Risau Miss V Terkoyak Teruk Ketika Bersalin? Ada 6 Cara Untuk Atasinya!

Miss V terkoyak ketika bersalin? Satu mimpi ngeri yang menakutkan! Atasi masalah ini dengan 6 cara berikut.

Miss V Terkoyak Ketika Bersalin

Satu mimpi ngeri yang takkan anda lupakan, percayalah! Tapi, hampir 90% wanita yang bersalin secara normal akan melalui pengalaman ini. Walaubagaimanapun, 99% daripada kesan koyakan tersebut bersifat kecil dan boleh sembuh dengan cepat.

Risau Miss V Terkoyak Teruk Ketika Bersalin? Ada 6 Cara Untuk Atasinya!

Sebab itu insiden miss V terkoyak ketika bersalin dianggap satu perkara normal. Tapi… semua wanita pasti takut farajnya akan terkoyak ketika bersalin! Kalau boleh, nak elak terus insiden terkoyak ni. Sakit tahu!

Mengapa Miss V Terkoyak?

Ketika peringkat kedua proses bersalin, kepala bayi akan mula turun dari rahim ke faraj dan melalui bahagian perineum. Kulit perineal (yang berada di kawasan antara faraj dan dubur) akan menipis dan merenggang kerana kepala bayi.

Apabila kepala semakin menurun, labia dan faraj akan semakin terbuka dan membonjol. Jika kulit perineal dan perineum tidak mengembang dengan secukupnya, miss V akan terkoyak!

Risau Miss V Terkoyak Teruk Ketika Bersalin? Ada 6 Cara Untuk Atasinya!

Antara faktor-faktor lain yang menyebabkan kesan koyakan di faraj, adalah:

  • Saiz bayi terlalu besar
  • Posisi kedudukan bayi
  • Proses kelahiran terlalu lama
  • Kedudukan dubur hampir dengan faraj
  • Kelahiran normal yang pertama
  • Mengalami koyakan tahap ketiga dan keempat sebelum ini
  • Guna alat bantuan kelahiran seperti forsep

Terdapat 4 jenis peringkat tahap koyakan miss V. Tahan pertama dan kedua kerap kali berlaku. Koyakan tahap pertama tak memerlukan jahitan. Akan tetapi, koyakan tahap kedua perlu dijahit lapisan demi lapisan. Koyakan tahap ketiga dan keempat adalah yang paling ditakuti!

Jika anda terkena koyakan tahap ketiga atau keempat, anda akan sukar untuk menahan najis. Cuba lihat rajah di bawah untuk keterangan lanjut tentang 4 peringkat tahap koyakan miss V ketika bersalin:

Risau Miss V Terkoyak Teruk Ketika Bersalin? Ada 6 Cara Untuk Atasinya!

Bagaimana Ingin Mengatasi Mimpi Ngeri Miss V Terkoyak Ketika Bersalin?

Berikut antara 6 cara yang dipercayai mampu mengatasi mimpi ngeri yang tak digemari semua ibu bersalin ini, iaitu:

1. Badan anda harus bersedia

Cakap macam senang, kan? Tapi bagaimana nak bersediakan tubuh badan anda? Proses bersalin adalah proses yang memerlukan tenaga. Jangan biasakan diri anda untuk hanya duduk dan tak berjalan.

Berjalan atau bergerak akan meningkatkan elastik kulit dan pengaliran darah ke perineum dan faraj. Makan omega 3 (daripada ikan, benih chia, walnut dan biji labu untuk meningkatkan protein dan nutrisi dalam badan. 

 

2. Senaman kegel & senaman otot pelvik

Senaman kegel bertujuan untuk menguatkan otot pelvik. Otot pelvik yang kuat tak akan mudah terkoyak. Senaman ini juga bagus untuk membantu proses meneran. Cuba lakukan senaman seawal kehamilan. 

Cara melakukan senaman: Cuba kemut di bahagian otot pelvik (seperti menahan kencing). Kemut atau tahan otot dalam kiraan 10 – 20 kali dan rehat. Ulang sekali lagi.

Risau Miss V Terkoyak Teruk Ketika Bersalin? Ada 6 Cara Untuk Atasinya!

Kredit gambar: 34 Menopause Symptoms

3. Posisi ketika bersalin

Jangan angkat punggung dan pegang pergelangan kaki! Ini amaran yang sering kita dengar. Tapi memang pun! Posisi berbaring, posisi lithotomy (berbaring dengan kaki ke atas) dan posisi separuh berbaring akan meningkatkan risiko miss V terkoyak!

Jika anda mengangkat punggung, otot perineum akan mengeras dan terkoyak. Cuba antara posisi-posisi ini. Semuanya mengurangkan kesakitan dan merendahkan risiko miss V terkoyak!

Risau Miss V Terkoyak Teruk Ketika Bersalin? Ada 6 Cara Untuk Atasinya!

Kredit gambar: Kaiser Permanente Thrive.

4. Bersalin dalam air

Katanya bersalin dalam air memberi satu kenikmatan dan bersifat lebih santai!

5. Fokus pada nafas, bukan meneran terlalu awal

Ketika peringkat meneran, fetal ejection reflex akan menolak bayi ke bawah. Pengecutan untuk menolak bayi ini amat kuat dan boleh menolak bayi keluar tanpa perlu diteran.

Kadang, miss V anda masih belum terbuka sepenuhnya. Kepala bayi juga masih tinggi. Jika anda meneran terlalu awal, faraj boleh membengkak dan terkoyak teruk!

6. Urutan perineal

Kajian mendapati jika anda mengurut perineum sebelum bersalin, risiko miss V terkoyak akan menurun! Kajian juga menunjukkan wanita yang mengamalkan urutan perineal dari minggu ke-35 tak mengalami sebarang kesakitan di bahagian perineum selepas 3 bulan bersalin!

Cuba amalkan teknik ini seawal usia 32 hingga 34 minggu kehamilan. Guna minyak urutan organik seperti minyak zaitun atau minyak kelapa dara. 

Bagaimana ingin melakukan urutan perineal? Semak rajah di bawah!

Risau Miss V Terkoyak Teruk Ketika Bersalin? Ada 6 Cara Untuk Atasinya!

Kredit gambar; Blog Dr Thomas Chong

Semoga semuanya berjalan lancar untuk anda. Anda seorang wanita yang kuat, ingat perkara itu! Selamat menimang cahaya mata! Semoga kurniaan ini akan menyerikan perkahwinan anda.

 

Sumber rujukan: Belly Belly

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!