20 Milestone Anak-Anak Lalui Yang Menjadi Pahit Manis Buat Ibu Ayah

20 Milestone Anak-Anak Lalui Yang Menjadi Pahit Manis Buat Ibu Ayah

Bila kita lihat anak kita capai perkembangan milestone kanak-kanak – satu demi satu – boleh jadi sayu rasanya! Kita bangga dan sedih tengok dia semakin membesar dan berdikari.

Milestone kanak-kanak yang ibu ayah rasa bangga (dan sayu) bila anak capai!

Sebelum jadi ibu ayah, kita selalu rasa seperti tak yakin saja apabila ada orang beritahu kita begini: “Anak-anak membesar dengan cepat” atau “Tup, tup…dia dah masuk universiti…

Sekarang, bila kita sendiri sudah jadi mak ayah, mulalah kita rasa kata-kata itu ada benarnya.

Ya, bayi kecil kita belum lagi akan meninggalkan kita dan masuk universiti, tapi hari demi hari, si kecil itu sememangnya membesar dengan sangat cepat depan mata kita.

Milestone demi milestone dicapainya. Apabila kita melihat pencapaiannya, kita mulalah rasa seribu satu perasaan.

Rasa gembira ada, rasa sedih pun ada. Rasa bangga ada, rasa pilu pun ada.

20 milestone kanak-kanak dicapai oleh anak yang tinggalkan rasa pahit manis pada mak ayah

Baru-baru ini, Mom.Me ada berkongsi senarai milestone yang akan dilalui oleh setiap ibu ayah. Yang pastinya, setiap milestone ini pasti akan menjadi kenangan pahit manis untuk ibu bapa.

mileston anak

Kredit: beautyandwellnesstv.com

1. Apabila anak mula tak muat pakai lampin newborn atau mula naik saiz dari M ke L ke XL. Syahdu rasanya!

2. Bila anak mula beralih dari susu badan ke minum air daripada botol. Cepatnya dia membesar…

3. Apabila dia mula pandai cakap dari “Ma…” kepada “Mama”, “Mummy”, “Ummi”, “Mak” dan sebagainya. Dia dah pandai cakap!

4. Bila anak  dah tak bergayut dekat kaki waktu hantar pergi daycare atau tadika. Dia siap melompat keluar kereta dan jerit “Aina…..jom main!!!” Oh my god…salam tangan kita pun tak sempat!

5. Bila bahasa si kecil semakin mantap. Kalau dulu dia cakap, “Ibu, nak cucu”. Sekarang, siap buat ayat penuh: “Ibu, ibu tolong buatkan susu boleh? Terima kasih ibu.” Wah, anakku!

car seat anak bayi

Kredit: Whattoexpect.com

6. Bila kita letak dia dalam car seat, tapi..*krik*krik*, TAK MUAT!

7. Bila dia sudah tidak mahu didukung…terasanya hati bila dia “ignore” kita tawarkan diri untuk mendukungnya.

8. Bila dia tidak mahu disuap, tidak mahu berpegang tangan, tidak mahu dibantu. Semua hendak dibuat sendiri.

9. Bila kita lalu dekat seksyen barangan bayi di supermarket, dan bila tengok pada anak, kita tak dapat nak beli apa-apa untuknya di ruangan tersebut. Dia sudah besar.

10. Bila kasut bayi yang comel dan berwarna-warni itu tidak boleh dipakai oleh si anak. Kena beli kasut baru sebab tidak muat.

hari pertama pelajar darjah satu

Kredit: Astroawani.com

11. Bila dia mula masuk hari pertama darjah satu.

12. Bila gigi pertamanya mula tumbuh. Tak dapat dah nak tengok si kecil itu bergusi sahaja, tanpa gigi!

13. Bila kita peluk anak, dan kini tangan kita tak cukup panjang untuk memberikan pelukan yang penuh.

14. Bila kakinya sudah tergantung keluar dari katil kecilnya. Kena beli katil orang dewasa dah ke? OH NO!

ibu anak gembira

Kredit: Shutterstock.com

15. Bila dia pula yang baca buku pada kita. Amboi…mentang-mentang sudah pandai membaca.

16. Bila kita sedih, dan anak pula yang tepuk belakang dan pujuk kita sambil berkata “Mama OK?” Oh my…sayunya hati!

17. Bila kita ajak dia berjalan-jalan di waktu petang dan dia kata: “Daniel nak pergi main dengan Hafiz dekat padang.”

18. Bila dulu kita biasa cium-cium pipi dan mulut, sekarang, sentuh pipi pun dia tak kasi. Anakku…

19. Bila anak sudah pandai melukis dan menunjukkan hasil seni yang pertama dalam hidupnya.

projek seni kanak-kanak

Kredit: Shutterstock

20. Apabila kita menyambut hari jadinya tahun demi tahun, dan bilangan lilin semakin bertambah sehingga tak muat kek. Anakku sudah dewasa!

Syahdu dan pilu hati kan, ibu?

Sebagai ibu ayah, kita akan rasa seronok melihat anak-anak membesar dewasa di depan mata dengan sihat. Setiap satu milestone kanak-kanak dicapainya dengan penuh jaya.

Pada masa yang sama, kita pasti akan terfikir tentang satu hari nanti, dia akan keluar dari rumah kita. Dia akan ada hidupnya sendiri.

Tak mengapalah ibu. Begitulah lumrah hidup. Mari kita nikmati zaman kecilnya selagi masih ada peluang, ya?

Sumber: The Asian Parent Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Tanda-Tanda Amaran Dalam Pembesaran Anak-Anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Noor

app info
get app banner