Tak salah isteri minta bantuan suami. Ikuti surat terbuka dari isteri ini yang akan membuka mata anda...

Siapkan kelengkapan keluarga kadang-kadang buat isteri rasa penat seharian bekerja. Jadi tak salah kan kalau isteri minta bantuan suami uruskan anak...

Salah ke jika isteri minta bantuan suami urus anak?

Apakah salah jika isteri minta bantuan suami sendiri? Mengemudi rumah tangga sememangnya memerlukan kerjasama daripada suami juga isteri.

Ini termasuk hal dalam menguruskan rumah mahupun anak. Tapi malangnya, ada segelintir suami menganggap urusan rumah tangga harus sepenuhnya diberi kepada isteri. Manakala suami hanya bertugas mencari nafkah. 

Disebabkan timbul rasa penat dan letih setiap hari, seorang ibu ini telah menulis surat terbuka buat suaminya. Apa yang menarik, surat ini jadi viral kerana isteri menyuarakan apa yang diperlukan oleh seorang isteri.

Ketelusan luahan hatinya juga pasti akan membuka mata anda. Surat ini ditulis oleh Celeste Erlach di laman Breastfeeding Mama Talk.

minta bantuan suami, minta bantuan dari isteri, bantuan suami pada isteri, bantuan dalam perkahwinan

Surat isteri minta bantuan suami

 Abang,

Sayang perlukan banyak pertolongan daripada abang demi rumahtangga kita. 

Pertama kali pada malam tadi, sayang minta bantuan suami sendiri untuk menjaga bayi kecil kita, supaya sayang boleh tidur dan rehat lebih awal.

Tetapi, bayi kita berterusan menangis dan meraung-raung. Sayang dengar dari kamar tidur kita di ruang atas.

 Dengar anak menangis membuatkan sayang rasa cemas dan tertanya-tanya apakah sayang harus menenangkan bayi kita atau membiarkan pintu bilik tertutup dan sayang terus tidur.

Akhirnya, sayang memilih yang terakhir untuk terus tidur supaya masa jagaan abang pada anak lebih panjang.

 Kemudian, sayang perasan abang menyusul masuk ke bilik tidur selepas 20 minit. Tapi malangnya, bayi masih menangis. Abang meletakkan bayi di katil kecilnya dan perlahan menolak katil tersebut berdekatan dengan sayang.

Cukup jelas di situ, abang memberikan tugas menenangkan bayi kepada sayang. Rasa nak marah ketika itu!

Tidakkah abang perasan, saban hari sayang menguruskan hal anak-anak. Bahkan setiap malam, sayang yang akan bangun untuk menyusukan bayi kita. Tapi abang hanya terus tidur tanpa mempedulikan rengekan anak.

Related image

 Setidaknya, abang tolonglah dukung bayi selama beberapa jam di malam hari agar sayang boleh tidur sebentar bagi menghilangkan sedikit lelah. Hanya beberapa jam saja…

Adakah itu terlalu berat bagi abang?

Sayang tahu, saban waktu, ibu yang menguruskan anak dan ayah jarang-jarang kali membantu.

Tapi mereka adalah ayah yang hebat tetapi seorang ayah jarang dilihat menggantikan pampers anak, memberi makan, merawat atau menjaga anak. Mungkinlah pernah tetapi adakah banyak sepertimana seorang isteri lakukan?

Ibu adalah contoh terbaik yang bijak menguruskan hal rumahtangga baik dari segi kebersihan rumah, membasuh pakaian, membesarkan anak-anak dan pelbagai lagi yang ibu kita lakukan berseorangan.

 Setiap bantuan dari ayah amat dialu-alukan walaupun jarang-jarang terjadi.

 Contohi orang tua kita, wahai suamiku…

Sayang perhati, semakin hari, tanggungjawab menyiapkan makanan keluarga, menjaga kebersihan rumah dan mengurus anak-anak semuanya terletak di bahu sayang seorang diri sejak dulu saat sayang masih bekerja.

Bukanlah sayang menunding jari menyalahkan abang. Sayang boleh melakukan semuanya.

Sayang juga tak sanggup melihat abang menyediakan makan malam kita. Tak mengapa biarlah sayang yang lakukan.

Seperti ibu-ibu yang lain juga, menguruskan rumah tangga dengan baik, jadi kalau mereka boleh, kenapa tidak sayang?

