Tolong, Saya Mimpi Ular Ketika Hamil! Adakah Ia Satu Petanda Buruk?
Siapa yang tidak panik jika mimpi ular ketika hamil, kan? Lebih-lebih lagi jika mimpi dipatuk ular! Adakah ia satu petanda buruk yang harus ibu hamil risau?
Mimpi adalah mainan tidur yang selalu terjadi pada setiap orang. Tapi, apabila anda mimpi ular ketika hamil, pasti anda resah dan khuatir, kan?
Mimpi ular ketika hamil — adakah ia satu petanda buruk?
Jangan risau. Menurut laman web Boldsky, mimpi ular ketika hamil sama seperti mimpi-mimpi aneh lain yang selalu berlaku semasa anda mengandung. Sebenarnya, mimpi-mimpi ini tiada petanda buruk.
Malah, ia sebenarnya menunjukkan tanda positif tentang keadaan janin dalam kandungan! Berikut antara kepercayaan seluruh dunia tentang mimpi ular ketika hamil.
Mimpi Ular Ketika Hamil: Apa Warna Ular Tersebut?
Mimpi ular ketika hamil #1 Ular warna hijau
Jika di dalam mimpi anda, ular tersebut berwarna hijau, ia menandakan janin di dalam kandungan memiliki perkembangan yang sihat.
Jadi, ibu hamil usahlah terlalu risau ya! Ambil tahu apa tanda-tanda lain yang menunjukkan bayi dalam kandungan anda itu berkembang dengan sihat.
Mimpi ular ketika hamil #2 Ular warna merah
Lain pula ceritanya jika anda mimpi ular ketika hamil, dan ular tersebut berwarna merah.
Untuk mimpi ini, ia membawa maksud salah satu dari kawan rapat, atau adik-beradik perempuan anda akan “disunting” dalam masa terdekat ini.
Ramai yang menganggap mimpi ular ketika hamil membawa petanda buruk. Lebih-lebih lagi ular yang berwarna merah! Tapi jangan risau ya…
Warna merah itu sendiri membawa maksud “bertuah” 😉
Mimpi ular ketika hamil #3 Ular warna hitam dan besar
Jika anda mimpi ular berwarna hitam ketika hamil, ia membawa maksud anda akan melahirkan bayi lelaki kelak!
Malah jika anda mimpi ular tersebut duduk di sawah, ia bermaksud anak lelaki anda itu akan diberkati sepanjang kehidupannya.
Mimpi ular ketika hamil #4 Ular warna putih
Berbeza dengan mimpi ular berwarna hitam, ular yang berwarna putih membawa maksud anda akan melahirkan baby girl! Wah, jom cepat-cepat pilih nama comel-comel.
Mimpi ular ketika hamil #5 Mimpi digigit ular
Siapa yang tidak panik jika tiba-tiba anda mimpi ular, dan ular tersebut mematuk anda! Tapi, tarik nafas…
Mimpi ini juga tidak membawa petanda buruk. Ia bermaksud anda akan menjalani kehidupan yang bahagia lagi bermanfaat.
Mimpi Ular Ketika Hamil: Kenapa Wanita Hamil Kerap Mimpi Pelik-Pelik?
Terjaga di tengah malam dengan mimpi yang pelik dan menakutkan pasti akan buat sesiapa pun panik. Apatah lagi buat ibu hamil.
Tapi sebenarnya, mimpi pelik ketika hamil memang normal. Menurut Dr Patricia Garfield, mimpi akan meningkat dengan lebih banyak semasa seseorang wanita hamil.
Malah, ibu hamil juga akan lebih mudah mengingati apa yang dimimpinya kerana dia lebih kerap terjaga — sama ada untuk membetulkan posisi tidur, atau ingin terkencing.
Namun persoalannya, kenapa kena mimpi benda yang menakutkan? Ha… ini jawapannya dari segi sains.
WebMD mendedahkan mimpi pelik yang dialami oleh wanita hamil terjadi kerana perubahan hormon dalam badan. Malah, oleh sebab wanita hamil memerlukan tidur yang mencukupi, mereka akan lebih kerap bermimpi!
Jangan bimbang. Menurut doktor pakar, wanita hamil yang melalui mimpi-mimpi pelik akan melibatkan keadaan badan dan bayinya ketika itu. Jadi, tiada apa yang harus dirisaukan.
Semoga perkongsian ini berguna untuk anda. Jaga kesihatan anda dengan baik sepanjang kehamilan ini ya!
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan: Liputan 6
Baca juga: