5 Tanda Anda BELUM LAYAK Tambah Satu Anak Lagi, Anda Sebenarnya Masih Tak Bersedia!

lead image

Anda ingin merancang keluarga besar? Lihat dulu 5 tanda-tanda ini sebelum anda ambil keputusan nak tambah anak. Mungkin anda sebenarnya masih tak bersedia!

Bila sudah ada hero atau heroine yang makin besar di rumah, pasti kadang-kadang kita rasa rindu saat-saat mengandung dan memasang niat untuk tambah anak. Lagipun, apa salahnya merancang keluarga besar, kan?

Tapi, ada satu hakikat yang setiap ibu bapa di luar sana perlu tahu.

Keputusan merancang keluarga dan menambah anak memang keputusan suami isteri, tapi pernah tak anda sedar, mungkin anda masih tidak layak menambah anak kerana anda belum bersedia dalam pelbagai faktor?

Contohnya seperti menyusahkan kedua-dua ibu bapa kita sendiri untuk menjaga cucu mereka ini. Tidak kasihankah anda pada orang tua itu?

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2018/04/hukum mak jaga anak.jpg 5 Tanda Anda BELUM LAYAK Tambah Satu Anak Lagi, Anda Sebenarnya Masih Tak Bersedia!

Kredit: Selangorkini.my

Sudahlah mereka makin tua, kini anda pula membebankan mereka dengan anak-anak kita.

Sebab itu Puan Intan Dzulkepli telah menyedarkan ramai ibu bapa di luar sana tentang 5 tanda anda BELUM LAYAK menambah zuriat satu lagi ini. 

Moga-moga keterangan ini mampu memberi sedikit pencerahan tentang isu merancang keluarga buat suami isteri.

Merancang keluarga: 5 tanda anda BELUM LAYAK untuk tambah zuriat satu lagi

#1 Bukan anda yang beri nafkah pada anak yang ada kini

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2017/10/fe2252289ff71659ea81f63648f9c2191439898479.jpg 5 Tanda Anda BELUM LAYAK Tambah Satu Anak Lagi, Anda Sebenarnya Masih Tak Bersedia!

Salah satu tanda anda masih belum layak nak tambah satu lagi anak adalah apabila anda sendiri masih menumpang di rumah ibu bapa anda.

Sudahlah menumpang, anda sedikit pun tidak menghulurkan duit untuk membantu ibu bapa. Apatah lagi tentang urusan perbelanjaan anak-anak setiap bulan.

Kasihan ibu ayah kita yang terpaksa menanggung cucu mereka ini pula. Ada juga kes, lepas bersalin, ibu ayah terus hantar anak-anak mereka ke atuk nenek dengan alasan tidak cukup duit nak upah pengasuh. 

Bahkan, atuk nenek ini jugalah yang mengeluarkan bajet untuk beli susu, pampers, mainan dan pendidikan anak

Kalau tak duduk sekali pun, adakah anda selalu balik kampung untuk pinjam duit mak ayah?

Jika ini situasinya, sudah cerah lagi bersuluh, anda tidak patut tambah anak lagi kerana kekangan kewangan yang anda alami kini.

#2 Anak lebih suka “melekat” dengan gajet dari dengan ibu bapa sendiri

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2017/06/19184163 183049442226664 893443781 n.jpg 5 Tanda Anda BELUM LAYAK Tambah Satu Anak Lagi, Anda Sebenarnya Masih Tak Bersedia!

Memang tidak dinafikan, telefon bimbit umpama satu benda yang “wajib” ada untuk menemani kanak-kanak kini. Tapi, tahukah anda kesannya terhadap perkembangan mereka?

Telefon bimbit bukan saja boleh menjejaskan perkembangan fizikal anak, malah ia juga memberi peluang untuk mereka terjebak dengan pornografi mahupun pemangsa kanak-kanak online!

