Dah Nak Masuk Bulan Puasa, Ibu Menyusu Takut Susu Drop? Boleh Tambah Susu Dengan 14 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Dah Nak Masuk Bulan Puasa, Ibu Menyusu Takut Susu Drop? Boleh Tambah Susu Dengan 14 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Ibu alami masalah kurang susu? Mungkin ibu patut pertimbangkan untuk cuba milk booster terbaik ini untuk tingkatkan susu badan.

Ramai ibu menyusu yang mengharapkan susu mereka banyak. Disebabkan itu, ibu pastinya akan mencari penggalak susu ibu atau nama lainnya milk booster bagi memastikan mereka akan sentiasa dapat memperoleh susu badan yang mencukupi untuk diberikan kepada si kecil.

Jadi, tak hairanlah pelbagai milk booster yang ada dan muncul di pasaran sekarang ini sampai pening nak pilih. Maka, dengan niat untuk memudahkan kerja ibu-ibu menyusu yang tengah mencari milk booster untuk tambah susu badan, kami kumpulkan 16 produk milk booster yang popular dan terbaik di pasaran kini.

Tetapi, sebelum itu, ibu juga harus ambil tahu sedikit sebanyak tentang nutrisi penting yang perlu diambil bagi ibu menyusu dan bagaimana untuk memilih milk booster yang terbaik untuk anda.

Memilih Milk Booster Terbaik Untuk Ibu Menyusu

ibu minum susu

Milk Booster merupakan supplement tambah susu badan untuk ibu yang menyusukan anak dengan membantu melancarkan pengeluaran susu badan. Di pasaran kita hari ini terdapat pelbagai jenis milk booster yang boleh ibu cuba.

Dengan pelbagai bentuk dan rasa yang ditawarkan, ibu boleh memilih mana yang terbaik dan menepati citarasa anda. Namun begitu, adalah disarankan untuk ibu meneliti terlebih dahulu produk milk booster yang ingin dicuba dengan mempertimbangkan beberapa perkara berikut:

1. Ramuan utama yang terdapat di dalam milk booster.

Pilihlah milk booster yang mempunyai ekstrak daun katuk dan halba yang dikatakan boleh meningkatkan hormon ketika menyusukan anak. Selain itu, disarankan juga memilih milk booster yang mempunyai formulasi kacang badam.

Ini adalah kerana di dalam kacang badam mempunyai asid amino yang dapat membentuk asid serotonin yang dapat meningkatkan pengeluaran susu badan. Jadi ibu, sila teliti kandungan formulasi agar dapat membantu pengeluaran susu badan dengan baik.

2. Pilih milk booster semulajadi atau yang menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Pastikan ibu memilih produk yang menggunakan bahan-bahan semulajadi dan bebas daripada bahan tambahan yang boleh membahayakan anda dan si comel.

Ibu pastinya akan suka milk booster yang mempunyai rasa yang enak tetapi perlu pastikan perisa yang digunakan adalah dari bahan semulajadi dan bukannya daripada pewarna tiruan. Adalah lebih baik jika ianya diperbuat daripada bahan perisa dari ekstrak buah-buahan.

3. Pilih jenis milk booster yang mudah untuk dinikmati.

Produk milk booster terdapat dalam pelbagai bentuk. Ada yang dalam bentuk serbuk susu, pil mahupun teh. Jadi, pilih yang sesuai dan memudahkan ibu untuk mengambilnya setiap hari.

14 Milk Booster Terbaik di Malaysia

Berikut adalah 14 jenama milk booster yang terbaik dan sangat disyorkan untuk ibu mencubanya bagi membantu menambahkan pengeluaran susu badan.

