Tips Ajar Anak Minum Air Kosong Ikut Umur, Barulah Mereka Suka - Pakar

undefined

Jika nak ajar anak minum ini cara yang disarankan pakar pemakanan. Perlu ajar mereka minum ikut peringkat usia dan jangan biasakan dengan air manis!

Mesti ada ibu ayah di luar sana yang buntu memikirkan cara untuk ajar anak minum air kosong kerana anak hanya mahu air manis saja dan menolak mentah-mentah air masak. Ramai tidak sedar akan kebaikan minum air kosong lagi-lagi untuk anak kecil.

Sebenarnya perkara ini terjadi mungkin sebab anak-anak ini tidak diajar dari kecil untuk minum air kosong malah mereka sentiasa diberikan air berperisa atau berwarna sejak di awal usia.

Jadi ibu ayah, anda perlu take note saranan pakar pemakanan ini kerana pengambilan air kosong bukan saja penting untuk penjagaan kesihatan gigi anak malah lebih daripada itu sebenarnya.

Kebaikan minum air kosong untuk anak anda

Minum air

Keperluan untuk minum air kosong adalah sangat penting untuk anda ajarkan pada anak anda kerana kita semua tahu bahaya mengamalkan air manis tidak kiralah pada peringkat usia mana pun. 

Jadi menurut pakar pemakanan dan nutrisi, Fizah Sobri, untuk menjadikan anak anda pandai minum air kosong adalah dengan sentiasa offer mereka air kosong bukan air berperisa.

Malah, ibu dan ayah juga perlu sentiasa menekankan kebaikan minum air kosong pada anak-anak. Lebih awal diajar, lebih mudah untuk anak-anak hadam.

Salah pemikiran lebih baik minum air manis jika tak minum langsung

Menurut pakar ini salah sebenarnya ibu ayah berfikiran sebegitu. 

Risau juga saya banyak kali jumpa anak bawah 2 tahun diberi air manis dalam botol macam teh, sirap, ribena, minuman bermalt dengan alasan anak taknak minum lain lebih baik beri air ini dari anak tak minum langsung. No ini pemikiran yang salah.

Katanya dengan memberikan air manis dalam botol lagi akan menyebabkan anak tidak mahu makan, tidak mahu minum air kosong malah akan mendapat risiko karies gigi dengan lebih tinggi. 

Jadi disebabkan itulah ada caranya untuk ajar anak minum air kosong.

Cara ajar anak minum air kosong mengikut usia

Kami kongsikan tips yang diberikan pakar pemakanan dan nutrisi ini mengenai bagaimana caranya mengajar anak kecil anda untuk kenal dan suka air kosong. Salah satunya adalah dengan cara pemberian air kosong mengikut usia.

#1. Enam bulan

  • Guna sudu dan cuba suap sedikit.
  • Cara pengiraannya adalah jika anda beri anak makan, jika tiga suap makanan makanan air kosong pun tiga suap menggunakan sudu.
  • Ketika ini anak anda baru nak belajar menggunakan mulut untuk aktiviti selain dari sucking atau gigit (muscle lain guna untuk makan yang disuap)

#2. Tujuh-lapan bulan

Minum air

  • Boleh gunakan cawan yang mempunyai straw
  • Mulut (oral skills dan motor skills) makin kuat dan boleh aktiviti yang lebih mencabar.
  • Waktu ini juga anak dah pandai pegang barang waktu makan, tapi belum tahap boleh suap sendiri lagi jadi boleh bagi cawan dengan straw.

#3. Sembilan hingga 12 bulan

Minum air

  • Gunakan sippy cup
  • Bila anak dah pandai suap sendiri, anak boleh juga minum air sendiri, aktiviti angkat cawan, letak mulut dan bengkok leher.
  • Untuk mereka belajar minum perlu latihan dan praktis.
  • Jika sudah pandai sedut, langkah seterusnya mesti boleh pegang cawan dengan baik.
  • Jika anak tidak dilatih dengan baby led weaning (makan sendiri) akan nampak susah untuk anak guna sippy cup dan akan bergantung pada cawan straw dengan lebih lama.

#4. 12 bulan ke atas

  • Guna cawan biasa
  • Anak dah pandai suap sendiri, makan sendiri, semua sendiri dan masa ini mereka nak tiru mak ayah juga
  • Penerimaan air dalam cawan lebih baik pada usia ini sebab anak boleh ikut gaya mak ayah masa makan.
  • Penggunaan juga adalah selaras dengan perkembangan motor dan oral skills anak.

Apakah kesan buruk air manis pada anak?

Kesan pengambilan makanan dan minuman manis yang berlebihan ada anak boleh mendatangkan keburukan pada mereka. Jadi apakah kesan yang boleh dilihat pada kanak-kanak jika mereka berlebihan diberikan air manis?

Tubuh kita memang perlukan karbohidrat (gula) begitu juga kanak-kanak perlukan kalori daripada karbohidrat sekitar 50-60%. Jika  ikutkan pakar pemakanan tubuh kita tidak perlukan gula tambahan.

Ini kerana manusia mampu memproses makanan seperti nasi, ikan, dan lain-lain kepada glukosa secara tak langsung memberikan tenaga. Jadi apakah kesan jika anak berlebihan gula dalam badan?

  • Menyebabkan tenaga berlebihan.
  • Risiko kepada penambahan berat badan
  • Masalah karies gigi
  • Hilang daya tumpuan dan panas baran
  • Risiko kencing manis
  • Menyebabkan rasa mengantuk dan kurang cergas
  • Melemahkan penglihatan
  • Ekzema
  • Melemahkan sistem imunisasi tubuh
  • Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
  • Meningkatkan paras hormon adrenalin di kalangan kanak-kanak

Oleh sebab itu, ibu dan ayah perlu sentiasa galakkan anak-anak untuk minum air kosong dengan lebih kerap. Selain menerangkan kepada mereka kebaikan minum air kosong, ibu dan ayah juga perlu rajin minum air kosong supaya anak-anak ikut tabiat baik ini.

Malah, jika anak-anak rasa bosan untuk minum air kosong, ibu dan ayah boleh tambah buah lemon atau timun dalam air mereka agar nampak lebih special. Menarik kan? Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bahaya Minum Air Dari Botol Plastik, Banyak Pencemaran- Kajian

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!