Kalau anak anda asyik “melekat” dengan telefon, itu tandanya anda tiada masa untuk diluangkan dengan anak-anak. Ini bukan masanya untuk anda tambah anak satu lagi.

#3 Ibu bapa sendiri lagi suka tengok Facebook dari tengok muka anak

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2017/07/dad holding baby and checking iphone.jpg 5 Tanda Anda BELUM LAYAK Tambah Satu Anak Lagi, Anda Sebenarnya Masih Tak Bersedia!

Kredit gambar: Fatherly

Berapa jam dalam sehari anda renung skrin telefon itu sambil tengok Facebook? Berapa jam pula anda tengok muka anak masing-masing?

Bila anak ajak bermain, dijerkahnya mereka. Bila anak ajak bergurau, dimarah-marahnya mereka. 

Adakah anda ingin tambah anak, jika anak yang sekarang pun tidak cukup kasih sayangnya? Bayangkan anda terpaksa menjaga dua atau tiga lagi anak selepas ini. 

Sanggup berkorban dengan Facebook itu?

#4 Kita selalu memukul, menengking dan hilang sabar dengan anak

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2018/01/tips mengatasi stress ibu baru 1.jpg 5 Tanda Anda BELUM LAYAK Tambah Satu Anak Lagi, Anda Sebenarnya Masih Tak Bersedia!

Kajian sendiri telah mendedahkan apa kesannya jika anak-anak kecil dicerca, dimaki dan dipukul. Mahukah anda menjejaskan perkembangan minda dan emosi mereka?

Selalu marah dan tengking anak itu sendiri adalah tanda anda stres dan mengalami tekanan. Keputusan untuk tambah anak pastinya bukan keputusan yang bijak.

#5 Anda tidak ajar anak baca al-Quran, solat mahupun bercerita tentang kisah-kisah Nabi

Ya, mungkin kita yang melahirkan anak-anak ini. Mereka dibin/dibintikan dengan nama suami tercinta di hujungnya. Maksud nama anak pun indah.

Namun sayangnya, bukan kita orang yang mengajar mereka tentang solat mahupun mengaji al-Quran. Kalau bukan kita, siapa?

Kenapa anda perlu waktu yang sesuai untuk tambah anak satu lagi?

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/2017/03/newborn infant.jpg 5 Tanda Anda BELUM LAYAK Tambah Satu Anak Lagi, Anda Sebenarnya Masih Tak Bersedia!

Kredit gambar: Kidspot.com.au

Memang comel bila ada anak kecil satu lagi. Makin riuh-rendahlah rumah anda dengan suara si kecil tambahan itu.

Tapi, menambah anak dan merancang keluarga besar bukan bermaksud anda menjemput nikmat dan rahmat semata-mata.

Anda juga perlu menggalas tanggungjawab dan amanah yang lebih berat. Lihatlah berapa kos untuk seorang anak kini. 

Jangan lupa, persediaan mental, fizikal dan emosi kedua-dua ibu bapa lebih penting berbanding ingin menambah satu lagi anak. 

Rasulullah SAW sendiri banyak berpesan tentang bab merancang keluarga dengan meminta ibu bapa menjaga dan mendidik anak sebaik-baiknya, agar mereka menjadi umat beriman. 

Bila waktu yang sesuai untuk tambah anak?

Institusi Alan Guttmacher di AS mendapati, jarak kehamilan yang ideal adalah selama 30 bulan.

Jarak yang terlalu dekat boleh membawa risiko buruk seperti bayi pramatang dan kurang berat badan.

Selain itu, fikirlah faktor-faktor ini sebelum anda menambah anak satu lagi:

  • Umur anak anda sekarang
  • Keadaan kesihatan dan fizikal anak sekarang
  • Umur anda dan suami sendiri
  • Gaya hidup sekarang
  • Keadaan kewangan

 

 

Sumber rujukan: Mingguan Wanita, Dr Zubaidi

Baca juga:

5 Perkara Yang Semua Ibu Tak Dapat Buat Selepas Ada Anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!