Milk Booster Terbaik
Mama's Choice Almond Milk Booster
Terbaik Secara Keseluruhan
more info icon Beli di Shopee
Anmum Lacta
Terbaik Menyokong Keperluan Nutrisi Ibu Menyusu
more info icon Beli di Shopee
Himalaya Shatavari
Terbaik Meningkatkan Paras Hormon Prolaktin
more info icon Beli di Shopee
LactoMomma Cookies
Terbaik Jenis Biskut
more info icon Beli di Shopee
Wildan Mama Premium
Terbaik Dengan Formulasi Susu Kambing
more info icon Beli di Shopee
Mom More Milk Super Pumping Lactation Brownies
Terbaik Jenis Brownies
more info icon Beli di Shopee
Nufiya Organic Milk Booster
Terbaik Jenis Rebusan Herba Kering
more info icon Beli di Shopee
MOMMA Pregolact Milk Booster
Terbaik Untuk Ibu Laktosa Intoleransi
more info icon Beli di Shopee
Jus Al-Kurma Ajwa (Ener AL’KURMA)
Milk Booster Terbaik 100 Peratus Jus Kurma
more info icon Buy now
Umma Lacto
Milk Booster Terbaik Mudah Dibancuh
more info icon Beli di Shopee
Moeder Milk Booster
Milk Booster Terbaik Dengan Stevia
more info icon Beli di Shopee
Mamom Milk Booster
Milk Booster Terbaik Jenis Tablet Kunyah
more info icon Beli di Shopee
Bmom Milk Booster Chewable Tablet
Milk Booster Terbaik Dengan Kandungan Makanan Sunnah
more info icon Beli di Shopee
Vitamilk Booster
Milk Booster Terbaik Jenis Minuman Kolagen
more info icon Beli di Shopee

Mama’s Choice Almond Milk Booster

Milk Booster Terbaik Secara Keseluruhan

Dah Nak Masuk Bulan Puasa, Ibu Menyusu Takut Susu Drop? Boleh Tambah Susu Dengan 14 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

 

Dihasilkan daripada 100% bahan semulajadi dan halal. Antaranya seperti badam, halba, kurma dan daun katuk. Setiap satu bahan ini mempunyai manfaat  yang dapat membantu memperbanyakkan dan meningkatkan kualiti susu ibu.

Selain bagus untuk ibu, ia juga kaya dengan DHA untuk membantu perkembangan otak bayi. Mama’s Choice Almond Milk Powder ini tidak mempunyai sebarang pengawet, bahan perisa tambahan dan pewarna tiruan menjadikannya selamat untuk ibu menyusu dan bayi.

Didatangkan dalam tekstur serbuk halus dengan rasa manis yang sederhana dan mudah larut dalam air. Ianya didatangkan dalam 2 perisa yang lazat iaitu Cokelat dan Matcha. Lepas ni, ibu bolehlah feeling macam berada di Jepun! 

Apa yang kami suka?

  • Diperbuat daripada bahan semulajadi 
  • Milk Booster pertama di Malaysia dengan gabungan halba dan DHA!
  • Mampu membantu meningkatkan perkembangan otak bayi
  • Tidak mempunyai sebarang pengawet dan pewarna tiruan
  • Tekstur serbuk yang mudah larut
  • Rasa yang lazat dan tidak menimbulkan rasa mual
  • Tidak terlalu manis dan diyakini Halal

Anmum Lacta

Milk Booster Terbaik Menyokong Keperluan Nutrisi Ibu Menyusu

Dah Nak Masuk Bulan Puasa, Ibu Menyusu Takut Susu Drop? Boleh Tambah Susu Dengan 14 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Anmum Lacta menggabungkan DHA, MGFM+Ganglisodia, prebiotic dengan nutrien penting termasuklah kalsium dan vitamin B untuk menyokong keperluan nutrisi ibu-ibu yang menyusukan anak.

Ramai ibu memilih susu ini bukan sahaja untuk menambah susu tetapi juga membantu ibu sibuk yang kadang-kala tidak sempat menjamah makanan berkhasiat untuk menghasilkan susu yang berkualiti jadi Anmum Lacta menjadi penyelamat kerana kandungan nutrisinya yang diperlukan ibu.

Apa yang kami suka :

  • Tak manis dan tak meloyakan!
  • Tanpa gula tambahan, rendah lemak, dan rendah GI
  • Mudah dibancuh dan disimpan. 1 kotak susu boleh bertahan lama
  • Minum 2 gelas setiap hari bagi membekalkan nutrisi penting

Himalaya Shatavari

Milk Booster Terbaik Meningkatkan Paras Hormon Prolaktin

 

 

Produk keluaran Himalaya ni memang tak dapat dinafikan lagi tentang kualiti dan keberkesanannya kepada pengguna, maklum balas yang diterima daripada pengguna juga banyak yang positif.

Menggunakan 100 peratus herba Indian Asparagus dan dijamin halal kerana penghasilannya adalah daripada bahan milk booster semulajadi iaitu ekstrak herbal tulen.

