MIMPI BASAH Ketika Puasa, Akan Terbatal Puasa? Wanita Juga Alaminya, Take Note Ya!

Mimpi basah ketika puasa, pasti ada yang pernah alami kan? Jadi adakah terbatal puasanya? Jangan tak tahu ya, wanita juga alami mimpi basah!

Pasti ada yang tertanya-tanya, jika mimpi basah ketika puasa adakah ia boleh membatalkan puasa seseorang? Perkara ini harus diambil perhatian kerana ia adalah proses alami seseorang manusia.

Jadi tidak mustahil ia boleh terjadi kepada anda, justeru kita patut ambil tahu adakah jika mimpi basah ketika puasa akan membatalkan puasa seseorang?

Selama ini mimpi basah sering kali dikaitkan dengan golongan lelaki. Namun sebenarnya wanita juga berupaa mengalami mimpi basah. Ia mendorong keghairahan seksual ketika tidur hingga faraj menjadi lembab dan turn on untuk mengeluarkan cecair.

Jadi bukan hanya lelaki saja yang alami mimpi basah ya!

Mimpi basah ketika puasa, adakah terbatal puasanya?

Mimpi basah ketika puasa

Kredit: bincangsyariah

Menurut artikel yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, yang dinukilkan teks asal daripada kitab al-Muktamad di dalam mazhab al-Syafie:

“Keluarnya mani dengan sengaja dengan tanpa bersetubuh seperti bercium, onani dengan tangannya atau dengan tangan isterinya atau onani dengan sentuhan kerana ia dikira sebagai inzal (terpancutnya mani) dengan cara mubasyarah (berseronok dengan bersentuhan tanpa lapik).

Adapun jika mani itu keluar dengan cara tidak sengaja (bukan disebabkan perkara-perkara di atas atau dengan bermesraan) maka hal tersebut tidak membatalkan puasa.

Begitu juga, jika dia melihat dengan matanya walaupun diulang-ulang penglihatan tersebut tanpa bersentuhan atau berfikir di dalam hatinya tanpa bersentuhan lalu inzal (terpancut atau keluar mani) maka hal ini tidak membatalkan puasa kerana tidak berlakunya mubasyarah. Selain itu, hal ini sama juga bagi sesiapa yang bermimpi pada siang hari Ramadhan maka tidak membatalkan puasa secara ijma’ (ulama’) kerana perkara ini di luar kawalannya”. [Lihat: al-Muktamad, 184/2]

Jadi bermakna, jika air mani bagi lelaki keluar secara tidak sengaja ia tidak membatalkan puasa. Ia termasuklah sekiranya bermimpi pada siang hari Ramadan maka tidak membatalkan puasa kerana perkara itu adalah diluar kawalannya dan bukan disengajakan.

Boleh atau tidak wanita alami mimpi basah?

Mimpi basah ketika puasa

Kredit: approby

Ya, wanita juga boleh alami mimpi basah, namun ia adalah sesuatu yang sangat jarang berlaku. Jika ia tidak pernah berlaku kepada anda, usah khuatir. Ia tidak bermakna kesihatan seksual anda berada pada tahap yang buruk, ya?

Menurut kajian yang diterbitkan oleh The Journal of Sex Research, 37% daripada wanita yang diselidik pernah mengalami mimpi basah. Kajian ini juga menyatakan bahawa aktiviti seksual yang sihat bersama pasangan mungkin menjadi punca ia berlaku.

Menurut kajian itu lagi, wanita yang mempunyai kehidupan seks yang sihat dan sejahtera bersama pasangan lebih berpotensi mengalami mimpi basah.

Jadi, ia bukan merupakan satu petanda yang buruk jika anda kerap mengalaminya.

Mimpi basah juga dialami wanita mungkin disebabkan posisi tidur

Mimpi basah ketika puasa

Kredit: whysleep

Sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal Dreaming pada tahun 2012, mendapati bahawa mimpi basah pada perempuan disebabkan oleh posisi tidur.

Sebagai contoh, berbaring secara terlentang boleh menyebabkan bahagian klitoris menerima lebih banyak sentuhan dengan tempat tidur sehingga merangsang keghairahan seks wanita.

Menurut pelbagai sumber, mimpi erotis pada perempuan juga boleh terjadi ketika adanya hasrat untuk bersetubuh yang tidak dilepaskan.

Hal ini disampaikan oleh doktor pakar Andrologi, Dr. Heru mengatakan bahawa penyebab perempuan mengalami mimpi basah adalah kerana keinginan seks atau libido yang tinggi dan tidak dipuaskan dengan baik.

Mimpi basah wanita adalah normal

Mimpi basah terjadi secara semula jadi dan tidak terduga. Jadi anda tidak perlu rasa bersalah dan pelik setelah menyedari pengeluaran cecair melalui vagina. Hal ini juga tidak akan memberi pengaruh dalam kehidupan seks dalam dunia yang nyata.

Pada sisi lain, anda juga tidak dapat memaksa mimpi basah meskipun diri ingin merasainya. Walaupun sudah cuba memikirkan pelbagai perkara tentang seks dan tidur secara terlentang, ia masih tidak boleh mencetuskan mimpi basah. Jadi, nikmati sahaja apabila anda tiba-tiba memperolehnya.

Jadi jika mimpi basah ketika puasa dan ia berlaku secara tidak sengaja ia tidak membatalkan puasa seseoran itu. Boleh teruskan puasa anda!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: muftiwp

Baca juga: Mimpi Bersetubuh Dengan Orang Lain Selain Pasangan, Ini Maksud Di Sebaliknya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!