Adakah menyusu badan ketika hamil akan menjejaskan tumbesaran janin?

lead image

Keputusan untuk teruskan penyusuan terletak di tangan anda. Buatlah pilihan secara bijak...

Selepas beberapa bulan menyesuaikan diri dengan proses menyusu, tiba-tiba anda mendapat tahu diri hamil lagi. Kemudian mulalah anda pun rasa bimbang dan pelbagai persoalan bermain di minda. Boleh ke tak menyusu ketika hamil? 

Dilema rasanya, kan? Patut atau tidak terus menyusu ketika hamil? Adakah ia selamat untuk bayi dalam kandungan? Apakah kesan pada tumbesaran bayi nanti?

Ha… ini antara persoalan yang belum terjawab. Tapi tak mengapa, kami akan kupaskan satu persatu dalam entri kali ini. 

Adakah menyusu ketika hamil selamat? 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/breastfeeding.jpg Adakah menyusu badan ketika hamil akan menjejaskan tumbesaran janin?

Sebenarnya, menyusu ketika hamil tidak membawa sebarang risiko yang ketara kepada mana-mana pihak sama ada anak yang sedang menyusu, ibu ataupun bayi dalam kandungan.

Ini antara perkara yang umum membimbangkan para ibu:

#1. Perkembangan bayi yang belum lahir 

Menyusu ketika hamil tidak menghalang nutrisi kepada bayi yang belum lahir. Namun begitu, ibu perlu amalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat.

Semasa trimester kedua dan ketiga, ibu perlu ambil 350 hingga 450 kalori tambahan sehari. Tapi jika menyusu ketika hamil, anda perlukan kalori antara 500 hingga 650 dalam masa sehari. 

Selain itu, jangan lupa pengambilan protein dan kalsium yang mencukupi dan lapan hingga 12 gelas air setiap hari. 

#2. Kontraksi 

Mesti anda pernah dengar mitos yang mengatakan menyusu ketika hamil akan menyebabkan kontraksi awal.

Kajian mengatakan hormon yang dikeluarkan semasa menyusu merupakan hormon yang boleh merangsang kontraksi. Namun, hormon yang dikeluarkan semasa menyusu jauh lebih rendah. 

Oleh sebab itu, jumlah oxitoksin yang dikeluarkan tidak mencukupi untuk menyebabkan kontraksi awal. Jadi anda tak perlu risau. 

#3. Keguguran 

Ada sebilangan orang menganggap menyusu ketika hamil boleh menyebabkan keguguran. Namun, tiada bukti menunjukkan risiko keguguran sekiranya menyusu ketika hamil. 

Sedangkan keguguran berlaku daripada banyak sebab dan tiada penjelasan yang jelas untuk itu. 

#4. Keserasian susu dengan kanak-kanak 

Betul, hormon kehamilan akan masuk ke dalam susu badan anda. Tetapi, susu tersebut masih selamat untuk penjagaan anak anda yang sedang menyusu. 

Hanya sebilangan kecil saja hormon masuk ke dalam susu dan ini tidak mendatangkan kemudaratan pada anak yang sedang menyusu. 

Walau bagaimanapun, usah risau kerana anak sendiri yang akan memutuskan penyusuan badan kerana ada waktu tertentu susu akan berubah rasa dan warna hingga mereka tak suka lagi nak minum susu badan.

Jadi susu formula boleh diperkenalkan kepada mereka. 

Bila anda patut berhenti menyusu ketika hamil? 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/6 Tips Kalau Ingin Cepat Hamil Lagi Setelah Melahirkan oleh ISW.jpg Adakah menyusu badan ketika hamil akan menjejaskan tumbesaran janin?

Dalam sesetengah kes, berhenti menyusu ketika hamil adalah lebih selamat untuk ibu dan anak yang belum lahir. Antara punca-puncanya seperti:

  • Komplikasi kehamilan seperti mengandung kembar
  • Berlakunya pendarahan
  • Kontraksi atau kesakitan rahim 
  • Janin tidak berkembang dengan baik 

Faktor-faktor lain mengapa anda perlu berhenti menyusu ketika hamil 

#1. Milk supply 

  • Berlakunya pengurangan susu yang agak ketara semasa hamil. 
  • Penurunan bekalan itu disebabkan hormon yang mempersiapkan badan untuk mengurangkan pengeluaran susu dan menghantar isyarat untuk membuat kolostrum kecil. 
  • Diingatkan, kehamilan itu sendiri sangat meletihkan, jadi jangan terlalu ‘berusaha’ untuk menyusukan anak hingga kesihatan turut terjejas. 
  • Jika si kecil sudah mula makan adalah menjadi kewajipan untuknya mendapat bekalan susu yang mencukupi. 

#2. Kesihatan ibu 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/shutterstock 648058991.jpg Adakah menyusu badan ketika hamil akan menjejaskan tumbesaran janin?

  • Berasa mual dan muntah (morning sickness
  • Keletihan dan sakit kepala 
  • Perubahan hormon 
  • Tahap kesihatan yang merosot sedangkan anda perlu menjaga diri sewaktu itu kerana sedang berbadan dua

#3. Puting sensitif 

  • Semasa menyusu ketika hamil, hormon-hormon sedang bekerja. 
  • Apatah lagi, ramai wanita yang mengadu puting rasa sakit dan lebih sensitif. 

#4. Rangsangan seksual 

  • Sesetengah wanita merasakan menyusu ketika hamil boleh merangsang hubungan seksual. 
  • Rangsangan seksual yang tinggi ini disebabkan rangsangan puting yang kuat.  

#5. Perasaan anak yang lain 

  • Pernah tak anda terfikir perasaan anak yang sedang menyusu? Bagaimana agaknya si kecil itu jika lihat adiknya yang baru lahir sedang menyusu? 
  • Adalah lebih baik, anda hentikan penyusuan bagi mengelak si manja anda berkecil hati. 
  • Namun, anda boleh perlahan-lahan jelaskan pada si anak kenapa dan apa yang akan terjadi. Mungkin dia akan faham. 

Justeru untuk para ibu semua, keputusan terletak di tangan anda sama ada nak teruskan atau hentikan menyusu ketika hamil.

Jadi, berfikir dengan teliti tentang apa yang terbaik pada anda dan anak. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua yang membaca. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Nasreen Majid. Artikel ini mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah. 

Baca juga

Penyusuan badan: Cabaran dan cara penyelesaiannya