Sayang tahu, mungkin ada rakan-rakan yang berpura-pura hebat dalam menguruskan rumahtangga tanpa mengadu damba. Mungkin mereka juga hanya mampu menyimpan perasaan penat itu bersendirian.

Atau mungkin sayang tidak penui syarat untuk menjadi isteri dan ibu yang baik seperti orang lain. Semakin sayang fikir, semakin sayang perlukan banyak pertolongan dari abang.

minta bantuan suami, bantuan dari seorang isteri, suami isteri perlu sekata, perkahwinan suami isteri

foto kredit: Dreamstime.com 

Tak salah jika isteri minta bantuan suami

Adakah salah, jika sayang minta bantuan suami sendiri? Sekiranya sayang sentiasa meminta bantuan abang, apakah sayang seorang isteri yang gagal?

Apatah lagi abang sebenarnya ada membantu.

Abang adalah ayah yang hebat. Dan sayang yakin abang juga boleh menguruskan hal anak-anak. Jadi kerja sayang akan lebih ringan selepas ini.

Abang, sayang juga manusia biasa dan memerlukan setidaknya 5 jam untuk tidur. Tidak bolehkah abang membantu sayang?

Setiap hari sayang perlukan bantuan abang menyiapkan anak-anak kita, sementara sayang menguruskan si kecil sambil menyiapkan sarapan.

Maksud sayang, menyiapkan anak-anak dari segi bersiap mandi, memberikan sarapan, mengemas beg sekolah anak dan merapikan penampilan mereka untuk ke sekolah.

Ketika malam, sayang hanya perlukan satu jam saja untuk tidur sementara anak-anak sudah masuk ke bilik tidur dan ingin meminta abang menjaga sekejap si kecil jika menangis.

Percayalah, sayang tahu tidak mudah uruskan anak kecil terutama apabila dia menangis, untuk mengikut kemahuannya. 

Tapi sayang boleh menenangkannya saban hari hingga ke malam, jadi abang juga pasti boleh melakukannya sendiri sementara sayang sedang berehat.

Tolonglah abang, sayang benar-benar perlukan bantuan abang,…

Selepas membeli keperluan dapur, sayang juga teringin merasakan kepuasan untuk diri sendiri ‘me time’ di mana sayang boleh pergi beriadah seorang diri dan abang menjaga anak-anak di rumah.

Atau abang juga boleh tolong sayang mengemas dapur atau mencuci pinggan. Itu sudah cukup bermakna buat sayang. Tanda abang faham lelah yang sayang hadapi seharian.

 Sayang hanya manusia biasa….

Image result for woman tired

Adakah salah, sayang meminta bantuan suami sendiri?

Terakhirnya, sayang teringin mendengar ucapan terima kasih di bibir abang tanda sayang sudah menjalankan tugas menguruskan rumahtangga kita dengan baik.

Sedangkan sayang tidak pernah menghalang untuk abang berjumpa teman rapat selepas waktu pejabat untuk berolahraga, makan di kedai mamak atau sebagainya.

Jadi sebagai ibu, sayanglah yang menguruskan rumah sepanjang hari saat abang berseronok di luar. Ternyata sayang melakukannya dengan baik.

Tetapi abang, sayang juga hanya manusia biasa dan ingin kibarkan bendera putih tanda tidak tahan lagi dengan semua ini. Sayang semakin penat dan lelah. Terasa tiada masa untuk berehat. Ini kerana, sayang hanya manusia biasa…..

Jadi, saya berharap abang sudi membantu sayang mengerjakan hal rumahtangga yang sudah kita bina dengan rasa cinta dan kasih sayang. Sayang pasti kita saling memerlukan antara satu sama lain.

*******

Sekiranya anda yang membaca rasa setuju dengan surat yang ditulis ibu ini, ternyata suara hati anda sudah terjawab untuk meminta bantuan suami.

Jangan lupa kongsikan bersama suami agar mereka lebih memahami isi hati seorang isteri dan ibu seperti kita yang sudah keletihan melakukannya seorang diri 🙂

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini diterjemah dari theAsianparent Indonesia

Baca juga:

"Kalaulah dari dulu aku hargai isteri aku…" penyesalan tak sudah lelaki ini membuka mata