Produk ni merupakan produk herba yang paling diperlukan oleh wanita kerana ianya dapat membantu dalam mengembalikan dan menstabilkan sistem hormon dalaman wanita termasuk untuk wanita yang baru bersalin.

Selain itu, kebaikannya juga adalah untuk memastikan penghasilan susu ibu yang konsisten dan berkualiti dengan membantu meningkatkan hormon prolaktin, iaitu hormon pentinguntuk pengeluran susu.

Apa yang kami suka :

  • Bentuk kapsul, jadi tak ada masalah nak telan.
  • Membantu memberi tenaga ekstra kepada ibu yang menyusu

LactoMomma Milk Booster Cookies

Milk Booster Terbaik Jenis Biskut

 

Dah Nak Masuk Bulan Puasa, Ibu Menyusu Takut Susu Drop? Boleh Tambah Susu Dengan 14 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Siapa yang tidak sukakan biskut? Kalau anda hendak tahu, biskut laktasi sebenarnya lebih sedap berbanding biskut lain kerana kandungan bahannya lebih banyak dan pelbagai.

Biskut keluaran LactoMomma dapat memperbanyakkan susu badan. Kandungan bahan semulajadinya yang diketahui boleh merangsang pengeluaran susu ibu sememangnya diadun khas bagi memberikan para ibu mendapat manfaat dalam penyusuan sambil menikmati rasa yang hebat.

Bila ibu gembira kerana makan biskut yang sedap, pasti mood ibu akan mempengaruhi kelancaran pengeluaran susu juga.

Jika anda ibu yang mengepam susu, anda pasti akan nampak kesannya dengan penambahan kuantiti susu. Apa-apapun, ibu jangan lupa minum air kosong juga dengan mencukupi setiap hari ya.

Apa yang kami suka :

  • Rasa yang sangat menyelerakan
  • 10 jenis perisa
  • Tekstur yang berbeza mengikut pilihan anda seperti separa lembut, rangup dan krackers.
  • Didatangkan dalam balang kedap udara comel, dan dengan saiz yang kecil ini ia sangat sesuai diletakkan dalam beg tangan atau beg susu anda.
  • Satu balang biskut boleh bertahan selama seminggu, bergantung kepada kekerapan pengambilan anda (cadangan pengambilan adalah 2-3 keping sehari).

Wildan Mama Premium

Milk Booster Terbaik Dengan Formulasi Susu Kambing

Dah Nak Masuk Bulan Puasa, Ibu Menyusu Takut Susu Drop? Boleh Tambah Susu Dengan 14 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Susu kambing jenama Wildan ini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Mama Premium adalah produk yang diformulasikan khas untuk kaum ibu bagi meningkatkan penghasilan susu badan, menambah tenaga dan meningkatkan imunisasi tubuh badan selepas bersalin. 

Susu ini merupakan adunan daripada beberapa makanan sunnah seperti susu kambing organik, kurma, habbatussauda, dan gam arab.

Susu kambing ini juga mempunyai kandungan serat yang tinggi untuk mengelakkan sembelit. Ia juga dapat membantu mengurangkan kekejangan yang selalu dialami oleh ibu hamil.

Apa yang kami suka :

  • Berasaskan susu kambing
  • Rasa yang lazat dan tidak hamis
  • Mempercepatkan proses penyembuhan ketika berpantang
  • Rendah kalori
  • Tanpa kandungan gula putih sebaliknya menggantikan dengan gula nano sebagai pemanis

Mom More Milk Super Pumping Lactation Brownies

Milk Booster Terbaik Jenis Brownies

Dah Nak Masuk Bulan Puasa, Ibu Menyusu Takut Susu Drop? Boleh Tambah Susu Dengan 14 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Makan brownies boleh tambah susu badan? Ya, betul tu. Kreatif kan usahawan lokal kita demi membantu kaum ibu dapat menyusu anak secara eksklusif!

Milk booster ini telah dihasilkan dalam bentuk brownies agar menepati selera anda dengan ramuan alfalfa, halba organik dan kurma.

Alfalfa mengandungi nutrisi tinggi dengan vitamin, mineral, protein, fiber, antioksida dan juga kandungan kolesterol serta lemak tepu yang rendah. Halba digunakan sebagai galactagogue manakala kurma membantu tubuh menghasilkan hormon oxytoxin yang diperlukan semasa penyusuan.  

