Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Mengandung, Benarkah Ia Memudahkan Proses Bersalin?

Minyak kelapa dara untuk ibu mengandung dipercayai memiliki kebaikan untuk memudahkan proses bersalin. Namun adakah ia benar-benar berkesan?

Sesetengah wanita percaya pengambilan minyak kelapa dara untuk ibu mengandung boleh membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Namun sejauh manakah keberkesanan kepercayaan ini, atau ia sekadar mitos?

Ada banyak jenama minyak kelapa dara untuk ibu hamil yang dijual di pasaran. Sebelum anda beli, pastikan baca terlebih dahulu kandungan dan bahan yang digunakan.

Dan jangan lupa baca review daripada ibu-ibu lain yang pernah menggunakannya sebelum membuat keputusan mencuba sesuatu jenama minyak kelapa dara untuk ibu hamil.

Minyak kelapa dara untuk ibu mengandung

Menurut doktor pakar obstetrik dan ginekologi, Budi Iman Santoso mengatakan, sehingga harini ini belum ada kajian yang dapat membuktikan bahawa minyak kelapa dara untuk ibu hamil dapat memudahkan proses bersalin.

Ini kerana proses bersalin adalah melalui vagina, padahal minyak kelapa dara melalui saluran pencernaan.

“Jalan keluar kelahiran tidak berkait dengan usus sama sekali” ujarnya.

Beliau juga menjelaskan, lancar atau tidak proses bersalin itu sebenarnya bergantung kepada kekuatan ibu hamil, saiz pinggul dan saiz bayi.

Contohnya, jika saiz bayi agak besar dan pinggul ibu kecil akan menyebabkan proses bersalin menjadi lebih sukar dan ini sama sekali tidak dipengaruhi oleh minyak kelapa dara untuk ibu hamil.

minyak kelapa dara untuk ibu hamil, khasiat minyak kelapa, urutan perineum, cara buat minyak kelapa dara, produk mudahkan bersalin, bersalin tanpa jahitan, minyak kelapa dara terbaik, minyak kelapa dara untuk bersalin, kesan sampingan minyak kelapa dara, virgin coconut oil, minum minyak kelapa dara semasa mengandung, tips mudah bersalin, tips bersalin tanpa koyakan

Bukan hanya kebaikan minyak kelapa dara, malah minum air akar fatimah juga sebenarnya tidak boleh memudahkan bersalin.

Dalam buku yang berjudul Mitos atau Fakta Air dan Hidrasi, Ada menjelaskan yang akar fatimah memang mengandungi bahan yang dapat meningkatkan kontraksi rahim sehingga terjadinya proses bersalin.

Namun realitinya boleh menyebabkan kontraksi berlebihan yang akan membahayakan kesihatan ibu dan bayi.

Selain menggunakan bahan-bahan ini, Budi mencadangkan agar para ibu menjaga berat badan ideal sepanjang kehamilan. Salah satunya dengan mengenalpasti indeks massa tubuh (IMT) sebelum hamil.

Ibu hamil yang memiliki IMT normal dan gizi yang baik umumnya akan mengalami penambahan berat badan sebanyak 12-14 kg hingga bayi dilahirkan.

Apabila ibu hamil memiliki berat badan berlebihan, Budi menyarankan untuk tidak menambah berat badan lebih dari 9 kg, namun bagi ibu hamil yang kurus pula sebaiknya menambah berat badan hingga 20 kg. 

Khasiat minyak kelapa dara

Walaupun pengambilan minyak kelapa dara tidak memudahkan proses bersalin, namun tidak dinafikan bahawa ada banyak khasiat minyak kelapa dara untuk kesihatan diri. Antaranya adalah:

#1 Mencegah jangkitan bakteria

minyak kelapa dara untuk ibu hamil, khasiat minyak kelapa, urutan perineum, cara buat minyak kelapa dara, produk mudahkan bersalin, bersalin tanpa jahitan, minyak kelapa dara terbaik, minyak kelapa dara untuk bersalin, kesan sampingan minyak kelapa dara, virgin coconut oil, minum minyak kelapa dara semasa mengandung, tips mudah bersalin, tips bersalin tanpa koyakan

Khasiat minyak kelapa dara dikenali memiliki sifat anti-bakteria yang boleh mencegah sebahagian besar jangkitan bakteria.

Pengambilan 2 sudu sehari minyak kelapa dara untuk ibu mengandung dipercayai dapat memberikan kekebalan tubuh sepanjang kehamilan, dan melindungi dari selsema, flu dan penyakit kebiasaan yang lainnya.

#2 Sumber Asid Laurat

Susu ibu merupakan sumber laurat terbaik, namun kebaikan minyak kelapa dara juga merupakan salah satu sumber asid laurat yang berkualiti.

Asid laurat membantu penghasilan susu ibu sepanjang kehamilan dan selepas melahirkan, agar bayi mendapat susu ibu yang berkualiti tinggi dan baik untuk antibodi si manja anda.

#3 Pengganti Susu

Susu mempunyai banyak khasiat, sama ada dalam bentuk cecair atau produk susu yang lainnya. Namun tidak semua wanita dapat mengamalkan pengambilan produk susu sepanjang kehamilan, dan kebiasaannya akan menjadi mual atau muntah selepas minum susu!

Jadi khasiat minyak kelapa dara boleh menjadi alternatif yang bagus untuk memberikan khasiat susu kepada ibu hamil dan kandungan.

#4 Mengatasi Alahan Semasa Kehamilan

Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Mengandung, Benarkah Ia Memudahkan Proses Bersalin?

Semasa hamil, kebanyakkan wanita akan mengalami beberapa masalah kesihatan dan alahan seperto loya pada waktu pagi, sembelit dan perut memulas.

Kebaikan minyak kelapa dara merupakan salah satu penyelesaian terbaik bagi mengatasi semua kesan sampingan kehamilan tersebut.

Ini kerana sifat minyak kelapa yang dapat melegakan perit dan mengurangi masalah asid refluks.

Selain itu, kehamilan membuatkan sesetengah ibu hamil tidak boleh tidur dan sentiasa merasa letih. Pengambilan minyak kelapa secara berterusan bermanfaat sebagai krim bagi mengurangkan lingkaran hitam yang tidak sedap dipandang itu!

#5 Melembabkan Kulit Kepala Kering

Salah satu masalah umum akibat hormon semasa kehamilan adalah kulit kepala kering. Jangan risau ya ibu, khasiat minyak kelapa dara boleh membantu anda mengatasi masalah ini.

Caranya adalah dengan menyapukan sedikit minyak kelapa dara pada kulit kepala anda dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya, bilas dengan air suam. 

Ini juga dapat menyihatkan kulit kepala dan membuatkan ia sentiasa lembab.

Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Mengandung, Benarkah Ia Memudahkan Proses Bersalin?

#6  Merawat Kesan Regangan

Kehamilan dapat meninggalkan tanda dengan kehadiran stretch mark di beberapa bahagian tubuh seperti di perut, payudara, paha dan pinggul. 

Stretch mark terjadi akibat peregangan kulit dan otot-otot do sekitarnya untuk menampung bayi di dalam kandungan.

Justeru kebaikan minyak kelapa dara boleh mengatasi masalah ini. Ibu hanya perlu sapukannya setiap hari sepanjang kehamilan dapat mencegah stretch mark kerana minyak melembabkan kulit dan meningkatkan kadar elastik kulit.

Para ibu harus ingat ya, setiap keadaan tubuh wanita semasa hamil adalah berbeza. Oleh itu, rujuk doktor mengenai penggunaan minyak kelapa dara semasa hamil. 

Cara pengambilan minyak kelapa dara untuk ibu mengandung

Untuk anda yang baru pertama kali ingin mencuba minyak kelapa ini, pastinya tidak tahu bila boleh start makan minyak kelapa dara dan juga waktu sesuai minum minyak kelapa dara ini kan?

Secara amnya, waktu sesuai minum minyak kelapa dara adalah pada bila-bila masa sepanjang hari.

Namun jika anda mengalami kebimbangan khusus adalah penurunan berat badan, ambil sebelum makan.

Jika masalah sembelit, ambil selepas makan malam. Bagi sesetengah orang yang mengambil minyak kelapa pada lewat malam mungkin menghalang tidur lena akibat peningkatan metabolisme.

Manakala cara pengambilan minyak kelapa dara untuk ibu mengandung dan waktu sesuai minum minyak kelapa dara yang disarankan adalah:

  • Amalkan 2 kali sehari selepas makan
  • 1 sudu lepas sarapan pagi & 1 sudu lepas makan tengah ahri. Ibu boleh caca Bismillah, Selawat & niat dalam hati supaya Allah beri kesembuhan & dipermudahkan urusan (bersalin).

Bila boleh start makan minyak kelapa dara

Bila boleh start makan minyak kelapa dara? Ia sebenarnya boleh diambil pada bila-bila masa. Jika anda tiada sebarang masalah kesihatan atau alahan, boleh amalkan minyak kelapa ini pada awal kehamilan lagi.

Namun jadikan ia sebagai rutin sebaik sahaja memasuki trimester ketiga kehamilan. Hal ini sebagai ikhtiar untuk memudahkan proses kelahiran serta mencegah bayi dari masalah ekzema.

Keburukan minyak kelapa dara untuk ibu mengandung

Menurut laporan dari Persatuan Jantung Amerika, menjelaskan keburukan minyak kelapa dara untuk ibu mengandung berbanding dengan lemak haiwan atau mentega.

Lemak daging lembu terdiri daripada 50% lemak tepu berbanding mentega pada 63% lemak. Sementara itu, minyak kelapa datang dengan kandungan lemak tepu sebanyak 82%.

Laporan Persatuan Jantung Amerika juga termasuk kajian semula tujuh ujian klinikal yang mengkaji hubungan antara minyak kelapa dan penyakit jantung. Penemuan daripada kesemua tujuh kajian adalah sama: Minyak kelapa meningkatkan tahap kolesterol LDL atau “buruk” dalam darah.

Menurut pakar kardiovaskular di Henry Ford Health, Cori Russel lemak tepu sering ditemui dalam daging dan produk tenusu serta minyak kelapa.

Jika diambil secara berlebihan, ia boleh meningkatkan tahap LDL dalam darah anda. Ini seterusnya meningkatkan risiko penyakit jantung, penyakit arteri periferal dan strok.

Makan makanan yang mengandungi minyak kelapa boleh meningkatkan risiko anda untuk masalah jantung. Pembentukan plak berlemak menyebabkan dinding arteri mengeras dan menyempit, menyukarkan darah untuk menghantar oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh organ anda.

Lama kelamaan, arteri di kepala, leher atau jantung anda mungkin tersumbat atau pecah (pecah), menyebabkan serangan jantung atau strok.

“Ramai pesakit telah bertukar daripada minyak zaitun kepada minyak kelapa berdasarkan kepercayaan palsu bahawa ia lebih sihat,” kata Dr Russell. “Sebaliknya, saya akan mengesyorkan agar minyak kelapa digunakan secara tidak berlebihan.”

Jika anda mempunyai hidangan kegemaran yang memerlukan minyak kelapa, hadkan saiz bahagian  lemak tepu yang disyorkan.

Anda juga boleh memberi tumpuan kepada makan makanan dengan lemak yang menyihatkan jantung seperti minyak zaitun, avokado dan kacang.

Semoga informasi ini bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Buat Air Selusuh Untuk Mudah Bersalin, Ibu Boleh Minum Ketika Mula Rasa Kontraksi

Baca juga: Zikir Ibu Mengandung, Perlu Amalkan Supaya Dipermudahkan Sepanjang Kandungan & Kelahiran

Baca juga: Nak Mudah Bersalin, Isteri Kena Hormat & Taat Pada Suami? Wanita Ini Kongsi Kisah Sebenar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!