Situasi baby blues atau perasaan sedih yang muncul selepas melahirkan anak sering kali dialami oleh ibu yang baru bersalin. Ada juga yang menggelarkannya sebagai gila meroyan selepas bersalin, tetapi sebenarnya kedua-dua masalah ini mempunyai gejala yang berbeza!
Meroyan Selepas Bersalin Tidak Sama Dengan Baby Blues
Walaupun sekilas pandang gangguannya nampak sama, namun penting untuk anda ketahui yang kedua-dua keadaan tersebut berbeza. Sayangnya, tidak semua ibu faham dan menyedari perbezaan antara meroyan selepas bersalin dan baby blues.
Berikut merupakan perbezaan meroyan selepas bersalin dengan baby blues yang perlu anda ketahui.
Baby Blues Untuk Ibu Baru

WebMD menyebut 80% ibu baru menghadapi baby blues, atau penurunan mood jangka pendek yang disebabkan oleh semua perubahan tubuh (terutama perubahan hormon) setelah melahirkan anak.
Keadaan baby blues mulai dirasakan oleh ibu baru pada hari ke-4 ke-5 hari selepas bersalin, namun akan pulih secara perlahan-lahan dan akan menjadi lebih baik seiring bayi menginjak usia 1 sampai 2 minggu.
Gejala baby blues juga dikategori lebih ringan dan lebih pendek jangka masanya dibandingkan meroyan selepas bersalun.
Malah keadaan baby blues tidak menyebabkan seorang ibu hilang kemampuan mengasuh anaknya atau melakukan kegiatan seharian.
Namun, sekiranya gejala ini berlaku dalam masa yang lebih panjang, kemungkinan gejala gila meroyan pula yang sebenarnya sedang dialami ibu tersebut!
American Pregnancy mengatakan, penyebab pasti baby blues sampai saat ini masih belum diketahui. Namun ia dikatakan berkait rapat dengan perubahan hormon yang yang menghasilkan perubahan kimia di otak, sehingga menyebabkan kemurungan.
Hal ini kerana berlaku terlalu banyak perubahan secara mendadak terhadap kehidupan si ibu, sehingga menyebabkan gangguan tidur, dan emosi dari pengalaman bersalin itu sendiri yang akhirnya mempengaruhi kewujudan baby blues pada ibu.
Tanda-Tanda Baby Blues
- Merasa selalu sedih (menangis setiap masa), atau menangis tanpa sebab yang jelas.
- Tidak sabar
- Lebih mudah dipengaruhi emosi
- Kegelisahan
- Perasaan was-was
- Keletihan
- Insomnia (walaupun ketika bayi sedang tidur)
- Kesedihan
- Perubahan perasaan yang terlalu cepat
- Tidak dapat fokus
Cara Mengatasi Baby Blues
Apabila rasa sedih dan tidak selesa, lakukan sesuatu untuk mengalih pemikiran dari terus hanyut dengan gangguan emosi. Selain itu, jangan lupa melakukan apa yang diperlukan oleh tubuh ketika anda sedang stress.
Meroyan Selepas Bersalin Bagi Ibu Baru

Jika perasaan sedih dirasakan berpanjangan, lebih dari 4-5 hari atau menjadi semakin buruk daripada gejala baby blues, mungkin anda mengalami meroyan selepas bersalin.
Meroyan selepas bersalin umumnya dialami paling sekejap selama 1 bulan dan boleh berterusan hingga 1 tahun setelah melahirkan anak.
Gejala yang lebih parah dan berlangsung lebih lama ini akhirnya akan mempengaruhi kemampuan anda untuk menguruskan bayi dan menjalani tugas-tugas harian lainnya.
Tanda Meroyan Selepas Bersalin
Cara Mengatasi Meroyan Selepas Bersalin

Penting untuk anda mencari bantuan dengan segera, atau sekurang-kurangnya meluahkan perasaan anda kepada suami.
Suami haruslah memahami keadaan isteri, membantunya untuk pulih dan tidak menganggap isteri anda sedang mengada-ngada!
Jika gejala ini tidak kurang dalam masa 2 minggu, segeralah berjumpa doktor atau pakar psikitri yang akan membantu anda.
Jika terapi tidak cukup untuk menyembuhkan anda, doktor mungkin akan menyarankan untuk mengambil ubat antidepressant bagi mengubati gejala yang anda rasakan.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Adisty Titania dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!