Sembelit Semasa Hamil? Para Ibu Boleh Cuba Petua Mudah & Berkesan Ini!

Sembelit Semasa Hamil? Para Ibu Boleh Cuba Petua Mudah & Berkesan Ini!

Ibu hamil akan melalui masalah sembelit, lebih-lebih lagi apabila bayi semakin membesar dalam perut. Mari kita atasi masalah ini dengan petua berikut.

Sembelit semasa hamil adalah masalah biasa yang dialami oleh wanita yang berbadan dua. Ia boleh jadi bertambah teruk apabila bayi semakin besar dalam perut ibu.

Sembelit semasa mengandung disebabkan oleh peningkatan hormon progesteron yang mengendurkan otot-otot di seluruh badan, termasuk saluran pencernaan.

Ini bermakna makanan akan dicerna dengan lebih perlahan supaya bayi anda boleh mendapat manfaat dari penyerapan nutrien yang lebih baik.

Sebab-sebab lain mengapa sembelit terjadi ketika anda hamil termasuklah pengambilan zat tambahan seperti zat besi, kurang senaman dan dehidrasi.

Sembelit pada akhir kehamilan mungkin disebabkan faktor lain seperti tekanan, pembesaran rahim, dan sakit pelvis.

Mengapa Sembelit Berlaku Ketika Hamil?

Sembelit adalah masalah biasa semasa hamil. Malah, separuh daripada wanita hamil mengalami akan mengalami masalah ini.

Salah satu sebab untuk sembelit semasa hamil adalah peningkatan dalam hormon progesteron, yang melegakan otot di seluruh badan, termasuk saluran penghadaman. Ini bermakna makanan bergerak melalui usus dengan lebih perlahan.

Selain itu, terdapat perubahan berbeza dalam saluran darah dan jumlah cecair badan anda semasa hamil. Salur darah anda mengembang supaya ia boleh menampung lebih kurang 50 peratus lebih cecair pada masa anda bersalin.

Semasa kehamilan anda meningkat, "garisan matlamat penghidratan" dan sentiasa berubah apabila badan anda memiliki lebih banyak cecair.

sembelit

Ini boleh menyebabkan gejala dehidrasi, termasuk sembelit dan sakit kepala. Faktor lain boleh termasuk makan diet rendah serat (disebabkan oleh loya atau kembung perut), dan mengurangkan aktiviti fizikal kerana keletihan dan ketidakselesaan kehamilan.

Masalah ini mungkin bertambah pada hujung waktu kehamilan dengan tekanan rahim anda yang semakin membesar pada kolon dan rektum. Suplemen zat besi, terutamanya dalam dos yang tinggi, boleh memburukkan lagi keadaan sembelit ini.

Adakah Sembelit Akan Berlarutan Hingga Trimester Ketiga?

Jawapannya: Boleh.

Ini kerana beberapa faktor utama untuk sembelit seperti peningkatan progesteron dan penurunan aktiviti fizikal boleh diteruskan selepas trimester pertama anda. Selain itu, usus anda akan menyerap air dalam kuantiti yang sedikit secara keseluruhan dan akan menyebabkan najis menjadi lebih kering.

Kemudian dalam kehamilan anda, isu-isu ini diburukkan lagi dengan rahim membesar, yang mungkin memperlahankan pergerakan najis melalui sistem anda.

Adakah Keadaan Ini Akan Memberi Efek Kepada Kehamilan?

Selalunya ia tidak terjadi. Walau bagaimanapun, kadang-kadang sembelit semasa kehamilan boleh menjadi gejala masalah lain. Sebagai contoh, keadaan kesihatan yang boleh menyebabkan sembelit termasuklah:

  • Isu endokrin seperti hipotiroidisme atau diabetes
  • Sindrom usus yang merengsa
  • Halangan usus
  • Gangguan neurologi seperti multiple sclerosis
  • Kanser kolorektal

sembelit

Jika anda mengalami sembelit teruk disertai dengan sakit perut, bergantian dengan cirit-birit, atau anda mengeluarkan lendir atau darah, hubungi doktor atau bidan anda dengan segera.

Sembelit boleh menyebabkan masalah lain juga. Salah satu yang paling biasa ialah buasir, iaitu urat bengkak di rektum dan dubur.

Ini adalah perkara biasa dalam kehamilan kerana tekanan semula jadi yang dikenakan pada perut anda. Buasir bertambah teruk dengan meneran semasa membuang air besar atau membuang najis yang keras.

