Bapa Ini Tunjuk Mesej Bahaya Yang Dihantar Pada Anaknya Dari Aplikasi Muzik Popular!

Bapa Ini Tunjuk Mesej Bahaya Yang Dihantar Pada Anaknya Dari Aplikasi Muzik Popular!

Anak yang guna aplikasi tertentu tanpa dipantau boleh mengundang bahaya. Tengoklah bagaimana bapa ini kongsi mesej bahaya yang dihantar pada anaknya! Ada ramai orang jahat di luar sana...

Aplikasi muzik terkenal yang digunakan kanak-kanak

Sekarang terdapat banyak jenis aplikasi yang mudah dimuat turun ke telefon pintar. 

Kadang-kala aplikasi yang ‘kelihatan’ tak bahaya pun sebenarnya boleh mendatangkan bahaya!

Ini yang terjadi kepada seorang kanak-kanak melalui aplikasi Music.ly yang popular di kalangan pengguna muda.

Aplikasi Music.ly merupakan satu aplikasi yang membolehkan pengguna mencipta dan berkongsi klip video diri sendiri mengikut rentak lagu popular selama 15 saat.

Dan seperti aplikasi media sosial yang lain, pengguna boleh mengikut pengguna lain, memberi komen serta bermesej di antara satu sama lain.

Aplikasi ini sangat popular di kalangan anak kecil.

mesej bahaya
 

Walaubagaimanapun, garis panduan aplikasi ini menyatakan yang ia hanya untuk kanak-kanak berusia 13 tahun ke atas sahaja.

Sungguh pun begitu, aplikasi media sosial seperti ini adalah amat berbahaya jika tidak dipantau
Risiko pencabul kanak-kanak online yang hantar mesej bahaya!
Seperti yang terjadi kepada anak perempuan Brad Summer ini.
 
Anaknya mula mendapat beberapa siri mesej yang kurang menyenangkan melalui aplikasi ini.
 
Brad telah berkongsi penemuan tersebut di akaun Facebook miliknya.
Ia berbunyi –
“Hari ini, kami melalui sesuatu yang saya rasa perlu dikongsi”.
Kemudian dia mengongsikan gambar paparan skrin bagaimana seseorang cuba meminta gambar anak perempuannya tanpa baju!
 
Orang disebalik akaun tersebut tahu anak perempuan Brad berusia 7 tahun dan tidak berlengah cuba mendapatkan gambarnya.
 
Nasib baiklah anak perempuan Brad memilih untuk menunjukkan mesej tersebut kepada ibu bapanya. Dan ketika itulah Brad masuk campur.
 
Bapa Ini Tunjuk Mesej Bahaya Yang Dihantar Pada Anaknya Dari Aplikasi Muzik Popular!
 
Dia telah menipu orang tersebut dengan mengatakan yang dia adalah pihak berkuasa dan meminta pelaku itu berhenti melakukan apa yang dilakukannya itu.
 
Anak perempuan Brad sebenarnya tidak memiliki telefon pintar dan hanya menggunakan aplikasi tersebut dari telefon Brad atau isterinya.
 
Dan mereka tidak menyangka aplikasi yang kelihatan biasa ini boleh jadi membahayakan untuk anaknya.
Mesej bahaya meminta gambar kanak-kanak tanpa baju
Berikut adalah ringkasan dan terjemahan perbualan di aplikasi tersebut di antara anak perempuan Brad dan pemangsa itu;
 
Pemangsa: Hi
Anak Brad: Hi
Pemangsa: Apa khabar?
Anak Brad: Khabar baik
Pemangsa: Berapa umur awak?
Anak Brad: 7 tahun, berapa umur awak?
Pemangsa: Hantar satu gambar
Anak Brad: Ok
Pemangsa: Hantar satu gambar tanpa baju, saya mahu lihat badan awak tanpa baju
Anak Brad: Tak boleh
Pemangsa: Awak boleh, ambil gambar baru di dalam tandas
Anak Brad: Ibu saya tak bagi
Pemangsa: Jangan beritahu sesiapa
Anak Brad: Ok
Pemangsa: Ia rahsia kita berdua
 
***pemangsa terus mendesak anak Brad menghantar gambar***
 
Brad: Saya bapanya dan saya seorang pegawai polis. Kami telah mencatat alamat dan ip anda. Saya cadangkan anda berhenti dari terus berhubung anak saya!
 
Anda boleh membaca sedutan post Brad Summer di Facebook seperti di bawah:

Ibu bapa harus pantau penggunaan teknologi anak-anak
Brad telah menasihatkan yang cara terbaik dalam situasi ini ialah membiarkan ibu dan ayah menjadi wira penyelamat.
 
Ada ramai orang jahat di sekeliling kita dan anak-anak. Tapi, mereka (anak-anak) perlu jadi orang kanan kita untuk melaporkan sekiranya ada orang meminta sesuatu perkara yang tak betul dan jahat.

Menakutkan bukan?

Sepertinya tiada tempat yang selamat untuk anak-anak kita! Pemangsa sentiasa mencari ruang untuk mendekati anak-anak kita dan kita sebagai ibu bapa harus bijak melindungi mereka.

Jika tidak dikawal, melalui kejadian seperti inilah yang menyumbang kepada 13,272 Kes Rogol Kanak-Kanak Sejak 7 Tahun Lalu! Hati-Hati Ibu Bapa! 

Angka yang sangat menakutkan. Dan kita sebagai ibu bapa harus melakukan apa sahaja yang termampu untuk menghalang penjahat seperti ini.

Sumber: Scary Mommy

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Lindungi Anak Anda Daripada Dicabul: Ajar Mereka Tentang Penderaan Seksual!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Aqma

app info
get app banner