Namun perlu diingatkan, ianya tidak sesuai diambil oleh ibu mengandung, sedang menyusukan bayi pra-matang, rendah kandungan darah atau menghidap G6PD (Jaundice – demam kuning) serta ibu yang mempunyai masalah berkaitan dengan darah.

Apa yang kami suka :

  • Rasa enak
  • Juga sesuai untuk kudapan ahli keluarga lain
  • Tektur brownies yang sempurna ranggup di luar dan kenyal di dalam.
  • Mudah dibawa ke mana-mana, dipek secara individu.

Nufiya Organic Milk Booster

Milk Booster Terbaik Jenis Rebusan Herba Kering

Dah Nak Masuk Bulan Puasa, Ibu Menyusu Takut Susu Drop? Boleh Tambah Susu Dengan 14 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Mendapat petua dari rakan berbangsa Cina supaya menggunakan buah-buahan herba Cina bagi memperbanyakkan pengeluaran susu, tip tersebut menjadi buat pengasas jenama ini.

Mahu membantu ibu-ibu yang mempunyai masalah yang sama sepertinya untuk turut sama merasai kebaikannya, beliau mengeluarkan produk dengan jenama Nufiya hanya menggunakan lima herba kering iaitu kurma merah, longan kering, goji berry, kurma hitam dan madu batu.

Dapat memekat dan menambah susu, pengambilan air rebusan herba ini juga dapat memberikan ibu tenaga berpanjangan serta dapat mengurangkan masalah dalaman wanita.

Apa yang kami suka :

  • Hanya perlu rebus bahan sehingga kembang
  • Anggaran penggunaan selama 2 minggu
  • Sesuai juga diambil ibu yang mempunyai darah tinggi dan kencing manis.
  • Untuk awet muda

MOMMA Pregolact Milk Booster

Milk Booster Terbaik Untuk Ibu Laktosa Intoleransi

Dah Nak Masuk Bulan Puasa, Ibu Menyusu Takut Susu Drop? Boleh Tambah Susu Dengan 14 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Dirumus khas sebagai minuman penggalak susu ibu menyusu, susu ini berfungsi untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti susu ibu.

Pada masa yang sama membantu menjaga kesihatan, kecantikan, tenaga ekstra dan pembesaran bayi yang sihat.

Ia merupakan minuman berasaskan 100 peratus soya non-GMO serta mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti zaitun, habatussauda, saffron, delima, madu, Inulin (Prebiotik), kismis, buah Tin dan kurma.

Apa yang kami suka :

  • Perisa vanilla, rasa yang enak
  • Tidak mengandungi gula tambahan
  • Tidak mengandungi krimer
  • Tidak mengandungi maltodekstrin.

Jus Al-Kurma Ajwa (Ener AL’KURMA)

Milk Booster Terbaik 100 Peratus Jus Kurma

Dah Nak Masuk Bulan Puasa, Ibu Menyusu Takut Susu Drop? Boleh Tambah Susu Dengan 14 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jus ini adalah minuman yang berasaskan 100% buah kurma yang diimport dari Arab Saudi. Setiap satu botol mengandungi 7 biji kurma ajwa.

Jus Al-Kurma boleh diamalkan daripada anda mengandung hingga sampai masa anda menyusukan anak. Jus ini juga tidak ada pewarna tiruan atau gula tambahan. Selain daripada menambahkan penghasilan susu ibu, jus ini juga bertindak sebagai ‘energy-booster’ dan ‘brain-booster’ kepada ibu dan bayi.

Apa yang kami suka?

  • Diperbuat daripada 100% buah kurma 
  • Mampu bertindak sebagai ‘energy-booster’ dan ‘brain-booster’ kepada ibu dan bayi
  • Tidak mempunyai pewarna tiruan
  • Tidak mempunyai gula tambahan
  • Boleh diambil daripada peroses kehamilan hingga penyusuan badan

Umma Lacto Milk Booster

Milk Booster Terbaik Mudah Dibancuh

Dah Nak Masuk Bulan Puasa, Ibu Menyusu Takut Susu Drop? Boleh Tambah Susu Dengan 14 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Umma Lacto ini memberi khasiat dalam memperbanyakkan susu ibu dan mampu memberikan rasa kenyang kepada ibu menyusu.

Ia juga dirumuskan dengan bahan-bahan penggalak susu ibu semulajadi seperti susu kambing, susu skim, kurma, madu, halia, alfalfa, kismis, spirulina, kacang soya, habbatussauda, beras perang, dan bawang putih.

Anda hanya perlu bancuhkan ke dalam segelas air sejuk dan diminum ketika perut kosong.

Apa yang kami suka?

  • Mampu memberikan rasa kenyang pada ibu menyusu
  • Dirumus dengan susu kambing, kurma dan kismis yang sangat baik untuk kesihatan dan minda
  • Mempunyai habbatussauda yang mempunyai pelbagai manfaat kesihatan
  • Mudah dibancuh 
  • Membekalkan tenaga secukupnya buat ibu menyusu

Moeder Milk Booster

Milk Booster Terbaik Dengan Stevia

Dah Nak Masuk Bulan Puasa, Ibu Menyusu Takut Susu Drop? Boleh Tambah Susu Dengan 14 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Moeder milk-booster menawarkan pelbagai khasiat khusus kepada ibu menyusu dan bayi serta ibu mengandung. Terdapat 17 ramuan penting yang diformulasikan dalam Moeder. Antara bahan-bahan tersebut ialah susu kambing, madu, kurma, habbatussauda, buah tin dan Arabic gum. 

Selain itu, Moeder milk booster juga mengandungi ekstrak buah-buahan dan sayur-sayuran seperti tomato, brokoli, lobak, betik, anggur dan aloe vera. Moeder juga berperisa vanila dan menggunakan stevia sebagai pengganti gula.

Apa yang kami suka?

  • Mempunyai susu kambing, kurma dan habbatussauda yang baik untuk kesihatan ibu dan bayi
  • Dirumus dengan ekstrak buah-buahan dan sayur-sayuran yang bagus untuk tingkatkan tenaga ibu menyusu
  • Menggunakan stevia sebagai pengganti gula
  • Berperisa vanila yang lazat
  • Mampu memekatkan produksi susu ibu

Mamom

Milk Booster Terbaik Jenis Tablet Kunyah

 

Dah Nak Masuk Bulan Puasa, Ibu Menyusu Takut Susu Drop? Boleh Tambah Susu Dengan 14 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

MaMom milk booster adalah tablet kunyah yang bertindak sebagai milk-booster. Ia mengandungi kurma, madu, habbatussauda, susu kambing, ekstrak alfalfa dan spirulina yang berfungsi untuk menambahkan penghasilan susu ibu.

MaMom boleh diambil semasa perut kosong sebanyak 2-3 tablet sehari. MaMom milk booster juga mempunyai perisa vanila.

Apa yang kami suka?

  • Milk booster dalam bentuk tablet kunyah yang mudah untuk anda ambil pada bila-bila masa
  • Boleh diambil semasa perut kosong
  • Mengandungi kurma, madu dan susu kambing
  • Mengandungi habbatussauda yang baik untuk kesihatan
  • Terdapat dalam perisa vanila yang enak

Bmom Milk Booster Chewable Tablet

Milk Booster Terbaik Dengan Kandungan Makanan Sunnah

Dah Nak Masuk Bulan Puasa, Ibu Menyusu Takut Susu Drop? Boleh Tambah Susu Dengan 14 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Dengan bahan-bahan makanan sunnah yang digunakan dapat menyokong bekalan susu ibu seperti madu, kurma, kismis, buah dekima, susu kambing dan kacang soya, Bmom Milk Booster jenis tablet kunyah ini dapat membantu ibu meningkatkan susu ibu sekaligus membantu anak cepat kenyang.

Malah Bmom Milk Booster Chewable Tablet ini dirumus khas hasil daripada formulasi doktor pakar yang berpengalaman lebih 17 tahun dalam bidang perbidanan dan sakit puan yang banyak membantu ibu menyelesaikan masalah susu ibu yang kering atau cair.

Bmom Milk Booster Chewable Tablet yang kaya dengan protein dan kalsium ini membantu meningkatkan stamina dan memberi tenaga untuk ibu menyusu badan selain menstabilkan hormon ibu.

Apa yang kami suka?

  • Dapat mencantikkan kulit bayi dan dapat mengelakkan ruam
  • Membantu menjaga kesihatan kulit ibu dan mengurangkan kedutan
  • ​Membantu memudahkan proses percernaan bagi ibu dan bayi
  • Dalam bentuk tablet, mudah di bawa ke mana sahaja. Tak perlu bancuh susu, jimat masa anda. Hanya kunyah 1 atau 2 biji sehari boleh nampak kesan seawal sejam dan rasanya yang enak seperti makan Vitamin C

Vitamilk Booster

Milk Booster Terbaik Jenis Minuman Kolagen

Dah Nak Masuk Bulan Puasa, Ibu Menyusu Takut Susu Drop? Boleh Tambah Susu Dengan 14 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Vitamilk Booster bukan sahaja boleh diamalkan wanita yang menginginkan kulit yang cantik dan cerah semata-mata malah sangat sesuai diamalkan oleh ibu menyusu kerana khasiatnya.

Selain membantu memperbanyak, memekat dan meningkatkan kualiti susu ibu, Vitamilk Booster juga dapat mengurangkan masalah keguguran rambut yang sering dialami ibu yang dalam fasa menyusu.

Malah Vitamilk Booster dapat membantu memberi tenaga segera kepada ibu yang keletihan kerana sering berjaga malam untuk menyusu bayi serta membantu sistemn pencernaan yang lebih baik kepada ibu dan bayi.

Apa yang kami suka?

  • Sesuai untuk ibu yang mahu tampil cantik dan dalam masa yang sama mahukan susu yang banyak
  • Merawat pelbagai masalah kulit dan memutihkan seluruh badan kerana kandungan vitamin C yang tinggi
  • Rasanya yang enak
  • Pilihan perisa seperti coklat, vanila, strawberi dan anggur
  • Mempunyai sijil Halal Jakim
  • Diluluskan KKM

Perbandingan Harga Milk Booster Terbaik Untuk Ibu Menyusu

Jenama Harga (RM) Kuantiti
Anmum Lacta RM34.90 650 gram
Himalaya Shatavari RM16.90 60 tablet
LactoMomma Milk Booster Cookies RM40 500 gram
Wildan Mama Premium RM79 22 sachet x 25 gram
Mom More Milk Super Pumping Lactation Brownies RM42 220 gram (12 keping)
Nufiya Organic Milk Booster RM25 250 gram

MOMMA Pregolact Milk Booster

RM35 420 gram
Momma’s Choice Almond Milk Booster RM39.90 200 gram
Jus Al-Kurma Ajwa RM22.90 300 ml
Umma Lacto Milk Booster RM39 15 sachet x 21 gram
Moeder Milk Booster RM69 600 gram (30 sachet)
Mamom RM30.60 60 tablet
Bmom Milk Booster Chewable Tablet RM89 30 tablet
Vitamilk Booster RM26.90 550 gram

Nutrisi Penting Untuk Ibu Menyusu

ibu menyusu bayi

Makanan yang kaya dengan nutrisi memang sangat diperlukan oleh ibu terutamanya untuk menambah tenaga. Seperti mana yang kita tahu, perjalanan breastfeeding ini banyak menggunakan tenaga fizikal dan mental ibu menyusu.

Oleh itu, 5 nutrisi ini sangat penting untuk anda ambil dan ianya juga boleh menambah pengeluaran susu badan anda juga tau!

1. Protein

Sejak dari kehamilan lagi, ibu memang memerlukan sumber protein untuk membantu perkembangan bayinya di dalam badan. Pengambilan protein juga sama penting ketika menyusukan bayi.

Antara makanan yang mempunyai kandungan protein yang tinggi adalah seperti telur, tauhu, tempe, daging tanpa lemak, daging itik dan juga ikan.

2. Karbohidrat

Selain protein, ibu juga sangat memerlukan sumber karbohidrat di dalam dietnya bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi.

Antara sumber karbohidrat yang disyorkan untuk ibu menyusu masukkan dalam diet harian mereka adalah seperti nasi, ubi, bijirin dan kentang.

3. Kalsium

Kalsium diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat untuk ibu dan si comel. Ianya juga bertindak dalam membantu pengaliran darah, menguatkan otot serta saraf.

Sumber kalsium yang sihat boleh didapati daripada susu tanpa lemak, sayur bayam, jus dan broccoli. 

3. Zat Besi

Untuk pengetahuan anda, makanan yang kaya dengan zat besi mampu mencegah masalah anemia dan kekurangan zat besi dalam kalangan ibu yang menyusukan bayi. Ibu yang menyusukan anak memerlukan sekurangnya 9mg zat best setiap hari. 

Sumber zat besi boleh didapatkan dari daging tanpa lemak, kekacang, biji-bijian dan sayuran hijau.

4. Vitamin D

Wanita yang menyusukan anak juga perlu meningkatkan pengambilan vitamin D terutamanya bagi mereka yang inginkan menyusukan anak secara eksklusif. Ini kerana vitamin D boleh membantu menyerap kalsium untuk menguatkan tulang dan gigi bayi.

Sumber vitamin D boleh didapati di dalam susu, jus oren, telur dan salmon.

Cara Banyakkan Susu Badan Secara Semula Jadi

Dah Nak Masuk Bulan Puasa, Ibu Menyusu Takut Susu Drop? Boleh Tambah Susu Dengan 14 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Menyusu badan bukanlah perkara yang mudah. Walaupun ada ibu yang pernah menyusukan bayi pertama sebelum ini, kadangkala mereka tetap mengalami masalah kurang susu badan atas faktor-faktor tertentu.

Jika ibu tidak mahu menggunakan milk booster dahulu, ibu boleh mencuba beberapa cara untuk banyakkan susu badan secara semula jadi seperti yang dinyatakan di bawah.

1. Elakkan stress

Selepas bersalin, seorang wanita akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan ujian untuk memulihkan kesihatan diri dan pada masa yang sama menguruskan bayi serta ada pula yang dah mula membuat kerja rumah.

Jelas sekali, stres adalah antara perkara yang dapat menjadi punca susu badan anda berkurang. Oleh itu, cuba dapatkan sokongan dan bantuan daripada pasangan, saudara-mara, atau pembantu. Ingatlah anda tidak perlu melakukan semuanya dengan sempurna walaupun kini anda sudah bergelar ibu.

2. Kerapkan menyusu 

Semakin kerap anda menyusu, otak akan mendapat isyarat untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi. Maka, apabila payudara kerap dikosongkan, lebih banyak susu akan terhasil.

Jadi, jangan biarkan payudara anda terlalu penuh sehingga bengkak kerana ia boleh menyakitkan. Malah, pembengkakan juga boleh menyebabkan demam atau mastitis yang memerlukan pembedahan.

3. Kosongkan payu dara dengan pam atau perahan tangan

Sekiranya anda sudah kembali bekerja dan tidak dapat menyusukan bayi dengan kerap, jangan lupa bahawa ada alternatifnya untuk anda mengosongkan payudara dengan menggunakan pam atau perahan tangan.

Cara banyakkan susu badan adalah dengan mengepam setiap 2 hingga 3 jam sekali, terutamanya semasa bayi tiada bersama anda. Kalau terlalu sibuk di tempat kerja, tak perlu mengepam dengan lama.

Ambil masa 5 minit untuk mengepam pun boleh, asalkan konsisten. Dengan cara ini, stok susu badan akan sentiasa maintain.

4. Minum banyak air kosong

Seterusnya cara banyakkan susu badan adalah dengan memastikan kadar hidrasi anda berada pada tahap optimum. Minumlah air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Lebih bagus lagi, biasakan meminum segelas air kosong sebelum dan selepas menyusukan bayi.

Elakkan pengambilan minuman berkafein atau soda yang berlebihan. Menurut kajian, sesetengah minuman seperti ini mampu memberi kesan kepada susu badan anda.

5. Urutan

Sekiranya payudara anda terasa bengkak dan susu tidak mahu keluar, cuba lakukan sedikit urutan dan tuamkan dengan kain sejuk atau panas mengikut keselesaan anda.

Satu lagi tempat yang bagus untuk diurut adalah pada bahagian belakang. Cara ini dipercayai dapat mempertingkatkan penghasilan hormon oksitoksin dan sekaligus memberi let down reflex kepada ibu.

6. Pemakanan berkhasiat

Selain teknik di atas, jangan lupa satu cara paling penting untuk banyakkan susu badan iaitu melalui pemakanan yang seimbang dan berkhasiat. Pastikan anda tidak terlalu berdiet sehingga mengabaikan pengambilan kumpulan makanan penting yang diperlukan tubuh.

Makanan Untuk Tambah Susu Badan

Dah Nak Masuk Bulan Puasa, Ibu Menyusu Takut Susu Drop? Boleh Tambah Susu Dengan 14 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Selain itu, terdapat pelbagai makanan semulajadi yang terkenal sebagai milk booster. Milk booster ini boleh didapati daripada pelbagai sumber makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, protein, karbohidrat, produk tenusu dan sebagainya.

Di bawah ini kami senaraikan makanan untuk tambah susu badan serta minuman yang boleh diambil semasa tempoh proses penyusuan:

1. Lobak merah atau lobak putih

Lobak dipercayai dapat membantu dalam penghasilan susu badan yang banyak terutamanya lobak putih. Caranya ialah dengan diparut dan diperah airnya lalu diminum.

Lobak merah pula boleh dimasak sebagai juadah makan tengahari atau malam. Juga boleh dimakan mentah memandangkan rasanya lebih enak berbanding lobak putih.

2. Bayam

Sesetengah ibu tidak mengambil bayam di dalam pemakanan harian kerana terpengaruh dengan pesan orang tua-tua yang mengatakan bayam adalah makanan ‘sejuk’ yang boleh memudaratkan badan ibu yang baru lepas bersalin dan juga dikhuatiri menyebabkan bayi kembung perut.

Walau bagaimanapun, bayam mempunyai khasiat tersendiri sebagai milkbooster. Cubalah ambil dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu dan lihat kesannya.

3. Sawi

Ramai ibu tidak gemarkan sayur sawi kerana rasanya yang pahit. Namun begitu, jika mengetahui khasiatnya, anda pasti akan melupakan rasa pahit itu. Selain mengandungi vitamin, sawi juga dipercayai boleh memperbanyakkan susu badan.

Ibu yang sedang hamil juga digalakkan untuk makan sawi dengan lebih kerap untuk membantu mengatasi masalah sembelit. Cubalah resepi yang pelbagai untuk sayur sawi ini agar ia menjadi kegemaran seisi keluarga.

4. Durian

Tidak ramai yang mengetahui keajaiban buah durian di dalam penghasilan susu ibu. Benar. Sesetengah ibu dikurniakan susu badan yang melimpah ruah apabila makan buah durian atau makan makanan yang berasaskan buah durian.

Walau bagaimanapun, elakkan dari makan terlalu banyak buah durian kerana durian bersifat panas dan akan membuatkan suhu badan anda meningkat.

5. Anggur hitam

Anggur juga jarang diambil sebagai milkbooster. Namun, sesetengah ibu menyusu mengakui bahawa anggur hitam mampu menambah susu badan mereka. Kepada yang belum mencuba, mungkin anggur hitam dapat membantu penghasilan susu badan anda. 

6. Makanan sunnah

Ia bukan sahaja sebagai penambah susu badan malah mengandungi khasiat yang pelbagai untuk seisi rumah tidak mengira usia dan jantina. Ibu hamil dan ibu menyusu sangat digalakkan untuk mengambil makanan sunnah ini.

Tiga makanan sunnah yang biasa kita dengar ialah buah kurma, habbatussauda dan madu. Buah kurma boleh dimakan begitu saja atau dikisar bersama kacang badam dan susu untuk menambah susu badan. Terdapat juga jus kurma di pasaran yang telah diproses daripada buah kurma.

Habbatussauda atau jintan hitam juga terkenal dengan khasiatnya. Ia boleh dimasukkan ke dalam minuman atau dimakan begitu saja. Manakala madu boleh diambil satu sudu sehari dan dibancuh ke dalam air suam lalu diminum sebaik-baiknya semasa perut kosong. Amalkanlah memakan makanan sunnah ini sekurang-kurangnya sekali sehari.

Jadi, yang mana satu yang menjadi pilihan ibu? Anda boleh pilih produk yang mengikut kesesuaian dan ramuan yang menjadi pilihan anda. Kerap menyusukan anak juga boleh tambahkan susu badan anda tanpa menggunakan milk booster.

Jadi ibu jangan mengalah awal ya, teruskan usaha anda untuk menyusu secara eksklusif! Moga perkongsian ini boleh membantu anda sedikit sebanyak dalam perjalanan penyusuan yang lebih baik dan sihat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 22 Makanan Tambah Susu Badan yang Diakui Berkesan Oleh Para Ibu

Baca juga: Milk Booster Terbaik & Semula Jadi, 7 Jenis Sayuran Ini BERKESAN Banyakkan Susu Badan!

Baca juga: Cara Banyakkan Susu Badan Yang Mudah & Berkesan, No#5 Wajib Para Ibu Cuba!