Minat baca buku kerana tajuk-tajuk yang pelik?

lead image

Rakyat Malaysia sering digelar sebagai tidak suka membaca. Jadi, bagaimana kita ingin didik anak membaca buku sejak dari kecil?

membaca buku

Membaca buku: Bagaimana ingin galak anak membaca?

Membaca buku itu penting. Dengannya, banyak ilmu dapat diperoleh dan maklumat diketahui. Lebih baik lagi jika tabiat membaca buku dipupuk sejak kecil.

Pengeluar buku biasanya memberikan penekanan kepada warna, gambar dan tajuk yang mampu menarik minat bagi pembaca cilik.

Laman web EdVantage di Singapura mendedahkan beberapa buah buku kanak-kanak yang agak pelik. Antaranya:

BERKAIT : Teach junior to read and write

- Monsters Eat Whiny Children
Gambar kanak-kanak dalam periuk berpenutup mungkin boleh menyebabkan trauma pada anak-anak

- The Gas We Pass - The Story of Farts
Mahukah anda membeli buku ini? Agak menggelikan hati dengan gambar bahagian punggung gajah.

- The Bumper Book of Bunny Suicides
Mungkin ini agak keterlaluan. Muka hadapan menunjukkan ‘bunny’ yang bersedia untuk membunuh diri dengan menikam diri.

- The Long Journey of Mister Poop
Buku ini menggambarkan perjalanan ‘seorang’ najis. Terselit di sebelah gambar najis, seekor haiwan yang menyebut perkataan “Yum!” Sanggupkah anda membelinya?

- Who cares about disabled people?
Tajuknya seolah-olah mengajar anak-anak untuk tidak menghiraukan golongan OKU. Namun gambar muka hadapan menunjukkan sebaliknya.

membaca buku

Tabiat membaca buku pada rakyat Malaysia

Terlalu kerap mendengar keluhan rakyat Malaysia kurang membaca, statistik tahun 2010 menunjukkan peningkatan kepada 12 buah buku setahun berbanding 2 buah pada tahun 1995.

Hanya kerana mereka tidak membaca dalam pengangkutan awam, tidak bermakna mereka tidak membaca di tempat lain. Mungkin saja buku bukan lagi pilihan memandangkan dengan teknologi terkini, buku digital lebih mudah dan murah.

BERKAIT : How to raise a bilingual kid ?

Amalan membaca buku: Apa yang lebih utama?

Ada benarnya pandangan Profesor Madya Datuk Muhammad Ali Hassan, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru apabila ditanya tentang tabiat membaca buku di kalangan rakyat Malaysia pada Julai, 2011 oleh Bernama.

Menurut beliau, walaupun meningkat apa yang lebih penting adalah genre yang dipilih. Tidak salah membaca bahan bacaaan ringan, namun secara ideal rakyat Malaysia harus membaca pelbagai jenis buku bagi meningkatkan ilmu dan menghasilkan generasi pemikir.

Pemikiran terhad

Pada pendapat yang menyatakan tidak perlu membaca buku yang tiada kaitan dengan minat, beliau berpendapat itu hanya akan menghadkan skop ilmu.

Profesor Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dilaporkan telah membaca semua buku dalam perpustakaan sekolahnya ketika di sekolah menengah. Hasilnya beliau mampu menganalisa dan membincangkan apa jua isu.

Mengakui minat membaca tidak dapat dipaksa, beliau menegaskan ibubapa tidak sepatutnya membiarkan anak-anak membaca buku apa saja yang mereka sukai. Sebaliknya, mereka harus dididik mempelbagaikan bahan bacaan mengikut umur bagi membantu membuat pilihan apabila dewasa kelak.

membaca buku

Pupuk minat anak-anak membaca buku

Apapun juga, sebelum anda merancang jenis bahan bacaan, pastikan anda menanam minat membaca pada anak-anak. Cubalah panduan memupuk tabiat membaca seperti dibawah:

1. Membaca bersama: Hakikatnya, setiap yang anak pelajari bermula di rumah. Jadi, ambil buku dan bacalah untuk anak-anak atau bacalah bersama mereka. Memulakan sejak awal membantu anak-anak menambah perkataan dan memahami penggunaannya. Anak-anak juga akan merasa lebih yakin untuk membaca buku seterusnya.

2. Pastikan bahan bacaan tersedia: Anak-anak yang dikelilingi buku mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk membaca. Jadi pastikan mereka sentiasa ada sesuatu yang boleh dibaca. Tentukan juga bahan bacaaan sesuai dengan umur dan mampu menarik minat. Sebagai contoh, sediakan buku di ruang tamu, ruang rehat keluarga serta bilik tidur.

3. Rancang aktiviti membaca: Anak-anak biasanya beranggapan membaca bukan sesuatu yang menyeronokkan. Jadi, rancanglah aktiviti-aktiviti menarik yang memerlukan mereka membaca. Sebagai contoh, mengadakan sesi membaca bersama dan meminta anak-anak melukis apa yang dibaca.

BERKAIT : 10 paranormal novels for women

4. Biasakan dengan buku: Anak-anak kebiasaanya akan berminat dengan apa yang ada disekeliling mereka. Jadi bawalah mereka ke kedai buku atau ke perpustakaan. Di perpustakaan mereka boleh meminjam buku dan kadangkala terdapat program membaca bagi kanak-kanak. Dengan program sebegini, mereka dapat bertemu kawan dan melakukan aktiviti bersama.

5. Gunakan teknologi: Tidak semestinya anak-anak hanya membaca buku yang berkertas. Galakan membaca boleh dilakukan dengan bantuan alat pandang dengar seperti buku audio, buku DVD dan lain-lain.

6. Jadilah contoh terbaik: Anak-anak sentiasa belajar daripada orang dewasa di sekeliling mereka. Maka jika ingin menanam minat membaca, anda mesti lakukan perkara sama. Anda boleh membaca buku anak-anak bersama atau biarkan mereka membacanya sendiri sambil anda membaca buku lain.

Rujukan:

16 most bizarre children’s book
Are Malaysians reading enough?
Malaysians reading more, but still not enough
Tips to increase reading habits in children

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!