X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Minyak Bayi Terbaik Untuk Masalah Perut Kembung, Buat Anak Rasa Lebih Lega & Selesa!

Minyak bayi atau minyak telon seringkali dikaitkan sebagai penyelesaian kepada kembung perut dan ketidakselasaan pada bayi.

Produk apa yang wajib ada buat ibu bapa yang mempunyai bayi kecil? Tentunya salah satu daripadanya adalah minyak bayi, atau minyak telon yang digunakan untuk keselesaan si manja.

Secara amnya, minyak ini biasanya disapukan pada perut, punggung, dada, tangan dan kaki bayi untuk memastikan si kecil tetap hangat.

Ini kerana semasa kecil,  sistem pengawalan haba badan bayi belum sempurna menyebabkan si manja mudah berasa sejuk.

simptom bayi kembung perut

credit to sources

Selain itu, kegunaan produk ini adalah bagi memastikan si manja selesa, melegakan masalah kembung perut, melegakan pernafasan dan melancarkan peredaran darah.

Penggunaan minyak telon adalah sejak kurun berkurun lagi, dan digunakan di serata dunia menjadikan ia salah satu produk penting dalam penjagaan si manja.

Isi Kandungan

  • Pilih Minyak Bayi
  • Minyak Bayi Terbaik
  • Mama's Choice
  • Minyak Telon Zwitsal Natural 
  • Minyak Telon Cap Lang
  • Minyak Bebe
  • Stommy Oil
  • Minyak Telon JMK
  • Tropical Herbs
  • Tropika Baby
  • Perbandingan Harga

Memilih Minyak Bayi Yang Bagus

Di Malaysia, ada banyak produk minyak telon bayi yang  bagus di pasaran.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah daripadanya mungkin tidak serasi dengan bayi, dan boleh menyebabkan masalah ruam dan kemerahan selepas digunakan. Sekiranya ini berlaku, hentikan penggunaan minyak tersebut ya. 

Memandangkan ada banyak pilihan di pasaran, semak beberapa perkara sebelum membuat pembelian:

  • Jenis tekstur – Ada 3 jenis tekstur produk iaitu cecair, krim dan balsam. Kebiasaannya jenis cecair merupakan pilihan utama kerana tekstur yang tidak melekit dan mudah menyerap.
  • Kandungan – Pilih kandungan semula jadi dengan fungsi yang tepat. Sebaiknya pilih yang tidak mengandungi terlalu banyak minyak kayu putih yang boleh jadi terlalu panas untuk kulit anak.

Sebelum penggunaan, pastikan anda mencuba terlebih dahulu sebelum disapukan ke kulit si manja. Kulit bayi masih sensitif dan tidak dapat menahan haba yang terlalu panas ya, jadi ibu ayah kena prihatin tentang hal yang ini.

8 Produk Minyak Bayi @ Telon Yang Terbaik di Pasaran

Bagi membantu ibu ayah, kami telah menyediakan senarai produk minyak untuk si manja yang bagus dan mudah didapati di Malaysia. Klik saja pada pautan untuk pembelian segera!

Minyak Bayi Terbaik
product image
Mama's Choice Baby Calming Tummy Oil
Terbaik atasi masalah kembung
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Minyak Telon ZWITSAL Natural 
Terbaik berasaskan bahan semula jadi
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Minyak Telon Cap Lang
Terbaik bertahan 12 jam
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Minyak Bebe Anugerah
Terbaik melembut dan melembapkan kulit bayi
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Stommy Oil Tasneem Natural
Terbaik jenama lokal
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Minyak Telon JMK
Terbaik untuk gigitan nyamuk
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Tropical Herbs Baby Oil
Terbaik dengan aroma terapuitik
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Tropika Baby Herbal Cream
Terbaik jenis krim
more info icon
View Details
Beli di Shopee

Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil

Terbaik atasi masalah kembung

minyak telon terbaik

Pilihan pertama kami adalah produk dari Mama’s Choice, Calming Tummy Oil. Berdasarkan namanya sahaja pastu ibu ayah sedia maklum yang ia berkesan bagi memberikan si manja keselesaan di bahagian perut, bagi mengelakkan masalah kembung.

Produk ini diperbuat dari 100% bahan semulajadi, menjadikan ia selamat untuk bayi!

Kandungan: 

  • Minyak pala: Mengurangkan gangguan pencernaan, kekejangan perut, atau sakit pada bayi
  • Minyak lavender: Membantu menenangkan bayi yang menangis, mengurangkan simptom kolik
  • Minyak chamomile: Menenangkan bayi, menjadikan bayi tidur lebih tenang

Apa yang kami suka:

  • Diperbuat daripada bahan semulajadi.
  • Hypoallergenic, dan terbukti selamat untuk bayi.
  • Sesuai digunakan untuk bayi baru lahir.
  • Membuatkan bayi berasa tenang, tiada masalah ketidakselesaan dan mengurangkan masalah kolik.

Mama's Choice Baby Calming Tummy Oil

product imageBeli di Shopee

Minyak Telon Zwitsal Natural 

Terbaik berasaskan bahan semula jadi

minyak bayi terbaik

Minyak telon Zwitsal ini hadir dengan keharuman khas Zwitsal untuk memberikan kehangatan pada bayi.

Si kecil akan terasa lebih selesa dan hangat sepanjang hari serta membantu meredakan perut kembung akibat masuk angin.

Teruji hypo-allergenic, malah baik untuk kulit bayi yang sensitif!

Kandungan:

  • Minyak adas (fennel)
  • Minyak kayu putih
  • Minyak kelapa
  • Ratio kandungan 3: 3: 4. Komposisi yang tepat agar minyak telon tidak membuatkan kulit bayi terlalu panas dan tidak menyebabkan iritasi.

Apa yang kami suka:

  • Memberikan kehangatan pada tubuh bayi.
  • Mengandungi bahan-bahan semulajadi.
  • Membantu meredakan kembung perut.
  • Formula yang selembut sentuhan ibu.

Minyak Telon ZWITSAL Natural 

product imageBeli di Shopee

Minyak Telon Cap Lang

Terbaik bertahan selama 12 jam

persediaan bersalin

Minyak telon Cap Lang merupakan salah satu produk yang mudah didapati di Malaysia dan sesuai digunakan untuk bayi dari lahir sehingga 5 tahun.

Ia digunakan untuk gangguan perut dan memanaskan badan selepas mandi dengan menggosokkannya di dada, perut, punggung dan kaki si manja.

Kandungan:

  • Minyak kayu putih: Menghangatkan kulit bayi dan meredakan rasa gatal
  • Minyak adas: Meredakan perut kembung
  • Minyak kelap: Meredakan iritasi

Apa yang kami suka:

  • Diformulasikan untuk menghangatkan kulit bayi, dapat meredakan perut kembung, meredakan masuk angin, dan mencegah bayi dari gigitan
  • Fungsi anti nyamuk

Minyak Telon Cap Lang

product imageBeli di Shopee

Minyak Bebe Anugerah

Terbaik melembut dan melembapkan kulit bayi

minyak urut bayi

Minyak telon Anugerah bukan sahaja berbau harum, tetapi dengan ramuan istimewa yang digunakan seperti minyak kayu putih, serai, pudina, lengkuas dan limau purut.

Gabungan khasiat serai, pudina dan lengkuas ini juga membekalkan tekstur yang lembut dan halus, membuatkan kelembapan kulit si manja sentiasa terjaga. 

Kandungan:

  • Minyak kayu putih
  • Serai, pudina,
  • Lengkuas 
  • Limau purut.

Apa yang kami suka:

  • Menghangatkan tubuh bayi.
  • Melembab dan melembutkan kulit bayi.
  • Menghindari bayi daripada kesejukan, kembung perut, angin pasang dan sawan angin.
  • Penjagaan kulit bayi.
  • Memberikan kesegaran
  • Aroma yang harum

Minyak Bebe Anugerah

product imageBeli di Shopee

Stommy Oil Tasneem Natural

Terbaik jenama lokal

atasi kembung perut

Minyak Stommy keluaran Tasneem Natural ini dapat membantu menyelesaikan masalah perut kembung bayi dan diperbuat dari bahan-bahan yang semula jadi dan tiada bahan kimia yang merbahaya.

Walaupun ia sedikit berangin tetapi tidak terlalu panas, cukup untuk keselesaan si manja.

Kandungan:

  • Minyak badam: Agen pelembap kulit dan melindungi kulit dari sinaran UV yang membahayakan
  • Minyak zaitun
  • Minyak akar halia
  • Minyak serai
  • Limau purut

Apa yang kami suka:

  • Bau yang wangi dan menyegarkan
  • Diperbuat daripada bahan semulajadi
  • Membuatkan perut si manja selesa
  • Mudah meresap dan tidak melekit

Stommy Oil Tasneem Natural

product imageBeli di Shopee

Minyak Telon JMK

Terbaik untuk gigitan nyamuk

Minyak Bayi Terbaik Untuk Masalah Perut Kembung, Buat Anak Rasa Lebih Lega & Selesa!

Minyak telon JMK sudah lama berada di pasaran dan dipercayai ramai ibu bapa. Produk ini dapat melegakan masalah kembung, gigitan nyamuk dan boleh dipakai setiap masa.

Ramuannya yang semula jadi menjadikan ia selamat untuk disapukan pada kulit bayi yang sensitif, dan bayi juga berasa selesa dengan aroma yang menenangkan!

Kandungan:

  • Minyak kelapa
  • Minyak kayu putih

Apa yang kami suka?

  • Minyak telon JMK diperbuat daripada bahan semula jadi 
  • Menyelesaikan masalah seperti kembung perut
  • Memberikan rasa hangat pada tubuh si kecil
  • Boleh dipakai setiap masa, terutama selepas mandi dan bila udara sejuk
  • Melegakan gigitan nyamuk
  • Aroma yang menenangkan

Minyak Telon JMK

product imageBeli di Shopee

Tropical Herbs Baby Oil

Terbaik dengan aroma terapuitik 

Minyak Bayi Terbaik Untuk Masalah Perut Kembung, Buat Anak Rasa Lebih Lega & Selesa!Menjadi pilihan ibu-ibu yang tidak gemar bau minyak telon yang terlalu kuat, jenama keluaran Amway ini mampu memberikan kelegaan yang menyamankan bagi masalah kembung perut bayi secara semula jadi.

Formula semula jadi Tropical Herbs Baby Oil tanpa kandungan mentol tiruan, metil salisilat dan kamfor, membantu melegakan kembung perut untuk bayi sekaligus mengurangkan kembung.

Diadun menggunakan minyak pati bergred tinggi, ia juga menyamankan kulit bayi, mengekalkan peredaran darah yang sihat dan memberikan kelegaan segera bagi kekejangan yang memulas-mulas. Gunanya setiap hari dan tiada lagi rasa tidak selesa pada perut bayi.

Kandungan :

  • Minyak pudina
  • Minyak kayu putih
  • Buah pala
  • Minyak kelapa Afrika
  • Bunga cengkih

Apa yang kami suka:

  • Baunya yang wangi. Orang dewasa pun selesa menggunakannya!
  • Tak panas untuk perut bayi, boleh disapu kerap
  • Bersifat antiseptik

Tropical Herbs Baby Oil

product imageBeli di Shopee

Tropika Baby Herbal Cream

Terbaik jenis krim

Minyak Bayi Terbaik Untuk Masalah Perut Kembung, Buat Anak Rasa Lebih Lega & Selesa!

Berbeza dengan yang minyak telon yang lain, Tropika Baby Herbal Cream diformulasi dalam bentuk krim yang dikemas dalam tiub bagi mengelakkan tidak mudah tumpah dan praktis dibawa ke mana-mana.

Tropika Baby Herbal Cream ini mengandungi kandungan semulajadi yang penting untuk membantu mengeluarkan gas yang terperangkap dalam badan agar si bayi dapat tidur lena.

Sebahagian bahan yang terkandung dalam krim ini ialah minyak kelapa dara, minyak kayu putih, halia serta herba-herba tropika. Ianya berkesan dalam membantu mengurangkan masalah yang berkaitan dengan pernafasan dan juga mengurangkan dengkur.

Kandungan :

  • Minyak kelapa dara
  • Ekstrak halia
  • Minyak kayu putih

Apa yang kami suka :

  • Boleh membantu menghilangkan batuk berkahak dan selesema 
  • Membantu bayi sendawa selepas menyusu
  • Tidak melekit, cepat menyerap dan tidak panas

Tropika Baby Herbal Cream

product imageBeli di Shopee

Perbandingan Harga Minyak Bayi Terbaik

Jenama Harga Berat
Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil RM32.90 55 ml
Minyak Telon Zwitsal Natural RM15 100 ml
Minyak Telon Cap Lang RM15 100 ml
Minyak Bebe Anugerah RM12.30 50 ml
Stommy Oil Tasneem Natural RM19 15 ml
Minyak Telon JMK RM24.50 100 ml
Tropical Herbs Baby Oil RM23.30 60 ml
Tropika Baby Herbal Cream RM37 50 g

Cuba perhatikan senarai semak ini, ada tak minyak bayi ini dalam senarai ibu ayah? Semoga artikel ini bermanfaat dan dapat membantu ibu ayah membuat pilihan yang terbaik untuk si manjaa ya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Si Manja Kerap Menangis Tanda Bayi Kembung Perut, Ibu Ini Cara Untuk Mengatasinya!

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Nursyamimi

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Fasa Separation Anxiety, Masalah Bayi Sukar Berenggang & Hanya Ingin Mengempeng

    Fasa Separation Anxiety, Masalah Bayi Sukar Berenggang & Hanya Ingin Mengempeng

  • 7 Manfaat Bawa Anak Mandi Pantai, Bantu Si Manja Mudah Tidur & Kurang Meragam

    7 Manfaat Bawa Anak Mandi Pantai, Bantu Si Manja Mudah Tidur & Kurang Meragam

  • Boleh Ke Pakai Kasut Tumit Tinggi Masa Hamil? - Ini Panduan 'Dress Code' Untuk Bakal Ibu

    Boleh Ke Pakai Kasut Tumit Tinggi Masa Hamil? - Ini Panduan 'Dress Code' Untuk Bakal Ibu

  • Fasa Separation Anxiety, Masalah Bayi Sukar Berenggang & Hanya Ingin Mengempeng

    Fasa Separation Anxiety, Masalah Bayi Sukar Berenggang & Hanya Ingin Mengempeng

  • 7 Manfaat Bawa Anak Mandi Pantai, Bantu Si Manja Mudah Tidur & Kurang Meragam

    7 Manfaat Bawa Anak Mandi Pantai, Bantu Si Manja Mudah Tidur & Kurang Meragam

  • Boleh Ke Pakai Kasut Tumit Tinggi Masa Hamil? - Ini Panduan 'Dress Code' Untuk Bakal Ibu

    Boleh Ke Pakai Kasut Tumit Tinggi Masa Hamil? - Ini Panduan 'Dress Code' Untuk Bakal Ibu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.