Kerap Alami Mimpi Buruk & Menakutkan Ketika Mengandung, Apakah Punca Ia Terjadi?

Mimpi buruk ketika tidur sering membuatkan ibu mengandung tertanya-tanya apakah makna disebaliknya. Adakah ia dipengaruhi oleh hormon kehamilan?

Mungkin anda pernah terjaga dari tidur setelah mengalami mimpi buruk dan lagi menakutkan. Tidak cukup dengan segala “perubahan” badan dan emosi yang terpaksa dihadapi, sekarang kita dihantui mimpi-mimpi pelik pula.

Kenapa, ya? Ha, jangan tak tahu! Mimpi-mimpi pelik lagi menakutkan ini memang akan terjadi pada wanita hamil. Menurut Dr Patricia Garfield, mimpi akan meningkat dengan banyak ketika hamil. Lebih banyak daripada sebelum ini!

Mengapakah ibu mengandung kerap mimpi buruk?

mimpi ketika mengandung

credit to sources

“Biasanya, wanita akan mimpi berkaitan dengan keadaan kehamilannya, trimester berapa dia hamil kini, dan apa yang dilalui oleh perubahan badannya,” jelas Garfield lagi.

Ketika saya hamil, pelbagai mimpi pelik menghantui saya. Kesian pasangan terpinga-pinga bangun apabila saya menjerit di tengah malam.

WebMD mendedahkan mimpi pelik yang dialami oleh wanita hamil terjadi kerana perubahan hormon dalam badan. Malah, oleh sebab wanita hamil memerlukan tidur yang mencukupi, mereka akan lebih kerap bermimpi!

Lagi satu, wanita hamil cenderung untuk bermimpi kerana mereka mudah mengingati mimpi mereka. Tahu kenapa? Sebab kita (wanita hamil) kan kerap bangun di tengah malam untuk kencing, atau membetulkan posisi tidur, atau sebab bayi asyik bergerak. Sebab itu wanita hamil lebih terbuka untuk ingat apa yang dia mimpi!

Tapi… mimpi pelik lagi menakutkan yang cukup jelas, terperinci dan penuh warna itu macam betul-betul berlaku kan? Takutnya! Betul ke mimpi?

Jangan bimbang. Menurut doktor pakar, wanita hamil yang melalui mimpi-mimpi pelik akan melibatkan keadaan badan dan bayinya ketika itu. Mari tengok apa mimpi-mimpi pelik yang sering anda mimpi, tapi sebenarnya normal saja!

Jenis mimpi buruk dan pelik yang sebenarnya normal

mimpi pelik hamil

credit to sources

  • Mimpi bayi terapung dalam air, atau anda terapung dalam air dan bayi dipenuhi bunga dan buah-buahan – biasanya mimpi ini terjadi ketika trimester pertama. Imej air sering dimimpi oleh wanita hamil kerana rahim tengah mengumpul cecair amnion ketika ini.
  • Mimpi melahirkan sesuatu yang bukan manusia! – Ya Allah, saya masih ingat mimpi ini! Saya lahirkan makhluk asing! Doktor mengatakan mimpi seperti ini terjadi kerana kebimbangan. Maklumlah, ketika hamil kita tak tahu lagi bagaimana bayi kita. Bagaimana rupa mereka? Sebab itu ia terbawa-bawa ke dalam mimpi.
  • Mimpi anda membahayakan bayi – Anda pasti pernah bermimpi berada dalam keadaan berbahaya, dan bayi anda ada sekali! Atau mungkin anda terjatuhkan bayi itu. Anak mama! Ha… semua ini tanda-tanda kebimbangan. Doktor pakar menasihatkan wanita hamil untuk berjumpa doktor jika mimpi akibat kebimbangan semakin bertambah.
  • Mimpi benda pelik terjadi pada anda – Dulu saya mimpi gigi tertanggal dan melekat pada otak. Apa??!! Haha, tapi ya. Dan mimpi seperti ini normal kerana biasanya pada trimester kedua, wanita hamil akan bermimpi berkaitan tentang “perubahan” yang mereka alami.
  • Mimpi jantina/nama bayi anda – Biasanya, pada trimester ketiga, mimpi yang dialami wanita hamil akan lebih spesifik. Sebab itu wanita hamil boleh bermimpi tentang jantina atau nama bayi dalam kandungan!
  • Mimpi tentang hubungan seks – Oh, oh! Jangan bimbang, semua. Mimpi ini juga normal! Ia sebab peningkatan hormon estrogen dalam badan. Nikmati saja mimpi itu, okay?
  • Mimpi ngeri ketika bersalin – mimpi ngeri seperti menghadapi kesukaran bersalin dan sebagainya mesti satu mimpi seram yang anda tak mahu mimpi lagi, kan? Jangan risau okay. Satu kajian mendapati wanita hamil yang sering mimpi buruk tentang kesukaran bersalin, akan bersalin dengan lebih mudah dan singkat!
ibu hamil mimpi

credit to sources

Jadi, jangan bimbang dan fikir dengan banyak lagi. Lagipun, ada pelbagai mimpi yang akan terjadi ketika anda hamil ini. Apa yang penting adalah anda menjaga kehamilan dan kesihatan anda dengan baik. 

Semoga semuanya berjalan lancar. Selamat menikmati fasa hidup yang baru tak lama lagi!

Mari kongsi artikel ini untuk semua wanita hamil di luar sana yang sering mengalami mimpi pelik, ngeri lagi menakutkan?

Sumber: Web MD, Baby Center

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Selalu Mimpi Mengarut Ketika Mengandung? Ibu, Sila Semak ‘Makna’ Di Sebaliknya!

Baca juga: 20+ Maksud Mimpi Mengandung & Melahirkan Bayi, Adakah Ia Petanda Yang Buruk?

Baca juga: Risaunya Sejak Hamil Kerap Mimpi Pasangan Curang, Adakah Ia Petanda Tidak Baik?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!