalami sebarang masalah.
Tetapi ada juga di kalangan mereka yang terpaksa berhempas-pulas sebelum dapat menguasai teknik menyusu badan yang betul.
Dan, ada juga yang berterusan mengalami masalah dan kesukaran untuk menyusukan si kecil mereka.
Jika anda berasa seperti putus harapan, ketahuilah anda tidak berseorangan!
Kaitan:
Apa perlu saya buat jika saya mengalami masalah menyusukan bayi
Jangan berputus asa sehinggalah anda telah mendapatkan bantuan daripada pakar laktasi atau penyokong amalan penyusuan di luar sana.
Pakar-pakar ini boleh melihat dan memantau cara anda menyusukan bayi dan membuat beberapa saranan untuk anda memperbaiki keadaan atau cara penyusuan anda.
Amalan penyusuan badan memerlukan sedikit latihan. Berikan diri anda tempoh masa selama mungkin untuk terus berlatih dan menguasai teknik menyusukan bayi.
Teruskan mencuba dan yakinkan diri sendiri yang kemahiran penyusuan anda akan bertambah baik.
Kami pasti, sebaik sahaja bayi anda mula masuk enam minggu, anda tidak akan lagi mengalami masalah menyusukan bayi.
Jika anda seorang ibu baru, ketahui juga tip dan panduan penyusuan yang kami ada kongsikan dalam artikel di bawah ini. Sabar. Mari kita belajar sama-sama, okay?
Kaitan:
Jawapan ini telah dibawakan oleh The Breastfeeding Experts Website, disokong oleh Philips AVENT.
Sumber: The Asian Parent Singapore
Baca juga: