Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Mencari minyak rambut yang selamat dan semulajadi untuk si manja? Semak artikel untuk ketahui beberapa produk yang mudah didpati di Malaysia.

Sebagai ibu bapa, kita pasti mahukan yang terbaik untuk si manja dalam segala segi. Dalam penjagaan rambut pula, penggunaan minyak rambut baby juga penting khususnya bagi bayi yang kebiasaannya memerlukan penjagaan ekstra misalnya mengalami rambut yang jenis kerinting atau lambat tumbuh.

Manfaat Urutan Kepala Bayi Dengan Minyak Rambut

minyak rambut baby banyak membantu mempercepatkan proses rambut tumbuh

Walau bagaimanapun, bayi mempunyai kulit kepala yang sensitif dan sebilangannya dilahirkan botak, sementara ada yang kepala penuh dengan rambut.

Selain penggunaan syampu rambut bayi, mengaplikasikan mintak rambut bayi setiap kali selepas mandi juga membantu dalam penjagaan rambut si manja.

Berikut merupakan beberapa manfaat mengurut kepala dengan minyak rambut:

  • Urutan minyak kulit kepala baik untuk kesihatan kulit kepala, kerana mengurut meningkatkan peredaran darah ke pori-pori rambut.
  • Membantu bayi tidur.
  • Melembapkan kulit kepala dan mencegah pembentukan kelemumur.

Buat bayi, disarankan untuk memilih minyak yang baik dan diperbuat daripada bahan semula jadi yang ternyata lebih selamat, untuk pertumbuhan rambut pada bayi dan faedah lain yang diinginkan.

Memilih Minyak Rambut Baby Terbaik

Sebelum membeli minyak rambut baby, pastikan anda membaca kandungannya terlebih dahulu

1. Semak kandungan

Baca senarai ramuan dengan berhati-hati dan elakkan membeli produk yang mengandungi warna dan bahan sintetik kerana boleh menyebabkan kerengsaan dan kerosakan kulit anak.

Elakkan bahan seperti paraben, sulfat, minyak mineral, phthalates, bahan tambahan, pengawet tiruan, silikon, dan lain-lain, kerana ini akan membahayakan dan mengeringkan kulit bayi.

2. Periksa alergi

Semak hipersensitiviti pada anak sebelum mencuba produk tersebut. Untuk memastikan tidak ada bahaya yang timbul dari anak anda, periksa sama ada produk tersebut diuji dengan selamat untuk kulit bayi atau tidak. 

3. Pilih bahan semulajadi

Pilihan paling selamat adalah mendapatkan produk dengan bahan semula jadi dan organik yang bebas daripada sebatian sintetik yang tidak selamat.

Cari minyak yang merangkumi minyak zaitun, minyak badam manis, minyak kelapa, dan minyak semacam itu dengan 100% bahan semula jadi.

4. Diperakui pakar

Pilih produk yang diuji secara dermatologi dan disahkan oleh pakar pediatrik serta ibu-ibu lain. Sekiranya anda masih tidak yakin dengan apa yang dituntut oleh jenama tersebut, rujuk doktor.

5. Elakkan wangian buatan

Wangian buatan boleh mengganggu kulit si manja dan menyebabkan masalah pernafasan. Untuk memastikan keselamatan, cari barang yang mempunyai wangian lembut hingga neutral.

12 Minyak Rambut Bayi Yang Terbaik di Pasaran

Ibu ayah jangan risau, kami akan bantu dengan menyenaraikan antara minyak rambut yang terbaik untuk si manja. Jika ibu ayah berminat, klik saja untuk pembelian cepat!

Minyak Rambut Bayi
Mama’s Choice Baby Hair Vitamin Lotion
Minyak Rambut Bayi Terbaik Untuk Melebatkan Rambut
more info icon Beli di Shopee
Ardora Natural Hair Oil 
Minyak Rambut Bayi Untuk Kulit Sensitif Terbaik 
more info icon Beli di Shopee
Aeva Baby Hair Booster Oil
Minyak Rambut Bayi Terbaik Khusus Untuk Bayi Dengan Rambut Lambat Tumbuh
more info icon Beli di Shopee
Mamaearth Nourishing Hair Oil For Babies
Minyak Rambut Bayi Terbaik Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur
more info icon Beli di Shopee
SUMANGGI- Natural Baby Hair Oil 
Minyak Rambut Bayi Terbaik Dari Bahan Semulajadi
more info icon Beli di Shopee
BUDS Flaky Scalp Oil 
Minyak Rambut Bayi Terbaik Mencegah Kerak Kepala
more info icon Beli di Shopee
Joielle Baby Oil
Minyak Rambut Bayi Terbaik Melegakan Kerengsaan
more info icon Beli di Shopee
HIMALAYA Baby Hair Oil 
Minyak Rambut Bayi Terbaik Menyubur Kulit Kepala Dan Rambut
more info icon Beli di Shopee
Tropika Baby Hair & Body Oil
Minyak Rambut Bayi Terbaik Mengurangkan Masalah Kulit Kepala
more info icon Beli di Shopee
Mommy Modern Hair Oil Baby
Minyak Rambut Bayi Terbaik Melembutkan Rambut
more info icon Beli di Shopee
Baby Hair Oil Minyak Kemiri 
Minyak Rambut Bayi Terbaik Dengan Khasiat Buah Keras
more info icon Beli di Shopee
Zam Zam Hair Oil
Minyak Rambut Bayi Terbaik Jenama Lagenda
more info icon Beli di Shopee

Mama’s Choice Baby Hair Vitamin Lotion

Minyak Rambut Bayi Terbaik Untuk Melebatkan Rambut

minyak rambut bayi

Adakah anda mencari minyak rambut bayi yang bukan sahaja membantu melembutkan rambut bahkan dapat memberi perlindungan kepada kulit kepala?

Mama’s Choice Baby Hair Vitamin Lotion adalah pilihan terbaik yang dapat memenuhi keperluan anda dan ianya dapat membantu menguatkan akar rambut secara efektif dan membantu pertumbuhan rambut.

Formulasi yang mesra bayi ini mengandungi aloe vera organik yang dapat memberi keselesaan kepada kulit kepala, ekstrak chamomile yang dapat melindungi kulit kepala daripada iritasi, candlenut bagi menguatkan rambut dari akar dan sweet almond yang bagus untuk pertumbuhan rambut.

Tetapi sebagai ibu pastinya akan lebih teruja dengan losyen rambut ini kerana ianya boleh menjadikan rambut si manja anda lebih sihat dan tebal tanpa sebarang penggunaan bahan yang berbahaya seperti alkohol, paraben dan bahan toksin yang lain. Untuk info tambahan, produk ini juga telah diuji dermatologi, mendapat pengiktirafan halal dan hypoallergenic.

Apa yang kami suka?

  • Mengandungi aloe vera yang menenangkan ini telah mendapat pengiktirafan Ecocert Organic Certified
  • Bebas paraben, alkohol dan toksin berbahaya
  • 100% selamat untuk kulit sensitif dan diuji secara dermatologi
  • Kaya dengan bahan-bahan aktif semulajadi
  • Mampu melebatkan rambut bayi
  • Diyakini Halal

Ardora Natural Hair Oil

Minyak Rambut Bayi Untuk Kulit Sensitif Terbaik 

minyak rambut bayi

Minyak rambut Ardora Natural berfungsi merawat rambut si manja agar sentiasa lembut dan boleh menggalakkan pertumbuhan rambut. Pada masa yang sama, produk ini sesuai digunakan untuk yang mengalami kulit sensitif di samping mengatasi masalah kulit kepala berkerak.

Rambut si manja pun akan tampak sihat dan bersinar sepanjang penggunaan Ardora Hair Oil!

Apa yang kami suka?

  • Telah diuji di makmal
  • Lulus KKM
  • Tanpa alkohol, pewangi dan minyak mineral
  • Jimat penggunaan sehingga 74 pam
  • Melebatkan rambut bayi
  • Menghalang pori-pori rambut tersumbat
  • Mengatasi masalah kulit kepala berkerak
  • Mengelakkan masalah cukur bantal
  • Memberi protein kepada rambut
  • Menghasilkan rambut sihat dan kuat
  • Sesuai digunakan untuk seisi keluarga yang mempunyai masalah rambut gugur

Aeva Baby Hair Booster Oil

Minyak Rambut Bayi Terbaik Khusus Untuk Bayi Dengan Rambut Lambat Tumbuh

penjagaan rambut bayi

Aeva Baby Hair Booster Oil dikhususkan untuk si manja yang mengalami rambut lambat tumbuh, disamping merawat masalah kulit kepala berkerak.

Penggunaan minyak rambut Aeva secara konsisten akan menggalakkan pertumbuhan protein yang bagus untuk rambut, menghasilkan rambut yang kuat dan sihat.

Apa yang kami suka?

  • 100% berasaskan organik mentah
  • Lulus KKM
    Tanpa alkohol, pewangi dan minyak mineral
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut bayi
  • Mencegah liang kulit kepala tersumbat
  • Merawat masalah kulit kepala berkerak
  • Perlindungan untuk rambut
  • Menggalakkan protein rambut
  • Rambut yang kuat dan sihat
  • Sesuai untuk kulit sensitif

Mamaearth Nourishing Hair Oil For Babies

Minyak Rambut Bayi Terbaik Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur

kepala bayi berkerak

Minyak rambut bayi dari Mamaearth bertindak menyuburkan kulit kepala dan membantu dalam peredaran darah yang lebih baik. Kandungan minyak Vitamin E dan Avocado melembapkan rambut dari dalam sambil memperbaiki tekstur.

Minyak kelapa bukan hanya menjadikan rambut lembut tetapi juga menenangkan kulit kepala dan membantu menghilangkan kelemumur serta kerak pada kepala bayi.

Menariknya, ia sesuai untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur dan semua jenis rambut!

Apa yang kami suka?

  • 100% semula jadi
  • Diuji secara dermatologi
  • Dijamin selamat
  • Tekstur ringan dan tidak melekit
  • Dimuat dengan kebaikan semula jadi almond, jojoba, dan sesame Oil
  • Bebas silikon, parabens, phthalates, minyak mineral, minyak tengik, dll

SUMANGGI- Natural Baby Hair Oil

Minyak Rambut Bayi Terbaik Dari Bahan Semulajadi

minyak untuk bayi

Bahan utama Minyak Rambut Bayi Asli SUMANGGI adalah minyak kelapa yang kaya dengan vitamin dan asid lemak penting. Minyak kelapa menembusi kutikula rambut dan memberikan kelembapan sambil terus terkunci sepanjang hari. 

Kandungan ekstrak pudina dalam minyak rambut pula memberi rasa menyegarkan pada kulit kepala si manja.

Apa yang kami suka?

  • Diperbuat daripada bahan semulajadi
  • Diperkaya dengan minyak kelapa dan vitamin penting
  • Memberi kesegaran pada kulit kepala
  • Memberi kelembapan pada kulit kepala
  • Selamat jika tertelan

BUDS Flaky Scalp Oil

Minyak Rambut Bayi Terbaik Mencegah Kerak Kepala

Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Minyak perawatan khas keluaran Buds yang yang mudah diserap dan melembapkan ini akan membantu mencegah kerak di kepala dan melegakan ketidakselesaan yang ada, yang disebabkan oleh kekeringan dan pertumbuhan bayi yang cepat dilalui dalam beberapa bulan pertama kehidupan.

Selain itu, ia mengandungi minyak zaitun, minyak bunga matahari, dan minyak inca inchi yang secara semula jadi hebat untuk menyuburkan rambut dan kulit kepala.

Apa yang kami suka?

  • Produk organik yang diperakui oleh Ecocert
  • Semula jadi, selamat & berkesan
  • Memberikan kelembapan pada kulit kepala
  • Tenpa steroid
  • Tiada pengawet tambahan

Joielle Baby Oil

Minyak Rambut Bayi Terbaik Melegakan Kerengsaan

minyak bayi

Joielle Baby Oil berfungsi dengan pantas untuk mengembalikan dan mengunci kelembapan dengan kandungan minyak botani dan herba semula jadi.

Minyak kelapa dan vitamin E dalam produk ini memberikan khasiat pada kulit si manja, sementara ekstrak lidah buaya menenangkan kulit kepala dari kerengsaan dan kekeringan.

Apa yang kami suka?

  • Bahan semulajadi
  • Membantu menghindarkan dan membersihkan kupin kepala bayi anda
  • Mudah diserap oleh kulit
  • Membantu mengembalikan kelembapan kulit bayi
  • Diperkaya dengan khasiat Alor Vera dan Vitamin E
  • Sesuai digunakan sebagai minyak untuk mengurut bayi

HIMALAYA Baby Hair Oil

Minyak Rambut Bayi Terbaik Menyubur Kulit Kepala Dan Rambut

produk bayi

Minyak rambut Bbyi Himalaya diformulasikan khas untuk bayi dan direka untuk menyuburkan kulit kepala dan rambut.

Dengan minyak dan ramuan campuran, Minyak Rambut Bayi Himalaya mendorong pertumbuhan rambut, membantu menyuburkan rambut, mencegah kekeringan dan menjaga kelembapan kulit kepala yang lembut.

Apa yang kami suka?

  • Dibuat daripada bahan semulajadi
  • Diuji secara klinikal.
  • Tidak melekit dan tidak bernoda.
  • Bebas dari warna sintetik, minyak mineral, phthalates, parabens, alkohol
  • Membantu pertumbuhan rambut yang sihat dan pertumbuhan semula rambut yang rosak
  • Mencegah kehilangan kelembapan dari rambut dan dengan itu memberikan pelembapan
  • Membantu meningkatkan kepadatan rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut

Tropika Baby Hair & Body Oil

Minyak Rambut Bayi Terbaik Mengurangkan Masalah Kulit Kepala

Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Tropika Baby Hair & Body Oil dengan pati lavender dirumus khas untuk bayi dan kanak-kanak untuk melindungi kulit daripada jangkitan, kerengsaan dan ruam lampin.

Ia diperbuat daripada minyak kelapa dara berkualiti tinggi dan bahan semula jadi yang lain, malah turut berfungsi sebagai minyak urut untuk memperbaiki keadaan kulit dengan sifat pelembabnya, untuk melindungi dan menghidratkan kulit.

Bukan sahaja memberi manfaat kepada kulit, ia juga menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan mengurangkan masalah kulit kepala rambut.

Apa yang kami suka?

  • Sebagai antiseptik
  • Merawat kulit kepala berkuping atau cradle crap
  • Melembapkan kulit kepala
  • Melebatkan Rambut
  • Membantu melegakan kulit dari ruam panas, susu, dan lampin
  • Membantu merawat ekzema dan kulit sensitif

Mommy Modern Hair Oil Baby

Minyak Rambut Bayi Terbaik Melembutkan Rambut

Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Mommy Modern Hair Booster merupakan produk untuk melebatkan rambut dengan merangsang pertumbuhan rambut agar tumbuh dengan lebat dan sihat. Ia juga menyihatkan kulit kepala, bebas kerak dan kelemumur.

Ia berasaskan berasaskan tiga bahan semula jadi iaitu lavender, minyak zaitun, dan lemon/citrus yang terkenal akan khasiatnya dalam menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan.

Jadi ia selamat untuk digunakan pada bayi baru lahir, malah golongan dewasa juga boleh menggunakan produk hebat ini.

Apa yang kami suka?

  • Melebatkan rambut bayi
  • Mencegah kutu
  • Mengharumkan rambut
  • Menyihatkan rambut
  • Rambut semakin bersinar
  • Mempercepatkan pertumbuhan rambut bayi
  • Boleh digunakan untuk semua peringkat umur, ibu juga boleh menggunakannya!
  • Mudah meresap

Baby Hair Oil Minyak Kemiri

Minyak Rambut Bayi Terbaik Dengan Khasiat Buah Keras

Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Minyak Kemiri adalah minyak yang diperbuat daripada buah keras bermutu tinggi yang dirumuskan khas untuk melebatkan rambut bayi mahupun orang dewasa.

Rambut bayi lebih lebat,lebih hitam dan berkilat walaupun masih kecil. Ramuan yang digunakan adalah 100 peratus minyak buah keras asli, tiada campuran lain. Minyak diperah terus daripada buah keras secara cold press bagi mengekalkan nutrien untuk pertumbuhan rambut yang maksimum.

Apa yang kami suka?

  • Boleh digunakan seisi keluarga. 
  • Melebatkan, melembutkan dan menguatkan rambut bayi.
  • Boleh juga digunakan untuk melebatkan kening bayi.
  • Merangsang akar rambut untuk tumbuh rambut baru.
  • Merawat masalah kulit kering kepala bayi secara semulajadi
  • 100% organik dan diperbuat daripada buah keras asli. Ramuan tradisional turun temurun.
  • Tidak mengandungi bahan kimia. Tanpa pengawet, pewarna dan pewangi.
  • Halal dan selamat

Zam Zam Hair Oil

Minyak Rambut Bayi Terbaik Jenama Lagenda

Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Merupakan minyak rambut yang dihasilkan dari herba dan tumbuhan semula jadi untuk kecantikan dan kesihatan rambut, Minyak Rambut Zam Zam telah digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk melebatkan rambut.

Ibu-ibu zaman dahulu menggunakan minyak rambut ini untuk bayi mereka dan kini jenama ini kembali popular setelah tular di media sosial tentang keberkesanannya dalam menyelesaikan pelbagai masalah rambut.

Apa yang kami suka? 

  • Membantu pertumbuhan rambut yang sihat dan bersinar
  • Menebalkan akar-akar rambut
  • Menyelesaikan masalah gatal kepala
  • Menyelesaikan masalah kudis di kulit kepala
  • Merapikan rambut kusut
  • Struktur rambut menjadi lembut, sihat dan tidak bercabang
  • Kulit kepala menjadi sihat dan bersih
  • Minyak tradisional untuk kegunaan luar

Perbandingan Harga Minyak Rambut Bayi

Jenama Isi Kandungan (ml) Harga (RM/sebotol) Harga (RM/ml)
Mama’s Choice Baby Hair Vitamin Lotion 100 RM25.90 RM0.26

Ardora Natural Hair Oil

30 RM70.00 RM2.33

Aeva Baby Hair Booster Oil

40 RM59.00 RM1.47

Mamaearth Nourishing Hair Oil For Babies

100 RM28.00 RM0.28

SUMANGGI- Natural Baby Hair Oil

50 RM28.00 RM0.56

BUDS Flaky Scalp Oil

100 RM63.70 RM0.64

Joielle Baby Oil

250 RM25.50 RM0.10

HIMALAYA Baby Hair Oil

100 RM15.00 RM0.15

Tropika Baby Hair & Body Oil

30 RM20.00 RM0.67

Mommy Modern Hair Oil Baby

30 RM35.00 RM1.17

Baby Hair Oil Minyak Kemiri Buah Keras Asli

30 RM24.00 RM0.80
Zam Zam Hair Oil 115 RM8.90 RM0.60

Cara Melebatkan Rambut Bayi

minyak rambut bayi

Kredit gambar: Today’s Parent

Terdapat beberapa cara untuk melebatkan rambut bayi anda yang sedikit, beberapa daripadanya termasuk yang berikut.

1. Vitamin E

Kajian menunjukkan yang selain daripada baik untuk kulit, Vitamin E juga membantu di dalam pertumbuhan rambut dengan baik dan digunakan di dalam banyak prodyj penjagaan rambut.

2. Gunakan tuala yang lembut

Menggosok rambut bayi yang kering dengan tuala kasar boleh merosakkan folikel rambut dan menyebabkan rambut menipis dan gugur. Sebaliknya, gunakan tuala yang lembut dan gosok dengan ringan ke atas rambut bayi yang basah, untuk mengelakkan kerosakan lain pada kulit dan rambut si comel.

3. Badam

Badam adalah sumber protein yang baik dan asid amino penting. Cuba berikan kanak-kanak kecil 2 ke 3 biji badam sehari untuk meningkatkan pertumbuhan rambut. Anda juga boleh menggunakan minyak badam untuk mengurut kepala bayi.

4. Zat besi

Besi adalah nutrien penting yang membantu memperbaiki pertumbuhan rambut, berikutan ia mencegah rambut patah, membawa kepada rambut lebih tebal dan panjang. Termasuk bahan-bahan yang kaya di dalam besi di dalam diet kanak-kanak, seperti sayuran hijau, kekacang, labu dan lebih lagi.

5. Dandanan

Hanya perlu lalukan sikat secara perlahan-lahan pada kulit kepala anak anda juga boleh merawat pertumbuhan rambut. Ia boleh memperbaiki peredaran darah pada kulit kepala. Anda juga boleh memotong rambut mereka untuk kelihatan kemas.

Walau bagaimanapun, memotong atau mencukur rambut tidak menjanjikan peningkatan pertumbuhan rambut. Memotong rambut hanya boleh membantu di dalam memastikan ia kelihatan kemas dan memberikan penampilan tebal dan lebat.

6. Cuci selalu

Adalah baiknya untuk mencuci rambut anak anda dengan shampu bayi sekali di dalam setiap dua ke tiga hari untuk mengurangkan pengumpulan debu dan memastikan kulit kepala bersih. Sentiasa gunakan air suam dan yang tidak terlalu panas, dan tidak terlalu sejuk, untuk memastikan anak anda bebas daripada rasa tidak selesa.

7. Minyak rambut

Minyak dan mengurut membantu dengan peredaran darah dan menyediakan lembapan sepatutnya untuk tumbesaran rambut sihat. Anda juga boleh menggunakan minyak organik kelapa untuk hasil yang terbaik atau mana-mana minyak lain yang anda pilih.

8. Conditioner

Anda boleh gunakan conditioner rambut, jika rambut anak anda terlalu kerinting dan lebat. Conditioner yang mesra kanak-kanak  tidak hanya boleh membantu di dalam menguruskan rambut setiap hari, tetapi jika menyediakan nutrien penting kepada kulit kepala.

Ia juga membantu di dalam membuang flakes. Ia satu idea yang bijak untuk mencuba beberapa conditioner semulajadi seperti telur, bunga raya dan yogurt. Ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia berbahaya yang boleh membahayakan bayi dan berkesan dalam melembutkan rambut.

9. Aloe Vera

Semua orang tahu yang aloe vera berfungsi seakan magis di atas kulit, tetapi ia juga boleh membantu di dalam pertumbuhan rambut. Anda boleh sama ada menggunakan jus Aloe Vera terus ke atas kulit kepala bayi atau mencampurkannya dengan shampu atau conditioner untuk hasil yang terbaik.

10. Cuba produk yang berbeza

Rambut hadir dalam pelbagai jenis dan tekstur berbeza. Sementara satu shampu dan condituiber adalah sesuai untuk berambut kerinting, ia juga mungkin tidak sesuai untuk rambut lurus.

Walaubagaimanapun, produk sepenuhnya terhadap bayi adalah bebas dari bahan kimia dan selamat digunakan.

Cuba produk yang berbeza, sehingga anda menemui satu yang sangat sesuai dengan rambut anak anda, bukannya dengan kekal dengan satu produk. Cuba dapatkan sachet yang berbeza shampu dan conditioner dan cuba gunakan satu yang lain setiap minggu. Anda juga akan pada akhirnya tahu yang mana sesuai dengan anak anda.

Semoga bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Rambut Bayi Lambat Tumbuh, Siap Ada Kesan Botak Di Tengah Kepala, Ini Tips Untuk Ibu Ayah

Baca juga: Amalkan Makanan Ini Ketika Hamil Jika Ibu Ingin Bayi Lahir Dengan Rambut Lebat & Sihat

Baca juga: Cara Cukur Rambut Bayi Baru Lahir Yang Betul Agar Tidak Terluka & Benar-Benar Bersih