Kandungan Baru Masuk Minggu 4-5? Ibu, Guna Kalendar Kehamilan Untuk Catat Tips Penting Ini!

Berikut adalah beberapa tips untuk memastikan kehamilan anda selamat dan menjamin tumbesaran bayi anda.

Kalendar kehamilan antara perkara penting seorang bakal ibu perlu ambil berat kerana ia memberi informasi tentang kehamilan anda serta tarikh anak bakal dilahirkan. Jika kandungan anda kini berusia 4 hingga 5 minggu, anda pasti akan mula mengalami perubahan, jadi penting untuk catat informasi dalam kalendar kehamilan ini.

Walaupun ia tidak begitu ketara (bergantung kepada individu), badan anda akan mula mengalami perubahan. Sebagai contoh, anda mungkin berasa lebih penat berbanding hari biasa, mahupun mula rasa mual dan enggan melihat/menghidu/makan sesetengah makanan. 

Hidung anda juga menjadi lebih sensitif dengan bau-bau di sekeliling, termasuk bau badan suami sendiri. Usah risau, ini adalah perkara yang sangat normal dan dihadapi oleh ramai bakal-bakal ibu.

Peringkat awal kehamilan anda juga sangat penting bagi tumbesaran bayi. Uri dan tali pusat embrio anda yang akan membawa zat dan oksigen ke bayi anda telah pun mula berfungsi dan saiz embrio anda sebesar biji poppi.

Kalendar Kehamilan Beri Tips Untuk Memastikan Kehamilan Selamat

kalendar kehamilan

Kredit: Freepik

Ambil peluang untuk catat informasi penting dalam kalendar kehamilan anda termasuk tip-tip berguna bagi menjamin tumbesaran janin yang sihat. Ini antara bakal-bakal ibu dengan kandungan 4 hingga 5 minggu harus buat. Jangan lupa untuk cuba lakukan, malah anda juga boleh tunjukkan kepada pasangan supaya mereka boleh mengingatkan anda.

1# Dalam kalendar kehamilan perlu ada peringatan mengambil asid folik

kalendar kehamilan

Kredit: Shutterstock

Untuk melindungi bayi anda dan memastikan tumbesaran bayi anda normal, anda haruslah mengamalkan amalan yang sihat seperti mengambil asid folik dan bersenam.

Asid folik membantu melindungi bayi anda daripada masalah tulang belakang dan otak (kecacatan tiub neural), seperti spina bifida.

Ambillah suplemen yang mengandungi 400 mikrogram (mcg) folik asid setiap hari.

Baca juga: Folic Acid Untuk Apa? Ini Info Lengkap Kenapa Para Wanita WAJIB Ambil Asid Folik

2# Dalam kalendar kehamilan perlu ada tentang bersenam

kalendar kehamilan

Kredit: Unsplash

Senaman ringan seperti berjalan dan berenang sesuai dilakukan ketika anda dalam peringkat awal kehamilan. Senaman impak rendah haruslah dilakukan untuk menangani peningkatan berat badan semasa kehamilan dan juga menyiapkan badan anda untuk menjadi cergas untuk bersalin kelak.

Senaman ringan juga boleh membantu anda membentuk tona otot yang baik, kekuatan dan daya ketahanan.

3# Dalam kalendar kehamilan perlu ada peringatan temu janji dengan doktor

kalendar kehamilan

Kredit: Freepik

Anda juga haruslah membuat janji temu dengan doctor anda. Pilihlah seorang doktor yang anda percayai dan selesa untuk bekerjasama dengannya.

Anda harus ingat bahawa doktor yang dipilih akan menyambut kedatangan bayi anda ke dunia ini dan juga harus menjaga keselamatan anda jika berlaku kecemasan.

4# Amalan makanan sihat

kalendar kehamilan

Kredit: Pexels

Pada masa ini, semua makanan anda akan dikongsikan dengan bayi anda. Jadi, amalkan pemakanan sihat untuk memastikan bayi anda mendapat nutrisi untuk membesar dengan baik.

Lebihkan buahan dan sayuran, makanan berkanji seperti nasi, roti dan lain lain, makanan yang kaya dengan protin dan juga produk tenusu.

5# Lebihkan rehat

Kandungan Baru Masuk Minggu 4-5? Ibu, Guna Kalendar Kehamilan Untuk Catat Tips Penting Ini!

Kredit: Freepik

Ia adalah sangat meletihkan walaupun di peringkat awal kehamilan anda kerana hormon anda sedang menjalani perubahan. Ambil peluang ini untuk berehat di rumah. Luangkan masa membaca buku kegemaran mahupun buku tentang kehamilan, atau tonton sahaja rancangan kegemaran anda.

Elak untuk lakukan aktiviti yang akan memakan terlalu banyak tenaga seperti mengangkat barangan berat. Minta sahaja si suami tolong anda sebanyak mana yang mungkin.

6# Keselamatan di tempat kerja

Kandungan Baru Masuk Minggu 4-5? Ibu, Guna Kalendar Kehamilan Untuk Catat Tips Penting Ini!

Kredit: Unsplash

Jika tugas anda melibatkan x-ray, bahan kimia atau mengangkat objek berat, anda harus hentikan serta merta. Ini sebenarnya antara punca yang boleh menyebabkan keguguran. Berbincang dengan majikan anda tentang isu ini.

Semoga info yang diberikan bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Baby Center

Baca juga: 7 Jenis Makanan Sihat Perlu Diambil Ketika Hamil Trimester Pertama, Ibu Sila Take Note!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!