Buasir adalah keadaan yang sangat tidak selesa, walaupun ia jarang menyebabkan masalah yang serius. Dalam kebanyakan kes, ia akan hilang sejurus selepas bayi dilahirkan.

Walau bagaimanapun, jika sakitnya teruk, atau jika anda mengalami pendarahan rektum, boleh terus berjumpa dengan doktor pakar.

Meneran dengan pergerakan usus juga boleh menjejaskan otot lantai pelvis yang membantu mengawal pundi kencing anda.

Ini boleh membawa kepada keadaan yang dipanggil tekanan inkontinensia kencing, apabila air kencing anda bocor semasa melakukan aktiviti, termasuklah ketawa, bersin, atau batuk.

Keadaan ini sudah sering dikaitkan dengan kehamilan dan bersalin kerana tekanan tambahan pada badan anda daripada mengandung dan proses bersalin melalui faraj, tetapi risiko anda untuk mengalaminya boleh meningkat disebabkan oleh sembelit.

Cara Mengatasi Sembelit Buat Ibu Hamil

sembelit

Ibu hamil boleh cuba buat beberapa perubahan dalam gaya hidup harian untuk membantu pergerakan usus dan mencegah sembelit semasa kehamilan. Di bawah merupakan beberapa contoh yang boleh anda lakukan:

  • Banyakkan minum air seperti air masak, jus buah-buahan terutama jus buah prune yang boleh melembutkan najis.
  • Jalan kaki setiap hari atau melakukan aktiviti aerobik ringan. Dapatkan nasihat doktor tentang senaman yang selamat semasa mengandung.

 

minum air untuk kurangkan sembelit

  • Tambah makanan yang ada tinggi kandungan serat. Buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin adalah contoh makanan yang bagus untuk kesihatan dan boleh melancarkan sistem pencernaan.
  • Anda juga boleh rujuk pada pakar pemakanan tentang makanan yang kaya dengan zat besi supaya anda boleh mengelak dari mengambil vitamin dan zat tambahan yang boleh menyumbang kepada sembelit.

Beberapa Rawatan Yang Boleh Dilakukan Di Rumah

Anda mungkin pernah dengar tentang remedi-remedi yang boleh dilakukan di rumah yang boleh membantu masalah sembelit. Tapi tidak semua petua ini selamat untuk ibu hamil! Berikut adalah beberapa remedi yang selamat:

  • Makanan yang ada kandungan serat yang tinggi seperti prun, roti wholemeal, bijirin sarapan pagi, buah-buahan, dan sayur-sayuran boleh melancarkan pencernaan dan mengurangkan sembelit. 
  • Anda boleh cuba makan laksatif semulajadi seperti senna untuk merangsang pergerakan usus. 

Sembelit Semasa Hamil? Para Ibu Boleh Cuba Petua Mudah & Berkesan Ini!

  • Banyakkan minum air dan lakukan senaman yang kerap 
  • Makan makanan yang kaya dengan probiotik untuk membantu mengubah flora usus dan merangsang fungsi usus.
  • Anda boleh menggunakan sesetengah laksatif dan pelincir tertentu seperti minyak mineral, bran, dan psilium dengan selamat semasa mengandung.
  • Masukkan jus yang diperah dari setengah biji limau ke dalam segelas air suam dan minum campuran ini setiap pagi untuk meningkatkan pergerakan usus.
  • Sesetengah orang kata sup kobis juga boleh membantu pergerakan usus.
  • Minum segelas susu hangat sebelum tidur dan ini boleh membantu melancarkan pergerakan usus semasa kehamilan. 

Tetapi sebelum mencuba sebarang remedi, bincang dengan doktor anda dulu, ya!

Apakah remedi-remedi yang ibu sekalian pernah cuba? Adakah ia membantu? Kongsikan pengalaman dan nasihat anda dengan kami di dalam komen di bawah.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Rimasnya Bila Sembelit! Apa Cara Merawat Sembelit Mujarab Selain Dari Makan Julap?

Baca juga: Seksa Sembelit Dalam Pantang! Apa Nak Buat Jika Takut Hendak Membuang Selepas Bersalin?

Baca juga:  Khasiat Chia Seed Sangat Baik Untuk Ibu Hamil Yang Sembelit, Cubalah!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!